TARIKH PERTANDINGAN
18 OGOS 2021
10.00 PAGI - 11.20 PAGI
Salah satu visi Inisiatif #49: Pengukuhan Pendidikan STEM adalah meningkatkan minat murid terhadap STEM menerusi pendekatan pembelajaran abad ke-21 dan penambahbaikan kurikulum. STEM merujuk kepada dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar. Ini termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) yang menekankan pendidikan STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum dengan sokongan menerusi pelbagai pihak berkepentingan. Pendidikan STEM menjadi keutamaan kepada pihak sekolah dan universiti ke arah memartabat serta memperkukuhkan bidang terbabit kepada generasi muda. Pendidikan STEM juga menekankan konsep komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal seperti yang terkandung di dalam pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) serta kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Dengan pelaksanaan aktiviti pertandingan STEM Decathlon Challenge di dalam Karnival STEM ini, pihak Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian telah membuat perubahan pelaksanaan pertandingan-pertandingan dalam Karnival STEM secara hibrid, iaitu secara dalam talian dan bersemuka. Usaha melaksanakan aktiviti pertandingan STEM Decathlon Challenge bertujuan merealisasikan salah satu elemen utama (Keberhasilan Murid) dalam Inisiatif Perkukuhan STEM, iaitu melahirkan murid yang berkebolehan mereka cipta, berfikiran secara logik, menggunakan teknologi, menyelesaikan masalah dan mencipta idea atau sesuatu yang baharu melalui pembelajaran bersepadu merangkumi STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar.
Pertandingan STEM Decathlon Challenge yang akan diadakan di dalam Karnival STEM ini berfokuskan pengetahuan dan kemahiran individu murid di peringkat negeri (secara dalam talian) dan berkumpulan di peringkat kebangsaan (secara bersemuka / dalam talian). Dalam pertandingan STEM Decathlon Challenge ini, murid-murid diberi peluang untuk menyerlahkan bakat dan keupayaan mereka dalam mengaplikasi kemahiran subjek STEM. Pertandingan STEM Decathlon Challenge adalah berkonsepkan secara dalam talian di mana, murid-murid boleh mengaplikasi penggunaan teknologi ICT dalam menjawab soalan-soalan, serta murid boleh menjawab soalan di sekolah atau kediaman masing-masing dan mengurangkan risiko selaras dengan garis panduan keselamatan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Memberi pendedahan secara langsung kepada murid tentang dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan dan keperluan STEM dalam kehidupan.
Meningkatkan minat murid kepada kerjaya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.
Membantu merealisasikan dasar STEM Kebangsaan.
Menyediakan ruang dan medan kepada murid-murid untuk bersaing secara sihat menerusi pertandingan dalam talian yang dijalankan.
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 5) yang belajar di sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Peserta mesti berdaftar melalui akaun DELIMa (Contoh: m-123456@moe-dl.edu.my) masing-masing. Perkongsian emel adalah tidak dibenarkan. Sebarang emel peribadi adalah tidak diterima.
Peserta perlu berdaftar dalam pautan Google Form yang disediakan oleh pihak penganjur pada tempoh tarikh yang ditentukan.
Peserta perlu menyemak pautan pertandingan melalui borang pendaftaran.
Peserta perlu menjawab mengikut hari dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Waktu pertandingan adalah berdasarkan Malaysian Standard Time yang diurustadbir oleh National Metrology Institute of Malaysia, yang boleh dirujuk di pautan https://mst.sirim.my/.
Peserta perlu menjawab soalan secara dalam talian dengan keupayaan sendiri.
Sistem akan ditutup tepat pada masa yang dimaklumkan. Peserta perlu menghantar jawapan sebelum masa tamat.
PERINGKAT NEGERI
Empat (4) bidang yang akan dipertandingkan:
a. Sains
b. Teknologi
c. Kejuruteraan
d. Matematik
Terdapat 80 soalan kuiz daripada empat bidang STEM.
Masa yang diperuntukkan untuk menjawab kuiz berkenaan adalah selama 75 minit sahaja.
Peserta perlu menjawab dalam masa yang ditetapkan.
Peserta perlu mendapatkan minimum 30 markah untuk kelayakan menerima sijil penyertaan peringkat negeri.
PERINGKAT KEBANGSAAN
Empat (4) bidang yang akan dipertandingkan:
a. Sains
b. Teknologi
c. Kejuruteraan
d. Matematik
3 orang peserta yang mendapat markah tertinggi daripada setiap negeri akan mewakili setiap negeri untuk bertanding di peringkat kebangsaan
Perlawanan antara negeri adalah secara kalah mati dan proses undian akan dijalankan untuk menentukan kedudukan perlawanan.
Setiap perlawanan antara negeri akan melibatkan 2 pusingan:
Pusingan Pertama
Setiap peserta daripada setiap pasukan akan dibacakan soalan oleh hakim di samping paparan soalan akan diberikan kepada peserta. Setelah soalan dibacakan, peserta akan diberikan masa 10 saat untuk menjawab soalan yang diberikan.
Setiap peserta daripada setiap pasukan akan diberikan 2 soalan setiap bidang dan perlu menjawab secara bersendirian. Sebarang pertolongan akan menyebabkan peserta berkenaan hilang kelayakan menjawab pusingan pertama.
Markah yang diperuntukkan untuk setiap jawapan yang tepat ialah 5 markah. Soalan berbentuk aneka pliihan jawapan.
Pusingan Kedua (SuperQuiz)
Setiap pasukan akan diberi pilihan daripada 10 soalan tersembunyi di paparan skrin. Setiap pasukan akan diberikan 2 peluang untuk memilih soalan di skrin.
Hakim akan membacakan soalan di skrin dan pasukan diberikan peluang untuk berbincang selama 30 saat sebelum loceng dibunyikan. Pasukan diberikan masa 10 saat untuk menjawab.
Markah yang diperuntukan adalah 15 markah.
Nota:
Sekiranya pungutan markah akhir adalah sama, maka setiap pasukan akan diberikan soalan aneka pilihan jawapan yang sama. Setiap pasukan diberi masa 20 saat untuk berbincang. Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang tepat.
Hadiah dan sijil pencapaian untuk tempat pertama, kedua dan ketiga bersama.
Anugerah Khas
Best Participant Award
Best Team Spirit
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia
PENGERUSI TEKNIK PERTANDINGAN STEM DECATHLON
SMA ASSAIYIDAH KHADIJAH
EN MOHD IRWAN BIN ABDUL AZIZ : 0196511509