INFO TERKINI:
DURASI VIDEO PEMBENTANGAN KUMPULAN (PENGENALAN PROJEK DAN KUMPULAN) DISINGKATKAN KE 1 MINIT SAHAJA.
TIDAK ADA PEMBENTANGAN/SESI SOAL JAWAB SECARA LIVE.
JUNIOR ANIMATION CHALLENGE adalah pertandingan yang akan dianjurkan oleh Bahagian Sukan Kokurikulum dan Keseniaan (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Tujuan pertandingan ini adalah untuk melihat sejauh mana perkembangan dan kefahaman murid-murid terhadap ilmu pengaturcaraan serta corak pemikiran kritis dan KBAT mereka. Kemahiran lain yang boleh dikembangkan adalah penyelesaian masalah, percambahan kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi dan kemahiran digital. Ia juga selari dengan hasrat kerajaan yang mahu melihat murid kita bersedia ke arah era kemahiran digital dan IR 4.0. Coding atau pengekodan juga merupakan asas kepada ilmu kejuruteraan dan robotik. Kelak, murid-murid inilah yang akan mencorakkan kemajuan negara masa hadapan.
Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian.
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah bantuan kerajaan persekutuan dan negeri.
Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah tahun 4 hingga tahun 6.
Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1) guru pembimbing.
Peserta mestilah daripada sekolah yang sama.
Bahan pertandingan tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif serta menyentuh sensitiviti bangsa, agama dan kaum mana-mana pihak.
Peserta perlu membina satu animasi video daripada aplikasi Scratch bertemakan Keluarga Malaysia yang perlu berdurasi tidak kurang daripada dua (2) minit dan tidak lebih daripada lima (5) minit. Versi Scratch yang digunakan adalah bebas, sama ada versi 2.0 atau 3.0.
Animasi yang dibina perlu mempunyai storyline, audio dan kredit. Karya mestilah baharu. Keupayaan peserta dalam memahami setiap baris pengaturcaraan, dan mengaplikasi penggunaan loop, if-else, variable, complicity dan amalan terbaik pengaturcaraan akan dinilai dalam pertandingan ini.
Maklumat lanjut berkaitan animasi video daripada perisian Scratch boleh diperoleh di pautan yang berikut:
Pertandingan ini akan dilaksanakan secara dalam talian. Semua peserta perlu;
memuat naik source code, poster dan video rakaman projek (berdurasi tidak lebih lima (5) minit) ke folder Google Drive peserta sebelum dihantar kepada penganjur; dan
menghantar pautan Google Drive peserta melalui Google Form yang disediakan oleh penganjur peringkat negeri atau kebangsaan.
Peserta TIDAK dibenarkan memaparkan identiti sekolah atau negeri pada semua bahan projek yang dihantar untuk dinilai.
Pertukaran dan penambahbaikkan source code, poster dan video rakaman projek tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penghantaran.
Semasa penilaian peringkat kebangsaan, peserta akan membentangkan projek kepada panel hakim dalam satu sidang video berdurasi tidak lebih 15 minit (pembentangan projek lima (5) minit dan diikuti sesi soal jawab tidak lebih 10 minit). Rakaman video akan digunakan jika peserta tidak hadir pada waktu yang ditetapkan atau gangguan rangkaian semasa sidang video berlangsung.
Format poster projek
Peserta hendaklah menyediakan satu poster.
Murid dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam poster.
Penyediaan poster mestilah mengikut spesifikasi yang ditetapkan:
Saiz A0,
Poster boleh direka dalam bentuk landscape atau portrait
Poster perlu dihantar dalam format .pdf
Kandungan poster
Mempunyai maklumat/mesej yang jelas dan grafik yang menarik berkenaan animasi yang dihasilkan.
Tema dan tajuk perlu dimasukkan dalam poster tersebut.
Format video teaser
Durasi video mestilah tidak melebihi minit (1) minit termasuk montaj persembahan.
Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Tujuan video adalah untuk pengenalan projek dan kumpulan, serta mempamerkan proses penghasilan animasi secara ringkas.
Format yang dibenarkan bagi rakaman video adalah WMV/ MP4/MOV. Resolusi video yang ditetapkan adalah Full HD – 1080p. Pautan video sahaja yang perlu dihantar kepada penganjur.
Rakaman video perlu dilaksanakan dalam bentuk landskap.
Proses penilaian peringkat negeri
Saringan dan penilaian source code, poster dan video akan dilaksanakan oleh pengelola peringkat negeri;
Bahan yang diterima akan dinilai oleh panel hakim peringkat negeri secara dalam talian; dan
Semua bahan source code, poster dan video yang akan mewakili negeri akan disahkan/diperiksa oleh pihak penganjur peringkat negeri untuk memastikan bahawa pendaftaran memenuhi syarat penyertaan.
Tiga (3) penyertaan terbaik daripada setiap negeri layak untuk bertanding pada peringkat kebangsaan.
Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam penyediaan bahan pertandingan.
Proses penilaian peringkat kebangsaan
Penilaian source code, poster dan video akan dilaksanakan oleh tiga (3) orang panel hakim di peringkat kebangsaan.
Pengerusi Teknik Pertandingan Negeri Sabah
En. Kang Fairuz
Group Telegram Junior Animation Challenge