Peringatan mesra:
SILA AKSES KERTAS KONSEP DAN BORANG PENDAFTARAN MENGGUNAKAN EMEL DELIMA ANDA
PERTANDINGAN STEMPreneur adalah anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Pertandingan ini merupakan platform kepada murid-murid sekolah menengah untuk menceburi bidang keusahawanan disamping mengetengahkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, literasi digital dan kaedah pemasaran produk.
Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian.
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah menengah bantuan kerajaan persekutuan dan negeri.
Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori:
Menengah rendah (tingkatan 1 hingga 3)
Menengah atas (tingkatan 4 hingga 5)
Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1) guru pembimbing.
Peserta mestilah daripada sekolah yang sama.
Para peserta tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif seperti keagamaan, perkauman dan politik dalam persembahan.
Peserta perlu menghasilkan video pemasaran bagi produk inovasi peserta yang berdurasi tidak lebih daripada lima (5) minit. Selain itu, peserta juga perlu menghantar satu Rancangan Perniagaan.
Pertandingan ini akan dilaksanakan secara dalam talian. Semua penyertaan perlu:
dimuatnaik ke google drive peserta sebelum dihantar kepada penganjur; dan
menghantar pautan google drive yang mengandungi video pemasaran dan Rancangan Perniagaan melalui google form yang disediakan oleh penganjur peringkat negeri atau kebangsaan.
Peserta tidak dibenarkan memaparkan identiti sekolah atau negeri pada semua bahan pertandingan yang dihantar untuk dinilai (video pemasaran dan Rancangan Perniagaan.
Pertukaran dan penambahbaikkan video pemasaran dan Rancangan Perniagaan tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penghantaran.
Format rakaman video pemasaran
Durasi pembentangan mestilah tidak melebihi lima (5) minit;
Peserta perlu menerangkan proses pemasaran secara terperinci. Peserta perlu menunjukkan produk mereka semasa proses pemasaran;
Video berbentuk persembahan slaid berserta voice over adalah tidak dibenarkan;
Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam penyediaan video;
Format yang dibenarkan bagi rakaman video adalah WMV/MP4/MOV. Resolusi video yang ditetapkan adalah Full HD – 1080p. Pautan video sahaja yang perlu dihantar kepada penganjur; dan
Rakaman video perlu dilaksanakan dalam bentuk landskap.
Format Rancangan Perniagaan
Kandungan Rancangan Perniagaan
Pengenalan
Latar Belakang Produk
Rancangan Operasi
Rancangan Pemasaran
Analisis SWOT
Analisis Pasaran
Rancangan Kewangan
Penutup
Lampiran
Gambar Produk
Poster Iklan
Murid dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam penulisan laporan;
Penyediaan Rancangan Perniagaan mestilah mengikut spesifikasi yang ditetapkan:
jenis font: Arial,
saiz font: 12,
double spacing, dan
Rancangan Perniagaan perlu dihantar dalam format .pdf
Proses penilaian peringkat negeri
Saringan dan penilaian video pemasaran dan Rancangan Perninagaan akan dilaksanakan oleh pengelola peringkat negeri;
Bahan yang diterima akan dinilai oleh panel hakim peringkat negeri secara dalam talian; dan
Semua video pemasaran dan Rancangan Perniagaan yang akan mewakili negeri akan disahkan/diperiksa oleh pihak penganjur peringkat negeri untuk memastikan bahawa pendaftaran memenuhi syarat penyertaan.
Tiga (3) projek terbaik bagi setiap kategori daripada setiap negeri layak untuk bertanding pada peringkat kebangsaan.
Proses penilaian peringkat kebangsaan
Penilaian video pemasaran dan Rancangan Perniagaan akan dilaksanakan oleh tiga (3) orang panel hakim.
Pengerusi Teknik Pertandingan Negeri Sabah
Pn. Iwana Ivy Abdullah