20 OGOS 2021
VIDEO TAKLIMAT PERTANDINGAN
Solar Oven Challenge (SOC) adalah pertandingan anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Pertandingan ini berkaitan dengan bidang kejuruteraan dapur solar yang melibatkan Tenaga Boleh Baharu (TBB) dan Kecekapan Tenaga (KT) serta pengurusan sisa. Pertandingan ini melibatkan elemen kebolehfungsian projek, reka bentuk, penerangan aplikasi konsep sains dalam bentuk rakaman video, pelaporan projek, dan juga sesi soal jawab. Dalam pertandingan ini, pasukan akan membina sebuah solar oven yang mampu memanaskan air dan memasak makanan.
Sebagai platform untuk murid menunjukkan kreativiti dan inovasi dengan menghasilkan solar oven yang berfungsi.
Menggalakkan murid menceburi bidang kejuruteraan menerusi inovasi yang menarik.
Memberi kesedaran tentang kepentingan tenaga solar untuk dimanfaatkan sebagai salah satu sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB).
Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri dan kepimpinan serta penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan murid sekolah.
Menggalakkan pembelajaran berasaskan projek.
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah menengah bantuan kerajaan persekutuan. Murid dari sekolah bantuan kerajaan negeri dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri atas dasar jemputan.
Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah Tingkatan 1 hingga 4 atau gabungan Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 pada tahun 2021 dan peserta mestilah warganegara Malaysia.
Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang murid dan seorang guru mentor (pembimbing).
Satu pasukan terdiri daripada minima 1 orang dan maksima dua (2) orang murid dan seorang (1) guru mentor (pembimbing).
Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan.
Nama yang tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam talian.
Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
Tarikh tutup pendaftaran ialah pada (ditentukan oleh JPN masing-masing).
Pertandingan peringkat negeri dijalankan secara dalam talian. Peserta perlu menghantar laporan projek dan video rakaman inovasi projek (berdurasi tidak lebih 5 minit) SEBELUM tarikh ditetapkan oleh JPN masing-masing.
Keputusan penjurian adalah muktamad.
Peringkat Pertama: Saringan Awal Oleh Penganjur
Laporan dan video akan disahkan / diperiksa oleh pihak penganjur untuk memastikan bahawa pendaftaran memenuhi syarat penyertaan dan prosedur pendaftaran.
Peringkat kedua: Penilaian laporan dan video projek.
Laporan dan video yang diterima akan dinilai oleh panel hakim.
Panel hakim akan menilai dan memilih projek yang memenuhi elemen penilaian.
Laporan projek adalah dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Peserta hendaklah menyediakan laporan mengikut format seperti di Lampiran A dengan menggunakan font Arial, saiz tulisan 12 dan double spacing.
Kos penyediaan laporan dan video adalah di bawah tanggungan sepenuhnya peserta pertandingan.
Proses kerja dan penerangan pengujian cuba jaya dan kebolehfungsian projek hendaklah dirakam dan divideokan berdurasi tidak melebihi 5 minit. Tempoh ini termasuk montaj persembahan.
Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Hasil karya persembahan hendaklah sesuai untuk dipaparkan dalam segala bentuk media video. Format yang dibenarkan bagi video adalah WMV, MP4 dan MOV. Resolusi video yang ditetapkan adalah Full HD – 1080p. Pautan video sahaja yang perlu dihantar kepada penganjur negeri dan kebangsaan.
Rekabentuk adalah bebas.
Saiz maksimum keseluruhan projek adalah 50cm (panjang) x 50cm (lebar) x 30cm (tinggi) dan mempunyai ruang yang sesuai bagi memuatkan bekas untuk memanaskan air 500ml.
Projek mestilah bersifat mudah alih.
Projek yang dihasilkan menggunakan bahan asas fizikal daripada kotak seperti kotak pizza atau kotak hadiah.
Jenis dan bahan-bahan tambahan yang digunakan mestilah selamat dan sesuai untuk digunakan sepanjang pertandingan serta untuk proses penyediaan makanan termasuklah bekas untuk mengisi isipadu air 500ml.
Sebarang bahan kimia dan alat yang merbahaya TIDAK dibenarkan.
Projek yang direka hendaklah menggunakan tenaga cahaya matahari secara langsung sahaja TANPA sebarang sokongan komponen elektrik tambahan atau bahan perantara (contoh: solar panel) untuk meningkatkan suhu.
Projek yang direka mampu digunakan untuk memanaskan air/ bahan makanan untuk pengujian (telur ayam)
Projek yang dihasilkan perlu diuji dengan memanaskan air 500ml air minuman.
Masa yang diperuntukkan untuk memanaskan air ialah 1 jam.
Bacaan suhu awal air diambil sebelum pertandingan bermula.
Telur perlu dimasukkan ke dalam bekas air solar oven pada minit ke 30 untuk pengujian bahan makanan (telur).
Bacaan suhu akhir air diambil pada minit ke 60.
Setelah bacaan suhu akhir dicatatkan, telur yang diuji perlu dikeluarkan dan dipecahkan kemudian diletakkan ke dalam bekas untuk penilaian hakim.
Kriteria Penilaian:
Penulisan laporan – 20 markah
Rekabentuk – 15 markah
Pengujian Cuba Jaya dan Kebolehfungsian projek- 25 markah
Penerangan aplikasi konsep sains - 20 markah
Persembahan dan Penyampaian - 20 markah
Peringkat Negeri Secara Dalam Talian
Laporan dan video projek dihantar kepada pihak penganjur (JPN). Peserta dibenarkan untuk mengedit video bagi menunjukkan keseluruhan proses pengujian tanpa melakukan sebarang penambahan atau pengubahsuaian terhadap bahan yang diuji.
Pengujian cuba jaya dan kebolehfungsian projek dinilai secara dalam talian melalui penulisan laporan dan video rakaman projek.
Pembentangan dan sesi soal jawab (5 – 10 minit) secara dalam talian kepada 5 pasukan terbaik yang terpilih mengikut jadual yang ditetapkan oleh penganjur.
PENGERUSI TEKNIK PERTANDINGAN SOLAR OVEN CHALLENGE MENENGAH
SMK DURIAN TUNGGAL
EN MOHD RAIMI BIN RAHIM : 01121150115