20 OGOS 2021
Pertandingan Inovasi STEM adalah anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan ini merupakan platform kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah dalam mengetengahkan inovasi, penemuan dan reka bentuk mengikut tema yang ditetapkan. Pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta percambahan minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital.
Mencungkil dan memupuk bakat murid-murid di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan inovasi sains dan kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Untuk meningkatkan kemahiran praktikal murid dan mendorong kreativitidalam menghasilkan projek inovasi.
Sebagai platform kepada murid untuk mengemukakan idea kreatif danmembangunkan projek inovasi untuk penemuan atau penambahbaikan sesuatu projek.
Mengasah kemahiran murid dalam membuat penyelidikan saintifik mengikut kaedah dan prosedur yang betul.
Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses pembangunan projek.
Kesihatan dan makanan
Pertanian
Persekitaran lestari
Tenaga Boleh diperbaharui
Teknologi maklumat dan komunikasi
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerjaan persekutuan. Murid dari sekolah bantuan kerajaan negeri dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri atas dasar jemputan.
Pertandingan ini terbuka kepada murid tahun 4, 5 dan 6 atau gabungan tahun 4, 5 dan 6 pada tahun 2021.
Satu pasukan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1) guru mentor (pembimbing).
Satu pasukan terdiri daripada minima 1 orang dan maksima tiga (3) orang murid dan seorang (1) guru mentor (pembimbing).
Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama yang tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam talian.
PENDAFTARAN DIBUKA bermula 7 Mei 2021 hingga 28 Mei 2021.
Sesuatu rekacipta / inovasi mestilah bersifat baharu. Bagi projek inovasi yang telah dipertandingkan dan memenangi sebarang anugerah mesti melakukan pengubahsuaian ke atas projek berkenaan. Penyesuaian produk yang sedia ada dapat diterima selagi penambahbaikan itu berlaku sama sekali baru.
Projek mesti selari dengan tema pertandingan.
Idea projek mesti asli dan tidak pernah dikomersialkan, dipaparkan atau dikemukakan ke mana-mana sektor pembuatan.
Sesuatu rekacipta / inovasi dikemukakan dalam bentuk sampel komersial, artikel yang telah dikeluarkan prototaip, model, pelan, lukisan, gambar dan teks.
Satu tema sahaja dibenarkan untuk satu projek inovasi.
Pertandingan peringkat negeri dijalankan secara dalam talian. Peserta perlu menghantar LAPORAN dan VIDEO RAKAMAN INOVASI (berdurasi tidak lebih 5 minit) SEBELUM atau PADA 20 Ogos 2021 sebelum pukul 5 petang.
Keputusan penjurian adalah muktamad. Sebarang aduan tidak akan dilayan.
Peserta hendaklah menyediakan laporan yang meliputi ringkasan projek / penyataan masalah / data objektif/ uji lari / impak produk/ kebolehpasaran produk dan keaslian produk (Sila rujuk format laporan di LAMPIRAN 1).
Format menyediakan laporan/ ringkasan projek mestilah menggunakan font Arial, saiz tulisan 12 dan double spacing.
Kos penyediaan laporan dan video adalah di bawah tanggungan sepenuhnya peserta pertandingan / sekolah.
Durasi pembentangan adalah tidak melebihi 5 minit. Tempoh ini termasuk montaj persembahan.
Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Hasil karya persembahan hendaklah sesuai untuk dipaparkan dalam segala bentuk media video. Format yang dibenarkan bagi video adalah WMV, MP4 dan MOV. Resolution video sekurang-kurangnya mempunyai format Full HD – 720p. Pautan video sahaja yang perlu dihantar kepada penganjur negeri
Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria berikut:
KREATIVITI (15%)
Inovasi yang diperkenalkan hendaklah kreatif sama ada yang baharu atau yang telah diadaptasi, dan berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
SIGNIFIKAN PROJEK (20%)
Penghasilan inovasi yang berkualiti, bermakna, menjimatkan kos/sumber, memberi impak yang tinggi.
IMPAK PROJEK (20%)
Inovasi dan penyelidikan dapat memberi faedah yang jelas kepada peningkatan kualiti atau keberkesanan kepada pengajaran dan pembelajaran.
KEBERKESANAN KOS (5%)
Hasil inovasi dapat meningkatkan produktiviti Terdapat bukti inovasi dengan kos yang lebih rendah atau sama.
REPLIKABILITI (KEBOLEHULANGAN) (10%)
Terdapat bukti yang nyata bahawa inovasi dan penyelidikan boleh digunapakai oleh pihak-pihak lain yang berkaitan secara terus dengan diubahsuai mengikut keperluan.
POTENSI KEBOLEHGUNAAN / APLIKASI (15%)
Wujud bukti hasil inovasi berjaya mencapai objektif inovasi sepenuhnya.
Berpotensi untuk berkembang
Mempunyai perancangan masa hadapan dan cadangan penambahbaikan. (Boleh aplikasi).
PERSEMBAHAN DAN PENYAMPAIAN (15%)
Penyampaian adalah sistematik dan menarik, jelas, padat serta mudah difahami.
Penyediaan bahan yang bersesuaian untuk membantu persembahan seperti poster/risalah/brosur.
Penggunaan ruang/alat pameran secara optima dan berkesan.
Peserta berpengetahuan dan berkeyakinan tentang inovasinya.
Proses pendaftaran mesti mengikut prosedur berikut:
Semua pendaftaran mesti dibuat melalui dalam talian melalui Google Form (http://bit.ly/STEM_LaporanInovasiSekRendah)
Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan lengkap dan betul.
Cara menghantar evidens inovasi:
Masukkan evidens inovasi (poster, laporan dan video) dalam satu folder yang disimpan dalam Google Drive.
Simpan (save) folder dan semua evidens menggunakan nama dan kod sekolah. Contoh: Sekolah Kebangsaan Gangsa MBA 0043
“Copy Link” pautan Link Google Drive dan hantar menerusi google form. Link Google Drive harus disiarkan kepada umum “Public”.
Peserta diminta untuk menggunakan akaun email moe untuk mengakses borang dalam talian.
Pengelola peringkat negeri dan kebangsaan berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak lengkap atau lewat.
Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:
Johan: Trofi pasukan, pingat peserta dan sijil pencapaian + sijil penghargaan
Naib Johan: Pingat peserta dan sijil pencapaian + sijil penghargaan
Ketiga: Pingat peserta dan sijil pencapaian + sijil penghargaan
Keempat: Pingat peserta dan sijil pencapaian + sijil penghargaan
Kelima: Pingat peserta dan sijil pencapaian + sijil penghargaan
Tajuk muka surat
Tajuk Ciptaan & Tarikh
Jadual Kandungan Halaman
Senaraikan bahagian laporan dan nombor halaman yang sesuai.
Halaman Ringkasan
Huraikan secara ringkas apa yang dicipta dan mengapa projek tersebut perlu dibangunkan.
Dokumentasi Pencarian Keaslian
Termasuk dengan siapa peserta bercakap, kedai yang dihubungi, majalah yang anda kaji, penyelidikan perpustakaan yang dibuat, dan sumber penyelidikan lain atau maklumat yang digunakan.
Dokumentasi Tinjauan Pelanggan
Senaraikan orang yang peserta hubungi dan komen mereka.
Huraian Ciptaan
Dalam satu atau dua perenggan, terangkan masalah yang diselesaikan, bagaimana penemuan ini berfungsi atau digunakan, dan kelebihan berbanding teknologi atau produk sedia ada.
Lukisan dan / atau Rajah Skema (sambungan unsur-unsur dalam sistem yang digambarkan oleh simbol).
Boleh menggunakan lakaran tangan atau komputer dilukis dengan jelas dan terperinci penemuan ini, semua bahagian perlu dilabel dengan jelas.
Ujian Penciptaan
Senaraikan hasil ujian yang dikumpulkan. Terangkan bagaimana penemuan itu diuji dan hasilnya. Sertakan semua hasil ujian pada penemuan yang telah dilakukan oleh orang lain, dan komen apa yang mereka ada. Sertakan grafik (carta / graf) untuk menunjukkan hasil ujian dengan jelas.
Analisis Kos Penemuan
Tunjukkan maklumat kos yang dikumpulkan, termasuk jangkaan harga jualan, anggaran harga pembuatan, dan keuntungan bersih.
Catatan Jurnal
Bahagian ini harus mengandungi semua nota seperti yang ditulis dalam jurnal agar para hakim dapat mengikuti kemajuan projek.
Ucapan terima kasih
Beri penghargaan kepada mereka yang memberi kerjasama kepada dan nyatakan bagaimana mereka membantu.
Bibliografi
Nyatakan sumber yang digunakan dalam penyelidikan, jika ada.
PENGERUSI TEKNIK PERTANDINGAN INOVASI RENDAH
SK GANGSA
PN NURLAILAM BINTI MUSTAFFA : 0193781558