8 Ogos 2022
Pelancaran Karnival STEM 2022 (Sabah)
15 September 2022
Tarikh tutup penyertaan (Negeri)
7 - 10 November 2022
Karnival STEM Kebangsaan
Karnival STEM peringkat kebangsaan merupakan satu aktiviti tahunan anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan tahun 2022 merupakan edisi ke-6.
Sebagai salah satu inisiatif untuk memupuk minat dalam membangunkan potensi dan memperkasakan daya saing murid dalam subjek berkaitan STEM, BSKK menganjurkan Karnival STEM peringkat kebangsaan sebagai platform kepada murid sekolah rendah dan menengah untuk mengetengahkan bakat, kreativiti dan potensi mereka melalui pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
Pendidikan STEM adalah penting kerana ianya meliputi setiap aspek kehidupan seharian dan dunia di sekeliling kita dan amat penting sebagai persediaan kita untuk menghadapi cabaran dan kehidupan yang berbeza di masa hadapan. Dalam hal ini, minat terhadap bidang STEM dalam kalangan murid perlu diberikan perhatian khusus bagi menyokong kepada aktiviti PdP di sekolah.
Mencungkil dan memupuk bakat murid-murid di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan inovasi STEM bersepadu.
Meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran kecekapan global dalam menghasilkan projek inovasi STEM bersepadu.
Memberi peluang untuk murid mengemukakan idea kreatif dan kritis serta menjalankan penyelidikan dan pembangunan projek inovasi STEM bersepadu.
Mengasah kemahiran murid dalam membuat penyelidikan saintifik mengikut kaedah dan prosedur yang betul mahupun produk inovasi STEM bersepadu.
Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang STEM bersepadu.
Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses penyelidikan dan pembangunan inovasi STEM bersepadu.
Meningkatkan amalan Pembelajaran Berasaskan Projek ke arah proses penyelidikan dan pembangunan inovasi STEM bersepadu.
Pertandingan dijalankan secara dalam talian kepada murid sekolah bantuan kerajaan persekutuan dan negeri.
Hasil projek yang diplagiat akan dibatalkan penyertaan dengan serta-merta.
Bahan projek yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada peserta. KPM berhak menyiarkan rakaman video atau menggunakan bahan pertandingan di mana-mana platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan. Setiap peserta perlu mengisi BORANG PERSETUJUAN DAN PELEPASAN.
Pertukaran peserta selepas pendaftaran adalah tidak dibenarkan.
KPM berhak membatalkan penyertaan lewat dan yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep.
Keputusan penjurian/penghakiman adalah muktamad.