Peringatan mesra:
SILA AKSES KERTAS KONSEP DAN BORANG PENDAFTARAN MENGGUNAKAN EMEL DELIMA ANDA
PERTANDINGAN STEM TALENT SHOW adalah aktiviti anjuran Bahagian Sukan, Kokurikukum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang akan dilaksanakan secara dalam talian.
Melalui pertandingan ini, persembahan pentas dalam STEM Talent Show disampaikan secara kreatif, hands-on, praktikal dan menyeronokkan berpandukan pilihan tema dalam DSKP KSSM dan KSSR.
Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian.
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerajaan persekutuan dan negeri.
Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori:
Sekolah rendah: Murid tahun 4 hingga 6
Sekolah menengah: Murid tingkatan 1 hingga 3
Penyertaan adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada tiga (3) murid terbaik daripada sekolah menengah dan tiga (3) murid terbaik daripada sekolah rendah dan seorang guru pembimbing untuk satu kumpulan.
Peserta mestilah daripada sekolah yang sama.
Para peserta tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif seperti keagamaan, perkauman dan politik dalam persembahan.
Peserta tidak digalakkan menggunakan bahan yang berbahaya, mudah terbakar, meletup atau beracun. Langkah keselamatan hendaklah dititik beratkan semasa penggunaan bahan-bahan tersebut. Jika terdapat keperluan, penggunaan bahan yang berbahaya adalah wajib di bawah pengawasan ibu bapa/guru pembimbing.
Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Peserta perlu menghasilkan video persembahan berdurasi minimum 5 minit dan tidak lebih daripada 8 minit. Peserta akan memilih tema persembahan, membuat persembahan dan menerangkan proses saintifik dalam persembahan tersebut.
Persembahan yang dihasilkan mestilah berdasarkan satu (1) tema sahaja.
Sekolah Rendah: Sains Hayat / Sains Fizikal / Sains Bahan
Sekolah Menengah: Penyenggaraan dan kesinambungan hidup / Penerokaan unsur dalam alam / Tenaga dan kelestarian hidup
Penyertaan dan penilaian adalah berdasarkan kategori pertandingan. Tiga (3) persembahan terbaik daripada sekolah menengah dan tiga (3) persembahan terbaik daripada sekolah rendah bagi setiap kategori daripada setiap negeri layak untuk bertanding pada peringkat kebangsaan. 3 pasukan terbaik yang mewakili setiap negeri boleh memilih tema yang sama tetapi pemilihan tema yang sama adalah tidak digalakkan.
Pertandingan ini akan dilaksanakan secara dalam talian. Semua penyertaan perlu;
dimuatnaik ke google drive peserta sebelum dihantar kepada penganjur.
menghantar pautan google drive yang mengandungi video persembahan melalui google form yang disediakan oleh penganjur peringkat negeri atau kebangsaan.
Peserta tidak dibenarkan memaparkan identiti sekolah atau negeri pada semua bahan pertandingan yang dihantar untuk dinilai.
Pertukaran dan penambahbaikkan video persembahan tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penghantaran bahan pertandingan.
Format rakaman video persembahan
Durasi persembahan mestilah minimum lima (5) minit dan tidak melebihi 8 minit;
Video berbentuk persembahan slaid berserta voice over adalah tidak dibenarkan;
Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris;
Format yang dibenarkan bagi rakaman video adalah WMV/ MP4/MOV. Resolusi video yang ditetapkan adalah Full HD – 1080p. Pautan video sahaja yang perlu dihantar kepada penganjur; dan
Rakaman video perlu dilaksanakan dalam bentuk landskap.
Proses penilaian peringkat negeri
Saringan dan penilaian video persembahan akan dilaksanakan oleh pengelola peringkat negeri;
Video persembahan yang diterima akan dinilai oleh panel hakim peringkat negeri secara dalam talian;
Semua video persembahan yang akan mewakili negeri akan disahkan/diperiksa oleh pihak penganjur peringkat negeri untuk memastikan bahawa pendaftaran memenuhi syarat penyertaan dan prosedur pendaftaran;
Proses penilaian peringkat kebangsaan
Penilaian persembahan akan dilaksanakan oleh pengelola peringkat kebangsaan yang dinilai oleh tiga (3) panel hakim kebangsaan;
Pengerusi Teknik Pertandingan Negeri Sabah
Pn. Hartini binti Asimin