TAKRIF / DEFINISI KOKURIKULUM
Warta Kerajaan bertarikh , 28 hb Disember 1967, No. 5652 ( Peraturan Kursus Pengajian ) Sekolah 1956, mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan kumpulan, manakala Warta Kerajaan bertarikh 31hb Disember 1997 , Jilid 41, No.26, Tambahan No.94, Perundangan P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan- Peraturan (Kurikulum Kebangsaan) mendefinisikan kokurikulum seperti yang berikut: “kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.”
MATLAMAT KEGIATAN KOKURIKULUM
- Merealisasikan matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
- Menyediakan ruang dan peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat, minat dan potensi diri dalam semua bidang yang diceburi.
KANDUNGAN KEGIATAN KOKURIKULUM, AKTA PEKELILING DAN PERUNDANGAN
Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:
Penyertaan dalam sukan dan permainan
Penyertaan dalam persatuan dan kelab
Penyertaan dalam badan beruniform
Penyertaan lain sebagai mana ditentukan oleh Menteri
Rujuk Sub Peraturan 3(3) dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U. (A)531/97
Sebagai sebahagian daripada kurikulum kebangsaan maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib (Rujuk seksyen 18, Akhta Pendidikan 1996, (Akhta 1950). Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah satu kesalahan dan apabila di sabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya
Rujuk sub seksyen 135(1) Akhta Pendidikan 1996 (Akta 550)
Dan jika kesalahan itu dilakukan berterusan maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu dilakukan.
Rujuk sub seksyen 135(2) Akta 550
Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib, Sehubungan itu kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan.
Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986, KP(BS)8591/Jld 11(41) bertarikh 15 Januari 19
FALSAFAH UNIT KOKURIKULUM
Pendidikan kokurikulum di SK NAMA SEKOLAH adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu dalam kegiatan sukan, permainan, persatuan dan unit beruniform untuk mendidik diri menjadi murid yang gigih berusaha dalam mencipta kekuatan fizikal mental dan sahsiah demi melahirkan ahli masyarakat yang unggul sebagai generasi yang akan membawa negara ke mercu kejayaan.
KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI)
Memperkasakan 1 Murid 1 Sukan.
Pengurusan Kokurikulum yang bersistematik.
Penglibatan 100% murid secara aktif dalam aktiviti kokurikulum
Johan olahraga anjuran
100% murid memakai uniform bagi unit beruniform.