20 OGOS 2021
VIDEO TAKLIMAT PERTANDINGAN
Bridge Building Competition adalah pertandingan anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan ini merupakan platform dalam mengetengahkan serta mencungkil bakat, kreativiti dan memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah rendah tentang ilmu reka bentuk, teori-teori dalam kejuruteraan fizik (konsep asas pembinaan) dan memupuk minat murid dalam mata pelajaran sains serta reka bentuk dan teknologi. Pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta percambahan minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital
Memberi peluang kepada murid untuk meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
Untuk meningkatkan kemahiran praktikal murid dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan projek binaan.
Mengasah kemahiran murid dalam membuat penyelidikan saintifik konsep binaan mengikut kaedah dan prosedur yang betul.
Memupuk minat murid dalam mata pelajaran Sains dan Rekabentuk & Teknologi (RBT) berunsurkan STEM.
Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Meningkatkan peratus penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses pembangunan projek.
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah bantuan kerajaan persekutuan. Murid dari sekolah bantuan kerajaan negeri dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri atas dasar jemputan.
Pertandingan ini terbuka kepada murid tahun 4, 5 dan 6 atau gabungan tahun 4, 5 dan 6 pada tahun 2021 dan peserta mestilah warganegara Malaysia.
Satu pasukan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1) guru mentor (pembimbing).
Satu pasukan terdiri daripada minima 1 orang dan maksima tiga (3) orang murid dan seorang (1) guru mentor (pembimbing).
Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama yg tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam talian.
Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
Tarikh tutup pendaftaran ialah pada (ditentukan oleh JPN masing-masing).
Penilaian Pertandingan:
a) Rekabentuk Jambatan – 40%
• Persembahan Projek ( Appearance Of Project),
• Kerja Kumpulan ( Teamwork)
• Soal Jawab Lisan ( Oral Q & A)
• Bahan ( Materials)
b) Ujian Daya Ketahanan Jambatan – 60%
i. Peringkat Negeri Secara Dalam Talian
A) Penilaian Rekabentuk Jambatan
i) Video pembinaan jambatan bermula dengan paparan bahan dan peralatan yang digunakan, proses pembinaan sehingga siap dibina ditunjukkan dalam video time-lapse berdurasi 3-5 minit dan dihantar menggunakan pautan yang disediakan oleh penganjur. Jambatan yang dibina hendaklah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di lampiran 1.
ii) Sesi soal jawab secara dalam talian 5-10 minit mengikut jadual yang ditetapkan oleh penganjur.
B) Ujian Daya Ketahanan Jambatan
i) Menguji ketahanan jambatan menggunakan botol berisi air minuman (drinking water) 1.5 liter sebagai pemberat dan dipertontonkan dihadapan juri secara dalam talian semasa sesi soal jawab. Ujian ditunjukkan sehingga jambatan mengalami kerosakan pada binaan. Tambahan pemberat (botol berisi air minuman (drinking water) 1.5 liter ) perlu ditambah selepas sepuluh (10) saat sehingga jambatan mengalami kerosakan. Alatan dan cara menguji hendaklah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di lampiran 2.
C) Pusingan Penentuan
i) 5 pasukan terbaik akan dipilih (berdasarkan jumlah markah Rekabentuk Jambatan 40% dan Ujian Daya Ketahanan Jambatan 60%) bagi dinilai dan diuji semula secara bersemuka di lokasi yang akan ditentukan oleh penganjur. (Pembinaan semula jambatan perlu dilaksanakan sebelum membuat pengujian daya ketahanan jambatan). Peserta akan diberikan tempoh masa empat (4) jam bagi membina jambatan dan tiada sesi soal jawab. Pihak penganjur akan menyediakan dua (2) orang penjaga masa bagi kiraan tempoh sepuluh (10) saat untuk setiap pemberat . Bahan lidi sate (30 batang berukuran 46cm) disediakan oleh penganjur. Hanya peralatan yang dibenarkan sahaja dibawa oleh pasukan masing-masing (seperti di lampiran 1).
ii) Ujian daya ketahanan jambatan akan dibuat dihadapan tiga (3) orang juri yang dilantik. Alatan ujian akan disediakan oleh penganjur mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan di peringkat kebangsaan seperti di lampiran 3.
iii) Kedudukan tempat akan diputuskan selepas semua 5 pasukan diuji. Johan akan dipilih mewakili negeri (sekiranya Johan bukan dari sekolah bantuan kerajaan persekutuan, pemenang seterusnya akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan).
** Sekiranya jambatan tidak runtuh pada pemberat yang ke-10, pasukan akan mendapat markah penuh 100 (60%).
Sekiranya terdapat lebih daripada 1 pasukan yang melepasi pemberat ke-10, maka ujian jambatan diteruskan dengan penambahan 2.5 kg sehingga jambatan rosak. Pemenang kategori ini ditentukan dengan bilangan pemberat yang paling banyak ditampung oleh jambatan selepas pemberat ke-10.
Bagi pemenang keseluruhan, markah kategori Rekabentuk Jambatan (40%) dan kategori Ujian Daya Ketahanan Jambatan (60%) akan dicampur menjadi markah penuh 100.
Sekiranya terdapat markah sama, markah Ujian Daya Ketahanan Jambatan yang paling tinggi dijadikan keutamaan.
JPN juga digalakkan untuk menyediakan sijil pencapaian dan hadiah kepada pemenang mengikut kategori iaitu kategori Rekabentuk Jambatan dan kategori Ujian Daya Ketahanan Jambatan secara berasingan. Wakil negeri mestilah daripada pasukan yang mendapat jumlah markah tertinggi daripada jumlah kedua-dua kategori.
ii. Peringkat Negeri Secara Bersemuka
A) Penilaian Rekabentuk Jambatan
i) Setiap pasukan akan ditempatkan dilokasi khas dan diasingkan daripada guru pembimbing.
ii) Tempoh masa 4 jam diberikan bagi pembinaan jambatan. Jambatan yang dibina hendaklah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di lampiran 1.
ii) Sesi soal jawab secara bersemuka (5-10 minit) mengikut jadual yang ditetapkan oleh penganjur.
B) Ujian Daya Ketahanan Jambatan
i) Ujian daya ketahanan jambatan akan dibuat dihadapan juri yang dilantik. Alatan ujian akan disediakan oleh penganjur mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan di peringkat kebangsaan. Pengujian dilaksanakan sendiri oleh peserta. Pihak penganjur akan menyediakan dua (2) orang penjaga masa bagi kiraan tempoh sepuluh (10) saat untuk setiap pemberat.
ii) Pemberat pertama satu (1) unit weight plate 2.5kg akan diletakkan diatas penimbang / alat ujian dan tambahan satu (1) unit weight plate 2.5kg untuk pemberat kedua. Sekiranya jambatan masih kukuh dan tidak mengalami kerosakan, tambahan satu (1) unit weight plate 1.25kg akan diletakkan dan akan ditambah sehingga jambatan mengalami kerosakan. Penambahan setiap unit weight plate perlu dibuat selepas tempoh sepuluh (10) saat. Jambatan yang dapat menampung pemberat yang paling berat dan mengambil tempoh paling lama akan mendapat markah yang paling tinggi berdasarkan jadual markah yang disediakan oleh penganjur. Alatan menguji hendaklah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di lampiran 3.
C) Pusingan Penentuan
i) Kedudukan tempat akan diputuskan selepas semua pasukan diuji dengan mengambil kira jumlah markah Penilaianan Rekabentuk Jambatan (40%) dan Ujian Daya Ketahanan Jambatan (60%). Johan akan dipilih mewakili negeri (sekiranya Johan bukan dari sekolah bantuan kerajaan persekutuan, pemenang seterusnya akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan).
** Sekiranya jambatan tidak runtuh pada pemberat yang ke-10, pasukan akan mendapat markah penuh 100 (60%).
Sekiranya terdapat lebih daripada 1 pasukan yang melepasi pemberat ke-10, maka ujian jambatan diteruskan dengan penambahan 2.5 kg sehingga jambatan rosak. Pemenang kategori ini ditentukan dengan bilangan pemberat yang paling banyak ditampung oleh jambatan selepas pemberat ke-10.
Bagi pemenang keseluruhan, markah kategori Rekabentuk Jambatan (40%) dan kategori Ujian Daya Ketahanan Jambatan (60%) akan dicampur menjadi markah penuh 100.
Sekiranya terdapat markah sama, markah Ujian Daya Ketahanan Jambatan yang paling tinggi dijadikan keutamaan.
JPN juga digalakkan untuk menyediakan sijil pencapaian dan hadiah kepada pemenang mengikut kategori iaitu kategori Rekabentuk Jambatan dan kategori Ujian Daya Ketahanan Jambatan secara berasingan. Wakil negeri mestilah daripada pasukan yang mendapat jumlah markah tertinggi daripada jumlah kedua-dua kategori.
i. Peringkat Kebangsaan Secara Dalam Talian
A) Penilaian Rekabentuk Jambatan
i) Video pembinaan jambatan bermula dengan paparan bahan dan peralatan yang digunakan, proses pembinaan sehingga siap dibina ditunjukkan dalam video time-lapse berdurasi 3-5 minit dan dihantar menggunakan pautan yang disediakan oleh penganjur. Jambatan yang dibina hendaklah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di lampiran 1.
ii) Sesi soal jawab secara dalam talian 5-10 minit mengikut jadual yang ditetapkan oleh penganjur.
B) Ujian Daya Ketahanan Jambatan
i) Menguji ketahanan jambatan menggunakan weight plate yang disediakan oleh negeri masing-masing dan dipertontonkan dihadapan juri secara dalam talian semasa sesi soal jawab. Ujian ditunjukkan sehingga jambatan mengalami kerosakan pada binaan. Tambahan pemberat perlu ditambah selepas sepuluh (10) saat sehingga jambatan mengalami kerosakan mengikut spesifikasi ujian yang telah ditetapkan.
ii) Alatan ujian akan disediakan oleh negeri masing-masing mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan di peringkat kebangsaan seperti di lampiran 3.
C) Pusingan Penentuan
i) Kedudukan tempat akan diputuskan selepas semua pasukan diuji.
ii) Kedudukan tempat dikira berdasarkan jumlah markah Penilaian Rekabentuk Jambatan (40%) dan Ujian Daya Ketahanan Jambatan (60%).
** Sekiranya jambatan tidak runtuh pada pemberat yang ke-10, pasukan akan mendapat markah penuh 100 (60%).
Sekiranya terdapat lebih daripada 1 pasukan yang melepasi pemberat ke-10, maka ujian jambatan diteruskan dengan penambahan 2.5 kg sehingga jambatan rosak. Pemenang kategori ini ditentukan dengan bilangan pemberat yang paling banyak ditampung oleh jambatan selepas pemberat ke-10.
Bagi pemenang keseluruhan, markah kategori Rekabentuk Jambatan (40%) dan kategori Ujian Daya Ketahanan Jambatan (60%) akan dicampur menjadi markah penuh 100.
Sekiranya terdapat markah sama, markah Ujian Daya Ketahanan Jambatan yang paling tinggi dijadikan keutamaan.
iii) Pasukan yang mendapat markah tertinggi mengikut kategori juga akan dianugerahkan sebagai:
- Pasukan Rekabentuk Terbaik
- Pasukan Jambatan Terbaik
ii. Peringkat Kebangsaan Secara Bersemuka
A) Penilaian Rekabentuk Jambatan
i) Setiap pasukan akan ditempatkan dilokasi khas dan diasingkan daripada guru pembimbing. Jambatan yang dibina hendaklah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di lampiran 1.
ii) Tempoh masa 4 jam diberikan bagi pembinaan jambatan.
ii) Sesi soal jawab secara bersemuka (5-10 minit) mengikut jadual yang ditetapkan oleh penganjur.
B) Ujian Daya Ketahanan Jambatan
i) Ujian daya ketahanan jambatan akan dibuat dihadapan juri yang dilantik. Alatan ujian akan disediakan oleh penganjur mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di lampiran 3. Pengujian dilaksanakan sendiri oleh peserta. Pihak penganjur akan menyediakan dua (2) orang penjaga masa bagi kiraan tempoh sepuluh (10) saat untuk setiap pemberat.
ii) Pemberat pertama satu (1) unit weight plate 2.5kg akan diletakkan diatas penimbang / alat ujian dan tambahan satu (1) unit weight plate 2.5kg untuk pemberat kedua. Sekiranya jambatan masih kukuh dan tidak mengalami kerosakan, tambahan satu (1) unit weight plate 1.25kg akan diletakkan dan akan ditambah sehingga jambatan mengalami kerosakan. Penambahan setiap unit weight plate perlu dibuat selepas tempoh sepuluh (10) saat. Jambatan yang dapat menampung pemberat yang paling berat dan mengambil tempoh paling lama akan mendapat markah yang paling tinggi berdasarkan jadual markah yang disediakan oleh penganjur.
C) Pusingan Penentuan
i) Kedudukan tempat akan diputuskan selepas semua pasukan diuji dengan mengambil kira jumlah markah Penilaianan Rekabentuk Jambatan (40%) dan Ujian Daya Ketahanan Jambatan (60%).
** Sekiranya jambatan tidak runtuh pada pemberat yang ke-10, pasukan akan mendapat markah penuh 100 (60%).
Sekiranya terdapat lebih daripada 1 pasukan yang melepasi pemberat ke-10, maka ujian jambatan diteruskan dengan penambahan 2.5 kg sehingga jambatan rosak. Pemenang kategori ini ditentukan dengan bilangan pemberat yang paling banyak ditampung oleh jambatan selepas pemberat ke-10.
Bagi pemenang keseluruhan, markah kategori Rekabentuk Jambatan (40%) dan kategori Ujian Daya Ketahanan Jambatan (60%) akan dicampur menjadi markah penuh 100.
Sekiranya terdapat markah sama, markah Ujian Daya Ketahanan Jambatan yang paling tinggi dijadikan keutamaan.
ii) Pasukan yang mendapat markah tertinggi mengikut kategori juga akan dianugerahkan sebagai:
- Pasukan Rekabentuk Terbaik
- Pasukan Pembinaan Jambatan Terbaik
Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria berikut (fokus penilaian : rujuk rubrik yang disediakan):
Rekabentuk Jambatan – 40 markah
• Persembahan Projek ( Appearance Of Project) – 10 markah
• Kerja Kumpulan ( Teamwork) – 10 markah
• Soal Jawab Lisan ( Oral Q & A) – 10 markah
• Bahan ( Materials) – 10 markah
Ujian Daya Ketahanan Jambatan – 60 markah
Penjurian oleh 3 orang hakim
(peringkat negeri : JPN Sektor Pembelajaran / Pensyarah IPTA / agensi swasta)
(peringkat kebangsaan : KPM (BSKK/Pusat STEM) / Pensyarah IPT / agensi swasta)
Dua (2) orang penjaga masa bagi pengujian daya ketahanan jambatan untuk setiap alat ujian.
Peringkat Kebangsaan:
Johan: Trofi pasukan, pingat peserta dan sijil pencapaian
+ sijil penyertaan
Naib Johan: Pingat peserta dan sijil pencapaian + sijil penyertaan
Ketiga: Pingat peserta dan sijil pencapaian + sijil penyertaan
Keempat: Pingat peserta dan sijil pencapaian + sijil penyertaan
Kelima: Pingat peserta dan sijil pencapaian + sijil penyertaan
Anugerah Khas:
1. Pasukan Rekabentuk Jambatan Terbaik
2. Pasukan Pembinaan Jambatan Terbaik
Peringkat Negeri:
Johan: ditentukan oleh negeri masing-masing berdasarkan peruntukan sedia ada.
Naib Johan: ditentukan oleh negeri masing-masing berdasarkan peruntukan sedia ada.
Ketiga: ditentukan oleh negeri masing-masing berdasarkan peruntukan sedia ada.
Keempat: ditentukan oleh negeri masing-masing berdasarkan peruntukan sedia ada.
Kelima: ditentukan oleh negeri masing-masing berdasarkan peruntukan sedia ada.
Proses pendaftaran mesti mengikut prosedur berikut:
Semua pendaftaran mesti dibuat melalui dalam talian.
Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan lengkap dan betul.
Pautan projek (video) mesti hantar melalui google form yang disediakan oleh penganjur.
Peserta diminta untuk menggunakan akaun email moe (kebangsaan sahaja) untuk mengakses borang dalam talian.
Pengelola peringkat negeri dan kebangsaan berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak lengkap atau lewat.
PENGERUSI TEKNIK PERTANDINGAN BRIDGE BUILDING
SK SERI BENDAHARA MAHARAJA
EN NOR SHAHIZAN B DAUD : 0137222610
SK CONVENT INFANT JESUS 1
EN AHMAD SAUFI B MOKHTAR : 0173110314