Peringatan mesra:
SILA AKSES KERTAS KONSEP DAN BORANG PENDAFTARAN MENGGUNAKAN EMEL DELIMA ANDA
SCIENTIFIC POSTER COMPETITION adalah pertandingan yang dilaksanakan dalam STEM Online Challenge anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Pertandingan Scientific Poster Competition dilaksanakan untuk meningkatkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pembentangan poster.
Pertandingan ini juga mampu mencungkil kreativti dan penerokaan dalam STEM berdasarkan tema Sustainable Development Goals (SDG).
Disamping itu, pertandingan ini juga diharap dapat mengukuhkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan murid.
Peserta perlu menghasilkan satu poster saintifik dan satu video pembentangan produk inovasi atau penyelidikan.
Persembahan yang dihasilkan mestilah berdasarkan satu (1) tema sahaja. Pemilihan tema adalah seperti yang berikut:
SDG 6: Clean Water and Sanitation
SDG 7: Affordable and Clean Energy
SDG 11: Sustainable Cities and Communities
SDG 9: Industry, Innovation and Infrastructure
SDG 12: Responsible Consumption and Production
Pertandingan ini akan dilaksanakan secara dalam talian. Semua penyertaan perlu;
dimuatnaik ke google drive peserta sebelum dihantar kepada penganjur; dan
menghantar pautan google drive yang mengandungi video projek, dan poster melalui google form yang disediakan oleh penganjur peringkat negeri atau kebangsaan.
Peserta tidak dibenarkan memaparkan identiti sekolah atau negeri pada semua bahan pertandingan yang dihantar untuk dinilai (poster saintifik dan video pembentangan).
Pertukaran dan penambahbaikkan poster saintifik dan video pembentangan tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penghantaran yang telah ditetapkan.
Format poster saintifik
Peserta hendaklah menyediakan satu poster saintifik bersaiz A4 dalam format .pdf sahaja.
Murid dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam menyediakan poster berkenaan.
Kandungan poster saintifik
Pengenalan
Penyataan masalah
Metodologi
Data/Analisis
Perbincangan
Kesimpulan
Rujukan
Format rakaman video pembentangan
Durasi pembentangan mestilah tidak melebihi lima (5) minit.
Peserta perlu menerangkan projek mereka secara ringkas.
Video berbentuk persembahan slaid berserta voice over adalah tidak dibenarkan.
Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam pembentangan poster.
Format yang dibenarkan bagi rakaman video adalah WMV/ MP4/MOV. Resolusi video yang ditetapkan adalah Full HD – 1080p. Pautan video sahaja yang perlu dihantar kepada penganjur.
Rakaman video perlu dilaksanakan dalam bentuk landskap.
Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian.
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerajaan persekutuan dan negeri.
Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori:
Sekolah Rendah: Murid tahun 4 hingga 6
Sekolah Menengah: Murid Tingkatan 1 hingga 5
Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1) guru pembimbing.
Peserta mestilah daripada sekolah yang sama.
Para peserta tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif seperti keagamaan, perkauman dan politik dalam persembahan.
Berikut ialah contoh susunan maklumat Scientific Poster sebagai panduan peserta. Peserta boleh menyediakan poster mengikut kreativiti dan kesesuaian masing-masing.
Proses Penilaian Peringkat Negeri
Saringan dan penilaian Scientific Poster dan Video Pembentangan akan dilaksanakan oleh pengelola peringkat negeri;
Bahan yang diterima akan dinilai oleh panel hakim peringkat negeri secara dalam talian; dan
Semua Scientific Poster dan Video Pembentangan yang akan mewakili negeri akan disahkan/diperiksa oleh pihak penganjur peringkat negeri untuk memastikan bahawa pendaftaran memenuhi syarat penyertaan.
Tiga (3) projek terbaik bagi setiap kategori daripada setiap negeri layak untuk bertanding pada peringkat kebangsaan.
Proses Penilaian Peringkat Kebangsaan
Penilaian Scientific Poster dan Video Pembentangan akan dilaksanakan oleh tiga (3) orang panel hakim.
Pengerusi Teknik Pertandingan Negeri Sabah
Puan Norasmah Binti Abdul Rashid
2.0 PERhttps://t.me/+WbA4Z225C