20 OGOS 2021
VIDEO TAKLIMAT PERTANDINGAN
Satu sekolah, satu penyertaan sahaja
Terbuka kepada murid-murid tahun 4 hingga 6 sahaja.
Fokus pertandingan adalah memastikan kefahaman murid tentang maklumat sains dan melalui penghasilan Peta i-Think secara digital.
Membina Peta i-Think sains berdasarkan topik-topik sains yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Penghasilan Peta i-Think boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Penghasilan Peta i-Think boleh dibina secara bebas dalam satu mukasurat bersaiz A4 menggunakan mana-mana perisian yang sesuai dan disimpan dalam pilihan format JPEG / PNG / PDF.
Peta i-Think mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diciplak dari internet atau lain-lain sumber.
Peta i-Think hendaklah dihantar melalui alamat pautan yang akan dimaklumkan dalam hebahan pertandingan peringkat negeri.
Penilaian adalah berdasarkan keaslian, kreativiti, kandungan fakta, kekemasan susun atur grafik dan kesesuaian susunan aliran.
Semua hasil penyertaan adalah menjadi hak milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Fokus STEM: Sains
PENGERUSI TEKNIK PETA PEMIKIRAN I-THINK
SK KEM GERAKHAS
PN RAFIDAH BINTI MOHD SOBARI : 0122291387