Apakah kesan markah Kokurikulum kepada anak murid setelah habis persekolahan tingkatan 5 atau tingkatan 6?
Aktiviti Kokurikulum Sekolah adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan Kokurikulum di Sekolah adalah wajib. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Aktiviti kokurikulum akan membuka ruang kepada untuk bergerak aktif dalam bidang yang diminati serta dapat mencungkil bakat dan minat mereka selain daripada mengelak mereka daripada terlibat dalam perkara-perkara negative.
Aktiviti murid disrekodkan secara komulatif dalam sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) bermula dari Tahun 4 hingga Tahun 6 (bagi murid sekolah Rendah) dan bermula daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 (bagi murid sekolah menengah). Aktiviti kokurikulum murid akan mengambil kira markah tertinggi daripada 3 elemen kokurikulum iaitu Pasukan Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan.
Sistem ini akan memberi ruang kepada guru-guru di sekolah untuk merekodkan segala pencapaian, penglibatan, kehadiran dan anugerah yang diterima oleh murid secara sistematik. Pelaksanaan PAJSK ini menambahkan kecekapan pentaksiran murid dan memberikan galakan kepada mereka untuk mempamerkan kecemerlangan dan kebolehan serta bakat yang ada pada mereka dengan memperoleh ganjaran markah yang setimpal dengan kejayaan yang dicapai. Penglibatan aktif murid-murid dalam aktiviti kokurikulum ini akan mengasilkan warga negara yang mempunyai jati diri yang tinggi, berdisiplin, berakhlak, hormat-menghormati serta dapat mencurahkan bakti kepada agama, bangsa dan negara
Apakah kegunaan markah Kokurikulum itu sebenarnya?
Sistem pemarkahan kokurikulum murid dalam PAJSK iaitu 10%, akan digabungkan dengan pencapaian akademik murid iaitu 90%. Pentaksiran markah kokurikulum ini akan terus diambil kira oleh Unit Pemilihan Universiti (UPU) Sektor Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kemasukan murid yang layak untuk menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (universiti tempatan dan matrikulasi).
Selain itu, murid juga turut menerima sijil pemarkahan PAJSK yang dikeluarkan oleh pihak sekolah masing-masing untuk tujuan rekod mereka selain dokumen sokongan untuk permohonan bagi menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kemasukan ke matrikulasi atau bagi permohonan tajaan/ biasiswa serta memohon pekerjaan. (pelajar lepasan tingkatan 5/6
Ada ibu bapa tanya perkara ini secara spesifik. Tiada ruangan untuk mereka isi semasa mengisi permohonan online untuk kemasukkan ke IPT tempatan seolah olah markah kokurikulum anaknya tidak membantu langsung dalam proses permohonan ke IPT.
Ibu bapa tidak perlu mengisi markah Kokurikulum murid ketika mengisi permohonan online untuk kemasukan anak-anak ke IPTA. Markah Kokurikulum dalam sistem PAJSK akan dijana dan disalurkan terus kepada pihak-pihak yang berkepentingan dan yang memerlukannya seperti IPTA, Bahagian Biasiswa dan Tajaan, Matrikulasi dan sebagainya.
Semakan markah boleh dibuat terus kepada pihak sekolah jika bersifat setempat (local) dan semakan juga boleh dimajukan secara dalam talian melalui emel aduan.pajsk@moe.gov.my (Sistem Aduan PAJSK) kepada Bahagian Pendidikan Sukan, Kokurikulum dan Seni.