Peringatan mesra:
SILA AKSES KERTAS KONSEP DAN BORANG PENDAFTARAN MENGGUNAKAN EMEL DELIMA ANDA
Teknologi 3D printing merupakan penemuan yang sangat bermanfaat dan membantu terutamanya dalam dunia industri khususnya percetakan. Di samping itu, 3D printing adalah kaedah pencetakan yang menampilkan data dalam bentuk cetakan data dalam sebuah kertas ataupun lembaran lainya. Sekolah dapat membuat sebuah prototaip dengan teknologi dari 3D printing, tanpa harus menghabiskan bahan baku ataupun material. Melalui proses pencetakan, pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan konsep STEM dan samada dalam pengaturcaraan atau kejuruteraan.
Pertandingan ini direka khusus untuk memperkenalkan kemahiran abad ke-21 dalam bidang STEM melalui aktiviti kokurikulum. Pertandingan ini menggalakkan pelajar untuk merekabentuk, membina, bekerja secara berpasukan, dan seterusnya memupuk pemikiran kritikal dan kreativiti dalam penyelesaian masalah secara kontekstual. Kemahiran STEM yang dipupuk melalui pertandingan ini memberikan inspirasi kepada murid untuk terus berkembang dalam kerjaya STEM pada masa depan.
Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian.
Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah menengah seperti kategori berikut:
a. menengah rendah; b. menengah atas; dan c. tingkatan enam.
Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1) guru pembimbing.
Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran TIDAK dibenarkan.
Sesuatu projek mestilah asli dan tidak pernah dikomersialkan. Projek yang telah dipertandingkan dan memenangi sebarang anugerah boleh menyertai pertandingan dengan syarat projek tersebut telah diubahsuai atau ditambahbaik.
Peserta perlu menghasilkan rekabentuk model 3D rumah pintar secara dalam talian menggunakan aplikasi Tinkercad.
Tema: Projek yang dihasilkan mestilah berdasarkan tajuk berikut:
“Smart House” 3D Design Challenge
Penyertaan dan penilaian adalah berdasarkan kategori pertandingan. Satu (1) projek terbaik bagi setiap tema seperti yang berikut daripada setiap negeri layak untuk bertanding pada peringkat kebangsaan:
SDG 7: Affordable and Clean Energy
SDG 9: Infrastructure, Industrialization and Innovation
SDG 11: Sustainable Cities and Communities
SDG 13: Climate Action
Pertandingan ini akan dilaksanakan secara dalam talian.
Peserta tidak dibenarkan memaparkan identiti sekolah atau negeri pada semua bahan pertandingan yang dihantar untuk dinilai.
Rekacipta menggunakan aplikasi sesawang pemodelan 3D percuma Tinkercad di pautan https://tinkercad.com. Rujuk contoh di Lampiran 7.1.
Tiada had bagi saiz model 3D yang direka.
File projek dalam aplikasi Tinkercad perlu dihantar melalui borang penyertaan atas talian kepada penganjur peringkat negeri dan kebangsaan.
Semua pasukan akan membuat pembentangan melalui sidang video
Pembentang lisan (maksimum lima (5) minit)
Sesi soal jawab (maksimum sepuluh minit)
Proses penilaian peringkat negeri
File projek dalam aplikasi Tinkercad dan video persembahan dalam Youtube akan dinilai oleh tiga (3) panel hakim negeri yang dilantik JPN.
Tiga (3) projek terbaik bagi setiap kategori daripada setiap negeri layak untuk bertanding pada peringkat kebangsaan.
Proses penilaian peringkat kebangsaan
Pengelola peringkat JPN perlu memuatnaik file projek dalam Tinkercad melalui borang secara dalam talian yang disediakan oleh pengelola peringkat kebangsaan.
Semua pasukan akan membuat pembentangan melalui sidang video:
Pembentang lisan (maksimum lima (5) minit)
Sesi soal jawab (maksimum sepuluh minit)
Penilaian projek akan dilaksanakan oleh pengelola peringkat kebangsaan yang dinilai oleh tiga (3) panel hakim kebangsaan.
Pengerusi Teknik Pertandingan Negeri Sabah
CIK ANUTHRA SIRISENA