Peringatan mesra:
SILA AKSES KERTAS KONSEP DAN BORANG PENDAFTARAN MENGGUNAKAN EMEL DELIMA ANDA
INFO TERKINI:
STEM DECATHLON CHALLENGE PERINGKAT NEGERI SABAH 2022
Kuiz Sebenar
Tarikh: 8/9/2022 (Khamis)
Masa: 10.00 - 11.15 am
Medium : Online (Google Form)
Link : Sekolah Menengah ( https://forms.gle/RX11XY9grVBveDRs5 )
Sekolah Rendah ( https://forms.gle/AHik8CmVw5zdnhkM7 )
Mock Quiz
Tarikh: 1/9 - 7/9/2022
Terbuka sepanjang masa
Medium : Online (Google Form)
Link : Sekolah Menengah ( https://forms.gle/f4r2v6ZgGAi1ptiF7 )
Sekolah Rendah ( https://forms.gle/6Ui38d3oQia1vLP39 )
PERINGATAN : SILA GUNAKAN EMAIL DELIMA MURID UNTUK AKSESS SOALAN SDC
STEM DECATHLON CHALLENGE adalah aktiviti anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Pertandingan ini merupakan platform kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah untuk menyerlahkan bakat dan keupayaan mereka dalam menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah penemuan dalam bidang teknologi dan perubatan, pengetahuan saintifik serta penyelesaian masalah menggunakan kemahiran STEM.
Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian.
Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori:
Sekolah rendah: Murid tahun 4 hingga 6
Sekolah menengah: Murid tingkatan 1 hingga 5
Empat (4) peserta terbaik bagi sekolah menengah dan empat (4) peserta terbaik sekolah rendah daripada setiap negeri layak untuk bertanding pada peringkat kebangsaan.
Hanya tiga (3) peserta yang dibenarkan menjawab kuiz pada peringkat kebangsaan. Peserta keempat yang didaftarkan adalah peserta simpanan yang boleh mengantikan mana-mana peserta yang tidak hadir.
Jika dua (2) atau lebih dua (2) peserta tidak hadir bagi satu pasukan, maka, pihak lawan akan mara ke peringkat seterusnya tanpa bertanding.
Soalan-soalan yang diberikan merangkumi pengetahuan sains dan matematik mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), sejarah penemuan dalam teknologi dan perubatan, pengetahuan saintifik serta soalan berbentuk penyelesaian masalah. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Pertandingan di peringkat negeri:
Terdapat 50 soalan berbentuk aneka pilihan yang perlu dijawab secara dalam talian. Masa yang diperuntukkan adalah selama satu jam sahaja;
Peserta akan diberikan pautan, tarikh dan masa yang ditetapkan oleh penganjur peringkat negeri; dan
Empat (4) peserta yang mendapat markah tertinggi bagi sekolah rendah dan empat (4) peserta yang mendapat markah tertinggi bagi sekolah menengah daripada setiap negeri akan mewakili setiap negeri untuk bertanding di peringkat kebangsaan.
Pertandingan di peringkat kebangsaan:
Perlawanan antara negeri adalah secara kalah mati dan proses undian akan dijalankan untuk menentukan kedudukan perlawanan.
Setiap perlawanan antara negeri akan melibatkan dua (2) peringkat. Peringkat pertama terdapat sembilan (9) soalan beraneka pilihan yang akan dijawab oleh peserta. Manakala di peringkat kedua sebanyak lima (5) soalan akan ditayangkan dan setiap kumpulan diberi pilihan untuk menjawab dua (2) soalan.
Proses penilaian peringkat negeri:
Penilaian akan dilaksanakan oleh dua (2) orang panel juri.
Peserta perlu mendapatkan minimum 30 markah untuk kelayakan menerima sijil penyertaan peringkat negeri.
Proses penilaian peringkat kebangsaan:
Penilaian akan dilaksanakan oleh dua (2) orang panel juri.
Setiap perlawanan antara negeri akan melibatkan dua (2) peringkat.
Peringkat Pertama (Rapid Question)
Peserta pertama daripada dua (2) negeri akan dibacakan soalan di samping paparan soalan akan diberikan kepada peserta. Markah akan diberikan kepada peserta yang menjawab paling awal dan betul. Kuiz ini akan diulang sehingga ke peserta ketiga. Sebanyak tiga (3) pusingan akan dilaksanakan. Peserta yang mendapat jawapan yang betul akan diberikan dua (2) markah. Manakala peserta yang menjawab salah akan ditolak satu (1) markah.
Peringkat Kedua (Group Question)
Setiap pasukan akan diberi pilihan daripada lima (5) soalan tersembunyi di paparan skrin. Setiap pasukan akan diberikan dua (2) peluang untuk memilih soalan di skrin. Hakim akan membacakan soalan di skrin dan pasukan diberikan peluang untuk berbincang selama 30 saat sebelum loceng dibunyikan. Pasukan diberikan masa 10 saat untuk menjawab. Markah yang diperuntukan adalah 10 markah kepada jawapan yang betul. Tiada markah akan ditolak jika pasukan memberikan jawapan yang salah.
Jika kedua-dua pasukan mendapat markah yang sama selepas dua (2) peringkat dipertandingkan, maka kedua-dua pasukan akan diberikan soalan tie breaker.
Pengerusi Teknik Pertandingan Negeri Sabah
EN. HANAFIAH BIN EDDY CHONG JUNAIRI