Peringatan mesra:
SILA AKSES KERTAS KONSEP DAN BORANG PENDAFTARAN MENGGUNAKAN EMEL DELIMA ANDA
YOUNG STEMist INNOVATION & INVENTION CONFERENCE adalah aktiviti anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan ini merupakan platform kepada murid sekolah menengah dalam mengetengahkan projek penyelidikan, penemuan dan reka bentuk mengikut tema yang ditetapkan.
Pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta percambahan minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital.
Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian.
Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah menengah tingkatan 1 hingga 5 sahaja.
Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1) guru pembimbing.
Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
Projek mestilah asli dan tidak pernah dikomersialkan. Projek penyelidikan yang telah dipertandingkan dan memenangi sebarang anugerah boleh menyertai pertandingan dengan syarat projek tersebut telah diubahsuai atau ditambahbaik.
Peserta perlu menyatakan sumber yang diperoleh dan digunakan dalam hasil projek.
Peserta perlu menghasilkan slaid pembentangan untuk pembentangan lisan secara dalam talian dan laporan projek berdasarkan tema dan kategori yang telah ditetapkan oleh penganjur.
Tema
Projek yang dihasilkan mestilah berdasarkan satu (1) tema sahaja. Pemilihan tema adalah berdasarkan senarai yang berikut:
SDG 2: Zero Hunger;
SDG 3: Good Health & Well Being;
SDG 6: Clean Water and Sanitation;
SDG 7: Affordable and Clean Energy;
SDG 11: Sustainable Cities & Communities; dan
SDG 13: Climate Action
Kategori projek
Penyertaan dan penilaian adalah berdasarkan kategori pertandingan. Satu (1) projek terbaik bagi setiap kategori seperti yang berikut daripada setiap negeri layak untuk bertanding pada peringkat kebangsaan:
Sains Kehidupan (Life Sciences);
Kajian Alam Sekitar (Environmental Sciences);
Matematik;
Kejuruteraan/Robotik/Sains Komputer; dan
Sains Sosial (Social Sciences).
Pertandingan ini akan dilaksanakan secara dalam talian. Semua penyertaan perlu:
dimuatnaik ke google drive peserta sebelum dihantar kepada penganjur; dan
menghantar pautan google drive yang mengandungi slaid pembentangan projek dan laporan projek dalam format .pdf melalui google form yang disediakan oleh penganjur peringkat negeri atau kebangsaan.
Peserta tidak dibenarkan memaparkan identiti sekolah atau negeri pada semua bahan pertandingan yang dihantar untuk dinilai (slaid pembentangan dan laporan projek).
Pertukaran dan penambahbaikan projek dan slaid pembentangan tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penghantaran bahan pertandingan.
Format laporan projek
Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam penulisan laporan;
Penyediaan laporan projek mestilah mengikut spesifikasi yang ditetapkan:
jenis font: Arial;
saiz font: 12; dan
double spacing.
Sila rujuk kertas konsep untuk senarai kandungan laporan.
Pembentangan lisan
Seorang wakil pasukan akan membentangkan projek penyelidikan secara maya. Peruntukan masa pembentangan 10 minit diikuti dengan sesi soal jawab selama 10 minit bersama- sama panel penilai;
Media slaid pembentangan yang dibenarkan ialah Microsoft PowerPoint; dan
Kandungan slaid pembentangan adalah seperti berikut:
Pendahuluan;
Objektif;
Metodologi/Proses kajian;
Data dan pemerhatian;
Keputusandanperbincangan;
Signifikasi projek;
Pembangunan projek masa depan; dan
Kesimpulan.
Proses penilaian peringkat negeri
Saringan dan penilaian projek akan dilaksanakan oleh pengelola peringkat negeri;
Slaid pembentangan dan laporan projek yang diterima akan dinilai oleh panel hakim peringkat negeri secara dalam talian; dan
Semua slaid pembentangan dan laporan projek yang akan mewakili negeri akan disahkan/diperiksa oleh pihak penganjur peringkat negeri untuk memastikan pendaftaran memenuhi syarat penyertaan dan prosedur pendaftaran.
Proses penilaian peringkat kebangsaan
Penilaian projek akan dilaksanakan oleh tiga (3) orang hakim bagi setiap kategori pertandingan.
Pengerusi Teknik Pertandingan Negeri Sabah
PN. YVAN HAZEL JIMIS
EN. CLARENCE BIN JOANNES SIGAM