Peringatan mesra:
SILA AKSES KERTAS KONSEP DAN BORANG PENDAFTARAN MENGGUNAKAN EMEL DELIMA ANDA
NOVICE WEB BUILDER CHALLENGE adalah pertandingan yang dianjurkan oleh Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan ini merupakan satu platform dimana kita akan melihat kepelbagaian hasil projek daripada murid-murid menengah dari seluruh negara.
Tujuan pertandingan ini adalah untuk melihat sejauh mana perkembangan dan kefahaman murid-murid terhadap apa yang telah dipelajari di dalam kelas selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu melihat murid kita bersedia ke arah era kemahiran digital dan IR 4.0. Antara kemahiran lain yang boleh dikembangkan adalah penyelesaian masalah, percambahan kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, dan kemahiran digital. Semoga mereka akan beroleh ilmu dan pengalaman baharu kerana murid-murid inilah yang akan mencorakkan kemajuan negara di masa hadapan.
Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian.
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah menengah bantuan kerajaan persekutuan dan negeri.
Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah menengah tingkatan 1 hingga 5 sahaja.
Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1) guru pembimbing.
Peserta mestilah daripada sekolah yang sama.
Peserta perlu membangunkan satu laman web mengikut tema yang diberikan dan satu video pendek (teaser) berkenaan laman web dengan tidak lebih daripada satu (1) minit.
Tema:
Anda diminta oleh guru sukan untuk membangunkan satu laman web yang mengandungi maklumat mengenai sukan-sukan yang dipertandingkan dalam sukan sekolah. Tujuan laman web ini adalah sebagai rujukan murid lain untuk mencari maklumat dan belajar secara kendiri di luar kelas. Terdapat pelbagai sumber di internet dan anda harus mengumpulkan ia dalam satu laman web sebagai ONE STOP INFORMATION CENTRE.
Sila pilih satu jenis sukan daripada 24 jenis yang pertandingkan dalam kejohanan sukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Dengan hanya menggunakan aplikasi editor yang asas bangunkan laman web yang interaktif dengan menggunakan elemen dan kod HTML 5.0. (contoh: Visual Studio Code / Notepad).
Pertandingan ini dilaksanakan secara dalam talian. Semua penyertaan perlu:
memuat naik HTML, CSS, Images, Video dan Audio ke dalam satu folder google drive peserta sebelum dihantar kepada penganjur; dan DRAF
menghantar pautan google drive peserta melalui google form yang disediakan oleh penganjur peringkat negeri atau kebangsaan.
Peserta tidak dibenarkan memaparkan identiti sekolah atau negeri pada semua bahan pertandingan yang dihantar untuk dinilai.
Pertukaran dan penambahbaikkan pembangunan web tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penghantaran.
Format halaman web
Laman web tidak perlu dimuat naik kepada mana-mana server. Hanya file HTML, CSS, Images, Video dan Audio yang digunakan sahaja perlu dimuat naik dalam folder google drive;
Tidak menggunakan sebarang elemen multimedia tanpa kebenaran pencipta (isu hakmilik). Sila gunakan elemen yang tidak terikat dengan mana mana isu hakcipta;
Tiada sebarang penggunaan aplikasi editor Advance dibenarkan; dan
Tiada sebarang penggunaan template sedia ada (predesign) dibenarkan seperti wordpress, joomla, wix, envato dan sebagainya. Laman web hendaklah dibangunkan dengan mengunakan kod HTML 5.0 dan CSS sahaja.
Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam pembangunan laman web.
Format video teaser
Durasi video mestilah tidak melebihi satu (1) minit.
Peserta perlu menunjukkan projek mereka secara ringkas.
Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam penghasilan video.
Voice over bagi rakaman video adalah tidak dibenarkan.
Format yang dibenarkan bagi rakaman video adalah WMV/ MP4/MOV. Resolusi video yang ditetapkan adalah Full HD – 1080p. Pautan video sahaja yang perlu dihantar kepada penganjur.
Rakaman video perlu dilaksanakan dalam bentuk landskap.
Proses penilaian peringkat negeri
Saringan dan penilaian halaman web dan video teaser akan dilaksanakan oleh pengelola peringkat negeri.
Bahan yang diterima akan dinilai oleh panel hakim peringkat negeri secara dalam talian.
Semua bahan dalam pembangunan halaman web dan video teaser yang akan mewakili negeri akan disahkan/diperiksa oleh pihak penganjur peringkat negeri untuk memastikan bahawa pendaftaran memenuhi syarat penyertaan.
Tiga (3) penyertaan terbaik daripada setiap negeri layak untuk bertanding pada peringkat kebangsaan.
Proses penilaian peringkat kebangsaan
Penilaian halaman web dan video teaser akan dilaksanakan oleh tiga (3) orang panel hakim di peringkat kebangsaan.
TARIKH - TARIKH PENTING
PERLANCARAN STEMOC : 25/7/2022
Tarikh Tutup Penyertaan / Pendaftaran Peserta : 8/9/2022
Tarikh Penjurian Peringkat Negeri : 8/9/2022
Tarikh Penjurian Peringkat Kebangsaan : 17 - 20/10/22
Pengerusi Teknik Pertandingan Negeri Sabah
Pn. Suriyati Abdul Aziz