20 OGOS 2021
Satu sekolah, satu penyertaan sahaja
Terbuka kepada murid-murid sekolah menengah tingkatan 1 hingga 3 sahaja.
Fokus pertandingan ialah mencungkil kreativiti murid-murid untuk mereka cipta tote bag menggunakan bahan-bahan biodegradasi terpakai (contoh: fabrik, suratkhabar lama, tali, benang jut, benang, gam atau pelekat berasaskan tepung dan lain-lain) bagi penerapan nilai-nilai 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dalam kalangan murid.
Peserta perlu mendapatkan kebenaran ibu, bapa atau penjaga terlebih dahulu dan segala proses perlu di bawah pemantauan mereka.
Projek mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diciplak dari internet atau lain-lain sumber.
Rekaan beg adalah berdasarkan muka hadapan yang berbentuk segi empat sama, segi empat tepat menegak atau melintang dan saiz minima tote-bag adalah seperti berikut:
Semua jenis hiasan yang berasaskan tema dan penghasilan kreatif adalah dibenarkan kecuali yang melibatkan proses cetakan digital seperti heat press atau direct to garment (DTG).
Proses mereka cipta dan produk yang telah siap perlu dirakam dan divideokan dalam tempoh durasi 3 – 4 minit.
Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / 3GP I AVI / MOV / WMV.
Persembahan video bergantung kepada kreativiti masing-masing dan sebarang penerangan berkaitan projek boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Video hendaklah dihantar melalui alamat pautan yang akan dimaklumkan dalam hebahan pertandingan peringkat negeri.
Contoh ukuran saiz beg
PENGERUSI TEKNIK ECO FRIENDLY TOTE BAG
SMK DATO ABDUL RAHMAN YAKUB
PN NORAFIDAH BINTI HUSIN : 0199163284