20 OGOS 2021
VIDEO TAKLIMAT PERTANDINGAN
Pertandingan SENIOR STEM CODING CHALLENGE merupakan yang pertama seumpamanya di anjurkan oleh Bahagian Sukan Kokurikulum dan Keseniaan(BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ini merupakan satu platform dimana kita akan melihat kepelbagaian hasil projek daripada murid-murid sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara.
Tujuan pertandingan ini adalah untuk melihat sejauh mana perkembangan dan kefahaman murid-murid terhadap ilmu coding serta corak pemikiran kritis dan KBAT mereka. Antara kemahiran lain yang boleh dikembangkan adalah penyelesaian masalah, percambahan kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital. Ia juga selari dengan hasrat kerajaan yang mahu melihat murid kita bersedia ke arah era IR 4.0. Pengaturcaraan juga merupakan asas kepada ilmu kejuruteraan dan robotik. Kelak, murid-murid inilah yang akan mencorakkan kemajuan negara di masa hadapan.
Mencungkil bakat murid-murid di dalam bidang pengaturcaraan.
Memperkembangkan potensi dan kemahiran menganalisa masalah seterusnya menyelesaikan permasalahan tersebut.
Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses pembangunan projek.
Mengembangkan kebolehan dan penciptaan murid dalam bidang sains dan kejuruteraan dan Matematik ke platform yang lebih tinggi.
Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui cabang pengaturcaraan.
Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses pembangunan projek.
SISTEM BERASASKAN WEB (ONLINE WEB-BASED SYSTEM)
Sejajar dengan perkembangan global pada masa kini pihak sekolah anda tidak mahu ketinggalan dalam meniti arus perkembangan dalam dunia ICT. Pihak pengurusan sekolah anda ingin mewujudkan sistem pangkalan data berasaskan web untuk mengurus maklumat disekolah.
Anda telah dipilih oleh guru anda untuk membina SATU sistem pangkalan data berasaskan web berdasarkan kemahiran yang telah anda pelajari.
• Ceritakan setiap proses yang terlibat bermula dengan identifikasi masalah sehinggalah selesai masalah tersebut.
• Dokumentasikan setiap proses.
• Contoh :-
kiraan markah rumah sukan, sistem pinjaman buku, maklumat kehadiran, maklumat pinjaman buku teks dan lain-lain.
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah menengah bantuan kerajaan persekutuan. Murid dari sekolah bantuan kerajaan negeri dan swasta dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri atas dasar jemputan.
Kategori: Murid tingkatan 1 hingga 4 pada tahun 2021.
Satu pasukan terdiri daripada 1 orang murid dan maksima 3 orang murid dan 1 orang guru mentor (pembimbing).
Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
Hanya satu penyertaan daripada setiap sekolah.
Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama yang tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam talian
Tema hendaklah berdasarkan DSKP Asas Sains Komputer Tingkatan 1, 2, 3 dan DSKP Sains Komputer tingkatan 4.
Sekiranya peserta daripada bukan aliran ASK dan SK, mereka boleh merujuk kepada DSKP seperti yang diterangkan diatas supaya projek yang dihasilkan tidak lari daripada tema yang telah di tetapkan.
Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
Tarikh tutup pendaftaran / penghantaran projek ialah pada (ditentukan oleh JPN masing-masing)
Idea projek mesti asli dan tidak pernah dikomersialkan, dipaparkan atau dikemukakan ke mana-mana sektor pembuatan.
Pertandingan peringkat negeri dijalankan secara dalam talian. Peserta perlu menghantar pautan sistem, laporan dan video rakaman persembahan projek (berdurasi tidak lebih 5 minit) SEBELUM tarikh ditetapkan oleh JPN masing-masing.
Keputusan penjurian adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan tidak akan dilayan.
Source code, dokumentasi dan video akan dinilai oleh hakim untuk memilih 5 penyertaan yang terbaik. 5 penyertaan terbaik itu, akan dinilai secara sidang video pada tarikh yang akan ditentukan oleh pihak penganjur.
Peringkat Kebangsaan:
Setiap wakil negeri akan di nilai secara sidang video atau bersemuka bergantung kepada keadaan semasa
Proses pendaftaran mesti mengikut prosedur berikut:
Semua pendaftaran mesti dibuat melalui dalam talian.
Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan lengkap dan betul.
autan projek, laporan dan video mesti dihantar melalui google form yang disediakan oleh penganjur.
Peserta diminta untuk menggunakan akaun email moe (m-12345678@moe-dl.edu.my) untuk mengakses borang dalam talian.
Pengelola peringkat negeri dan kebangsaan berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak lengkap atau lewat.
Peserta perlu memberikan pautan sistem web untuk penilaian juri.
Kod aturcara akan dinilai daripada laporan.
Kos penyediaan laporan dan video adalah di bawah tanggungan peserta pertandingan sepenuhnya.
Durasi pembentangan adalah tidak melebihi 5 minit. Tempoh ini termasuk montaj persembahan.
Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja bagi keseluruhan pembentangan kecuali beberapa istilah pengaturcaraan komputer yang tidak dapat diubah maksudnya.
Hasil karya persembahan hendaklah sesuai untuk dipaparkan dalam segala bentuk media video. Format yang dibenarkan bagi video adalah WMV, MP4 atau MOV. Resolution video yang ditetapkan adalah :
· HD – 720p: maksima ( untuk peringkat NEGERI )
· HD – 720p: minima ( untuk peringkat KEBANGSAAN )
Peserta hendaklah menyediakan laporan mengikut ketetapan berikut:
Semua urusan penilaian (peringkat negeri) akan dilaksanakan secara dalam talian. Pelaksanaan peringkat kebangsaan secara bersemuka bergantung kepada makluman terkini KPM / MKN.
Fail projek telah siap perlu dihantar melalui google form yang disediakan oleh PENGANJUR NEGERI / KEBANGSAAN.
Setiap sistem yang dibangunkan akan dinilai oleh panel juri yang dilantik oleh pihak pengelola.
Pengelola akan mengumumkan 5 pasukan terbaik dan akan dinilai oleh hakim melalui sidang video.
Giliran penilaian kumpulan bertanding adalah berdasarkan kepada cabutan undi oleh pengelola pertandingan.
Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang bantahan atau surat menyurat tidak akan dilayan.
Kriteria penilaian
Jadual akan disediakan oleh penganjur berdasarkan
· 5 terbaik peringkat negeri
· 16 pasukan peringkat kebangsaan
Semua pautan sistem, laporan projek dan video akan disahkan / diperiksa oleh pihak penganjur untuk memastikan bahawa pendaftaran memenuhi syarat-syarat penyertaan dan pertandingan.
Pautan sistem, laporan projek dan video yang diterima akan dinilai oleh panel hakim negeri (3 hakim JPN + 2 Hakim IPTA).
Saringan dan penilaian projek akan dilaksanakan oleh pengelola peringkat negeri.
Hanya 5 pasukan terbaik akan dipanggila semula melalui sidang video untuk : Soal Jawab (maks:10 Minit)
Hanya Johan sahaja yang akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Keseniaan, Kementerian Pendidikan Malaysia
PENGERUSI TEKNIK PERTANDINGAN SENIOR STEM CODING CHALLENGE MENENGAH
SMK TUN TIJAH
EN SHARIZAN BIN MAZLAN : 0197767342