Peringkat Negeri SABAH
Peringatan mesra:
SILA AKSES KERTAS KONSEP DAN BORANG PENDAFTARAN MENGGUNAKAN EMEL DELIMA ANDA
TARIKH PENTING
TAKLIMAT BERSAMA PT NEGERI 20 JULAI 2022
PELANCARAN PROGRAM 08 OGOS 2022
TARIKH TUTUP PENYERTAAN 15 SEPTEMBER 2022
PERINGKAT KEBANGSAAN 7 - 10 NOVEMBER 2022
YOUNG ROBOTICISTS CHALLENGE merupakan anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Pertandingan ini menjadi platform dalam pertumbuhan inovasi robotik dalam kalangan murid sekolah rendah dan sekolah menengah dengan penghasilan projek menggunakan teknologi mikropengawal dalam menyelesaikan masalah kehidupan seharian mengikut tema yang ditetapkan. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi penyelesaian masalah secara inkuiri, membuat penyelidikan dan analisis, kemahiran pengaturcaraan, kreativiti dalam mereka bentuk kejuruteraan, kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital.
Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian.
Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori:
Sekolah rendah: Murid tahun 4 hingga 6
Sekolah menengah: Murid tingkatan 1 hingga 5
Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1) guru pembimbing.
Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.
Penggunaan mikropengawal, sensor, motor dan sebagainya adalah tidak terhad dan bebas atau secara open source.
Peserta perlu memaklumkan jenis mikropengawal di dalam borang pendaftaran.
Projek mestilah asli dan tidak pernah dikomersialkan. Projek inovasi yang telah dipertandingkan dan memenangi sebarang anugerah boleh menyertai pertandingan dengan syarat projek tersebut telah diubahsuai atau ditambahbaik.
Pertandingan peringkat negeri dijalankan secara dalam talian. Peserta perlu menghantar laporan dan video rakaman persembahan projek (berdurasi tidak lebih lima (5) minit) sebelum tarikh tutup pertandingan.
Tema
Projek yang dihasilkan mestilah berdasarkan tema berikut:
EcoRobot - Pencemaran (SDG 13: Climate Change)
Pertandingan ini memerlukan kumpulan peserta menyelesaikan satu isu atau masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian berdasarkan tema yang ditetapkan dengan menghasilkan inovasi projek yang menggunakan teknologi mikropengawal robotik. Pencemaran berlaku disebabkan oleh bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke atas alam sekitar yang memusnahkan dan membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kepenggunaan alam sekitar. Isu pencemaran merupakan isu global yang perlu ditangani di seluruh dunia.
Dimensi maksimum projek adalah 2m (panjang) X 2m (lebar)
Laporan projek dalam format .pdf dan pautan video projek yang dimuat naik di Youtube (unlisted) perlu dihantar melalui borang penyertaan dalam talian kepada penganjur pada peringkat JPN.
Peserta TIDAK dibenarkan memaparkan identiti sekolah atau negeri pada semua bahan pertandingan yang dihantar untuk dinilai.
Format laporan projek:
Format penulisan laporan projek robotik adalah seperti berikut:
Bahasa: Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Jenis font: Arial
Saiz font: 11
Spacing: 1.5
Bilangan mukasurat tidak melebihi 15 muka surat
Format : .pdf
Kandungan laporan projek boleh dirujuk di dalam kertas konsep pertandingan.
Video rakaman persembahan projek:
Peserta boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris untuk menerangkan projek yang dihasilkan;
Durasi pembentangan adalah tidak melebihi lima (5) minit (termasuk montaj persembahan);
Format yang dibenarkan bagi rakaman video adalah WMV/ MP4/MOV. Resolusi video yang ditetapkan adalah Full HD – 1080p. Pautan video sahaja yang perlu dihantar kepada penganjur; dan
Bahan sumber dalam penghasilan video seperti gambar dan video yang diambil dari mana-mana laman web perlu dinyatakan pautan sumber/ hakcipta.
Proses penilaian peringkat negeri
Laporan projek dan video persembahan akan disahkan/ diperiksa oleh pihak penganjur untuk memastikan bahawa pendaftaran memenuhi syarat-syarat penyertaan dan pertandingan;
Laporan projek dan video yang diterima akan dinilai oleh tiga (3) panel hakim negeri yang dilantik JPN; dan
Hanya tiga (3) pasukan terbaik daripada sekolah menengah dan dua (2) pasukan terbaik daripada sekolah rendah sahaja yang akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
Proses penilaian peringkat kebangsaan
Pengelola peringkat JPN perlu memuatnaik laporan projek dalam format .pdf dan video dalam format MP4 / MOV atau AVI berserta butiran peserta kepada pengelola kebangsaan melalui borang secara dalam talian yang disediakan oleh pengelola peringkat kebangsaan;
Penilaian projek akan dilaksanakan oleh pengelola peringkat kebangsaan yang dinilai oleh tiga (3) panel hakim kebangsaan; dan
Semua pasukan akan membuat pembentangan melalui sidang video:
Pembentangan lisan (maksimum: 5 minit)
Sesi soal jawab (maksimum: 10 minit)
PANDUAN PENGHANTARAN VIDEO PROJEK
PANDUAN PENGHANTARAN DOKUMEN PERTANDINGAN
CONTOH MIKROPENGAWAL (MICROCONTROLLER)
Arduino Uno
Microbit
Lego EV3
Cytron Maker Uno
Pengerusi Teknik Pertandingan Negeri Sabah
EN. HJ. HAIRUDDIN BIN SUBAKIR