STEM ONLINE CHALLENGE 2022
STEM ONLINE CHALLENGE 2022
25 Julai 2022
Pelancaran STEM Online Challenge 2022 (Sabah)
2 September 2022
Tarikh tutup penyertaan (Negeri)
3 Oktober 2022
Tarikh tutup penyertaan (Kebangsaan)
17 - 20 Oktober 2022
STEM Online Challenge Peringkat Kebangsaan
Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) adalah penting kerana ianya memberi ruang kepada murid untuk belajar mereka cipta, berfikiran secara logik, menggunakan teknologi, menyelesaikan masalah dan mencipta idea atau sesuatu yang baharu melalui pembelajaran kemahiran STEM secara bersepadu dengan mengaplikasikannya dalam konteks dunia sebenar.
Setiap tahun, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) menganjurkan STEM Online Challenge Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai platform kepada murid sekolah rendah dan menengah untuk mengetengahkan bakat, kreativiti dan potensi mereka melalui pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
Pertandingan yang terdapat dalam STEM Online Challenge 2022 berfokuskan kepada kemahiran dan aplikasi digital dalam perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif murid. Melalui pertandingan-pertandingan yang diadakan, murid berpeluang untuk menyerlahkan bakat dan keupayaan mereka dalam menghasilkan projek STEM dan dihantar secara dalam talian kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk dinilai di peringkat negeri sebelum dipertandingkan di peringkat kebangsaan.
Mencungkil dan memupuk bakat murid-murid di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan inovasi STEM bersepadu.
Meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran kecekapan global dalam menghasilkan projek inovasi STEM bersepadu.
Memberi peluang untuk murid mengemukakan idea kreatif dan kritis serta menjalankan penyelidikan dan pembangunan projek inovasi STEM bersepadu.
Mengasah kemahiran murid dalam membuat penyelidikan saintifik mengikut kaedah dan prosedur yang betul mahupun produk inovasi STEM bersepadu.
Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang STEM bersepadu.
Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses penyelidikan dan pembangunan inovasi STEM bersepadu.
Meningkatkan amalan Pembelajaran Berasaskan Projek ke arah proses penyelidikan dan pembangunan inovasi STEM bersepadu.
Pertandingan dijalankan secara dalam talian kepada murid sekolah bantuan kerajaan persekutuan dan negeri.
Hasil projek yang diplagiat akan dibatalkan penyertaan dengan serta-merta.
Bahan projek yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada peserta. KPM berhak menyiarkan rakaman video atau menggunakan bahan pertandingan di mana-mana platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan. Setiap peserta perlu mengisi BORANG PERSETUJUAN DAN PELEPASAN.
Pertukaran peserta selepas pendaftaran adalah tidak dibenarkan.
KPM berhak membatalkan penyertaan lewat dan yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep.
Keputusan penjurian/penghakiman adalah muktamad.