20 OGOS 2021
VIDEO TAKLIMAT PERTANDINGAN
Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah warganegara Malaysia tahun 4 hingga 6 yang belajar di sekolah rendah bantuan kerajaan persekutuan. Sekolah bantuan negeri dibenarkan atas dasar jemputan tetapi kos pertandingan ditanggung sendiri.
Penyertaan adalah secara individu atau berpasukan dengan dua (2) orang murid dari sekolah yang sama dan seorang (1) guru sebagai mentor.
Setiap penyertaan hendaklah disertakan bersama melalui pautan yang disediakan (https://tinyurl.com/pendaftaran-sts) :
borang pendaftaran (Google Form)
Borang Papan Cerita(storyboard)
Borang Pengisytiharan AlatanPautan Video Rakaman Persembahan
Peserta perlu mendapat kebenaran ibubapa dan segala proses di bawah pemantauan mereka.
Hasil penyertaan adalah hak milik KPM
Hasil karya murid mestilah asli dan tiada unsur plagiat
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Ogos 2021. Hanya penyertaan yang lengkap akan dinilai dan diberikan sijil penyertaan.
Video dan storyboard penyertaan atas talian hendaklah dihantar melalui pautan yang disediakan. Gunakan pautan video yang disimpan dalam Google drive semasa mengisi borang penyertaan dalam talian.
Satu pasukan terbaik di peringkat negeri akan bertanding ke peringkat kebangsaan
Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
Video yang berdurasi 5 minit perlu di hantar melalui link yang akan disediakan oleh pihak penganjur mengikut format yang telah ditetapkan. Rakaman ‘live’ yang dihantar mestilah tanpa edit.
Para peserta tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif seperti keagamaan, perkauman dan politik dalam persembahan.
Peserta hendaklah memakai pakaian yang kemas, sopan dan bersesuaian. Pemakaian kostum tertakluk kepada daya kreativiti masing-masing dan tidak mengganggu kelancaran persembahan.
Peserta tidak digalakkan menggunakan bahan yang berbahaya, mudah terbakar, meletup atau beracun. Langkah keselamatan hendaklah dititikberatkan semasa penggunaan bahan-bahan tersebut. Jika terdapat keperluan, penggunaan bahan yang berbahaya adalah wajib di bawah pengawasan ibu bapa/ mentor (guru).
Persembahan dan storyboard/ papan cerita hendaklah berunsurkan stem dan menepati tema DSKP mata pelajaran STEM TAHUN 1-6 KSSR.
Storyboard/ papan cerita persembahan :
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris tidak dibenarkan menggunakan kedua-dua bahasa dalam satu persembahan.
Jangka masa pertunjukan: mestilah tidak melebihi 5 minit.
Murid dikehendaki mempersembahkan 2 demonstrasi dalam setiap persembahan.
Cerita harus ditaip mengikut format berikut:
‘FONT’: ARIAL‘SIZE’: 12‘
SPACING’: DOUBLE SPACING
Rakaman persembahan mengikut format berikut:
Pandangan hadapan dan melintang
Format fail: AVI, VLC, MOV, MP4
Resolusi video: Full HD 1080p
PENGERUSI TEKNIK PERTANDINGAN STEM TALENT SHOW
SK TAMAN MERDEKA
PN AMALIA BT MOHAMED : 0166630981