Peringatan mesra:
SILA AKSES KERTAS KONSEP DAN BORANG PENDAFTARAN MENGGUNAKAN EMEL DELIMA ANDA
BRIDGE BUILDING COMPETITION adalah aktiviti anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan ini merupakan platform dalam mengetengahkan serta mencungkil bakat, kreativiti dan memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah rendah tentang ilmu reka bentuk, teori-teori dalam kejuruteraan fizik (konsep asas pembinaan) dan memupuk minat murid dalam mata pelajaran sains serta reka bentuk dan teknologi.
Pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta percambahan minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital.
Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian.
Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori:
Sekolah rendah: Murid tahun 4 hingga 6
Sekolah menengah: Murid tingkatan 1 hingga 3
Penyertaan adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada tiga (3) murid terbaik daripada sekolah menengah dan tiga (3) murid terbaik daripada sekolah rendah dan seorang guru pembimbing untuk satu kumpulan.
Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
Tarikh tutup pertandingan ialah pada 15 SEPTEMBER 2022
Peserta perlu membina satu jambatan dan akan menguji daya ketahanan jambatan tersebut dengan menggunakan bahan di Lampiran 3.4 (kertas konsep) dan spesifikasi yang ditetapkan disediakan oleh pihak pengelola, seperti di Lampiran 3.1 (kertas konsep).
Format rakaman video pembentangan
Durasi pembentangan mestilah tidak melebihi lima (5) minit;
Peserta perlu menerangkan proses pembinaan jambatan menggunakan bahan yang dibenarkan oleh penganjur di peringkat negeri/kebangsaan;
Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris semasa pembentangan;
Rakaman dimuatnaik ke google drive peserta sebelum dihantar kepada penganjur melalui google form yang disediakan oleh penganjur peringkat negeri atau kebangsaan;
Format yang dibenarkan bagi rakaman video adalah WMV/ MP4/MOV. Resolusi video yang ditetapkan adalah Full HD – 1080p. Pautan video sahaja yang perlu dihantar kepada penganjur;
Rakaman video perlu dilaksanakan dalam bentuk landskap; dan
Sesi pembentangan projek (5 minit) dan soal jawab (10 minit) bersama panel penilai akan dilaksanakan secara dalam talian mengikut jadual yang akan ditetapkan oleh penganjur.
Ujian
Ketahanan jambatan - Menguji ketahanan jambatan hanya menggunakan botol berisi air minuman (drinking water) 1.5 liter bagi peringkat negeri, manakala weight plate bagi peringkat kebangsaan di hadapan juri secara dalam talian.
Proses penilaian peringkat negeri
Rakaman pembinaan jambatan bermula dengan paparan bahan dan peralatan yang digunakan, proses pembinaan sehingga siap dibina ditunjukkan dalam video time-lapse berdurasi tidak lebih 5 minit dan dihantar menggunakan pautan yang disediakan oleh penganjur. Jambatan yang dibina hendaklah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di Lampiran 3.1;
Menguji ketahanan jambatan hanya menggunakan botol berisi air minuman (drinking water) 1.5 liter sebagai pemberat dan dipertontonkan dihadapan juri secara dalam talian semasa sesi soal jawab. Ujian ditunjukkan sehingga jambatan runtuh. Tambahan pemberat (botol berisi air minuman (drinking water 1.5 liter) perlu ditambah selepas sepuluh (10) saat sehingga jambatan runtuh. Alatan dan cara menguji hendaklah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di Lampiran 3.2;
Sekiranya terdapat lebih daripada 2 pasukan yang melepasi pemberat ke-10, maka ujian jambatan diteruskan dengan penambahan botol berisi air minuman sehingga jambatan runtuh. Pemenang kategori ini ditentukan dengan bilangan pemberat yang paling banyak ditampung oleh jambatan selepas pemberat ke-10. Bagi pemenang keseluruhan, markah kategori Rekabentuk Jambatan (40%) dan kategori Ujian Daya Ketahanan Jambatan (60%) akan dicampur menjadi markah penuh 100; dan
Sekiranya terdapat pasukan yang memperoleh markah sama, markah Ujian Daya Ketahanan Jambatan yang paling tinggi dijadikan keutamaan.
Proses penilaian peringkat kebangsaan
Rakaman pembinaan jambatan bermula dengan paparan bahan dan peralatan yang digunakan, proses pembinaan sehingga siap dibina ditunjukkan dalam video time-lapse berdurasi tidak lebih lima (5) minit dan dihantar menggunakan pautan yang disediakan oleh penganjur. Jambatan yang dibina hendaklah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di Lampiran 3.1;
Menguji ketahanan jambatan menggunakan weight plate yang disediakan oleh negeri masing-masing sebagai pemberat dan dipertontonkan dihadapan juri secara dalam talian semasa sesi soal jawab. Ujian ditunjukkan sehingga jambatan runtuh. Tambahan pemberat perlu ditambah selepas sepuluh (10) saat sehingga jambatan runtuh. Alatan dan cara menguji hendaklah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di Lampiran 3.3;
Sekiranya terdapat lebih daripada 1 pasukan yang melepasi pemberat ke-10, maka ujian jambatan diteruskan dengan penambahan 2.5 kg sehingga jambatan runtuh. Pemenang kategori ini ditentukan dengan bilangan pemberat yang paling banyak ditampung oleh jambatan selepas pemberat ke-10. Bagi pemenang keseluruhan, markah kategori Rekabentuk Jambatan (40%) dan kategori Ujian Daya Ketahanan Jambatan (60%) akan dicampur menjadi markah penuh 100; dan
Sekiranya terdapat pasukan yang memperoleh markah sama, markah Ujian Daya Ketahanan Jambatan yang paling tinggi dijadikan keutamaan.
Pengerusi Teknik Pertandingan Negeri Sabah
EN. AZIZ CHIN VUI LING BIN MOHD. ABDULLAH