20 OGOS 2021
Pertandingan JUNIOR STEM CODING CHALLENGE merupakan yang pertama seumpamanya di anjurkan oleh Bahagian Sukan Kokurikulum dan Keseniaan(BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia merupakan satu platform dimana kita akan melihat kepelbagaian hasil projek daripada murid-murid sekolah rendah dari seluruh negara.
Tujuan pertandingan ini adalah untuk melihat sejauh mana perkembangan dan kefahaman murid-murid terhadap ilmu coding serta corak pemikiran kritis dan KBAT mereka. Antara kemahiran lain yang boleh dikembangkan adalah penyelesaian masalah, percambahan kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi dan literasi digital. Ia juga selari dengan hasrat kerajaan yang mahu melihat murid kita bersedia ke arah era IR 4.0. Coding juga merupakan asas kepada ilmu kejuruteraan dan robotik. Kelak, murid-murid inilah yang akan mencorakkan kemajuan negara di masa hadapan.
Mencungkil bakat murid-murid di dalam bidang pengaturcaraan.
Memperkembangkan potensi dan kemahiran menganalisa masalah seterusnya menyelesaikan permasalahan tersebut.
Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses pembangunan projek.
Mengembangkan kebolehan murid dalam bidang Sains, Kejuruteraan dan Matematik ke platform yang lebih tinggi.
Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui cabang pengaturcaraan.
Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses pembangunan projek.
STEM Adventure games ( PERMAINAN )
Anda diminta untuk membina satu permainan daripada perisian SCRATCH bertemakan STEM Adventure. Versi scratch yang digunakan adalah versi 3.0.
Gunakan segala ilmu pengetahuan yang telah dipelajari dalam subjek TMK dan RBT.
Permainan yang dibina perlu ada pelbagai PERINGKAT CABARAN DAN TAHAP KESUKARAN SUPAYA ia lebih seronok dimainkan.
Projek ini boleh dilaksanakan dalam kumpulan maksima 3 orang dengan bantuan seorang guru pembimbing.
Topik STEM yang dikaitkan boleh daripada bidang Sains, Matematik, Teknologi, Kejuruteraan ataupun gabungan dua atau lebih bidang yang telah disebutkan.
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah bantuan kerajaan persekutuan. Murid dari sekolah bantuan kerajaan negeri dan swasta dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri atas dasar jemputan.
Pertandingan ini melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6 atau gabungan tahun 4, 5 dan 6 pada tahun 2021.
Satu pasukan terdiri daripada minima 1 orang murid dan maksima 3 orang murid dan 1 orang guru mentor (pembimbing).
Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama yang tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam talian.
Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
Tarikh tutup pendaftaran ialah pada (ditentukan oleh JPN masing-masing)
Projek mesti selari dengan tema pertandingan.
Pertandingan peringkat negeri akand dijalankan secara dalam talian. Peserta perlu menghantar source code, dokumentasi dan video rakaman projek (berdurasi tidak lebih 5 minit) SEBELUM tarikh ditetapkan oleh JPN masing-masing.
Permainan yang dihasilkan mestilah bersifat baharu. Bagi permainan yang telah dipertandingkan dan memenangi sebarang anugerah mesti melakukan pengubahsuaian ke atas projek berkenaan.
Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang aduan tidak akan dilayan.
Source code, dokumentasi dan video akan dinilai oleh hakim untuk memilih 5 penyertaan yang terbaik. 5 penyertaan terbaik itu, akan dinilai secara sidang video pada tarikh yang akan ditentukan oleh pihak penganjur.
Peringkat Kebangsaan:
Setiap wakil negeri akan di nilai secara sidang video atau bersemuka bergantung kepada keadaan semasa.
Proses pendaftaran mesti mengikut prosedur berikut
Semua pendaftaran mesti dibuat melalui dalam talian.
Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan lengkap dan betul.
Pautan projek (source code, dokumentasi dan video) mesti dihantar melalui google form yang disediakan oleh penganjur.
Peserta diminta untuk menggunakan akaun email moe (m-12345678@moe-dl.edu.my) untuk mengakses borang dalam talian.
Penganjur peringkat negeri dan kebangsaan berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak lengkap atau lewat
Kos penyediaan dokumentasi dan video adalah di bawah tanggungan peserta pertandingan.sepenuhnya.
Durasi pembentangan adalah tidak melebihi 5 minit. Tempoh ini termasuk montaj persembahan.
Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja bagi keseluruhan pembentangan kecuali beberapa istilah pengaturcaraan komputer yang tidak dapat diubah maksudnya.
Hasil karya persembahan hendaklah sesuai untuk dipaparkan dalam segala bentuk media video. Format yang dibenarkan bagi video adalah WMV, MP4 atau MOV. Resolution video yang ditetapkan adalah :
HD – 720p: maksima ( untuk peringkat NEGERI )
HD – 720p: minima ( untuk peringkat KEBANGSAAN )
Video perlu dihantar melalui pautan yang akan diberikan oleh penganjur negeri dan kebangsaan.
Peserta hendaklah menyediakan dokumentasi projek mengikut format yang telah ditetapkan. ( sila rujuk Lampiran 1 )
Format menyediakan dokumentasi/ ringkasan projek mestilah menggunakan font Arial, saiz tulisan 12 dan double spacing.
Laporan yang dihantar mestilah dalam bentuk pdf
Semua urusan penilaian pertandingan (peringkat negeri) akan dilaksanakan secara dalam talian. Pelaksanaan peringkat kebangsaan adalah secara bersemuka bergantung kepada makluman terkini KPM / MKN.
Fail source code, dokumentasi dan video telah siap perlu dimuatnaik ke pautan google drive yang akan disediakan oleh penganjur.
Jadual Penjurian akan diberi untuk sesi soal jawab bersama panel juri:-
5 terbaik peringkat negeri
16 pasukan peringkat kebangsaan
Saringan dan penilaian projek awal untuk memilih 5 penyertaan terbaik di laksanakan secara dalam talian oleh penganjur peringkat negeri.
Semua source code, dokumentasi projek dan video akan disahkan / diperiksa oleh pihak penganjur untuk memastikan bahawa pendaftaran memenuhi syarat penyertaan dan prosedur pendaftaran.
Source code, dokumentasi projek dan video yang diterima akan dinilai oleh panel hakim negeri. (3 hakim JPN + 2 Hakim IPTA).
Setelah saringan awal, penganjur akan mengumumkan lima pasukan terbaik yang akan di nilai semula oleh hakim (hakim digalakkan untuk berbincang secara bersemuka) secara sidang video (sesi soal jawab sahaja) bagi tujuan pengesahan projek.
Hakim akan melihat semula video penyertan terbaik yang telah disenarai pendek bersama-sama.
Para Hakim akan bersoal jawab dengan peserta melalui sidang video.
Hakim akan berbincang dan menentukan kedudukan pemenang. Ranking lima terbaik tidak menjamin keputusan akhir pertandingan. Ia bergantung kepada hasil perbincangan akhir pihak hakim.
Hanya Johan sahaja yang akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan
Keputusan para hakim adalah muktamad.
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Keseniaan, Kementerian Pendidikan Malaysia
PENGERUSI TEKNIK PERTANDINGAN JUNIOR STEM CODING CHALLENGE RENDAH
SK MALIM
EN. MOHD HISHARUDDIN BIN MAT DAUD : 0199099519