20 OGOS 2021
VIDEO TAKLIMAT PERTANDINGAN
Satu sekolah, satu penyertaan sahaja
Terbuka kepada murid-murid tingkatan 1 hingga 3 sahaja.
Fokus pertandingan ialah menggalakkan kreativiti murid-murid dalam penghasilan visual secara digital yang memaparkan maklumat yang dipersembahkan menggunakan teks, lakaran, carta, grafik dan foto.
Penghasilan infografik boleh dihasilkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Infografik mesti merujuk topik-topik sains/teknologi/kejuruteraan/matematik yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Infografik mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diciplak dari internet atau lain-lain sumber.
Penghasilan Infografik dibuat menggunakan perisian yang sesuai, satu mukasurat bersaiz A4 dan perlu disimpan dalam pilihan format JPEG / PNG / PDF.
Infografik hendaklah dihantar melalui alamat pautan yang akan dimaklumkan dalam hebahan pertandingan peringkat negeri.
Penilaian adalah berdasarkan keaslian, kreativiti, kefahaman kandungan fakta, kekemasan susun atur grafik dan kesesuaian susunan aliran.
Semua hasil penyertaan adalah menjadi hak milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Fokus STEM: Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik
PENGERUSI TEKNIK INFOGRAFIK STEM
SMK SERI TANJONG
PN CHE ZAITUN BINTI ABDUL HALIM : 0195193229