PERTANDINGAN STEM ONLINE QUIZ PERINGKAT NEGERI SABAH 2022
Tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru pembimbing atas usaha, komitmen dan kebersamaan anda dalam pertandingan ini.
Jumlah penyertaan STEM Online Quiz 2022
Sekolah Rendah: 1,799 murid
Sekolah Menengah: 2,011 murid
KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN STEM ONLINE QUIZ PERINGKAT NEGERI SABAH 2022 (TERKINI)
Senarai murid yang berjaya berada dalam kedudukan Top 250 Terbaik seterusnya melayakkan diri dalam Pertandingan STEM Online Quiz Peringkat Kebangsaan pada 13 Oktober 2022 (Khamis).
STEM ONLINE QUIZ (SOQ) adalah aktiviti anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Pertandingan ini merupakan platform kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah untuk menyerlahkan bakat dan keupayaan mereka dalam menjawab soalan-soalan yang menjurus kepada pengetahuan saintifik, sejarah penemuan, kemahiran mengaplikasi serta kemahiran penyelesaian masalah STEM yang dilihat sebagai pengintegrasian bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.
Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian.
Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerajaan persekutuan dan negeri.
Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori:
Sekolah rendah: Murid tahun 4 hingga 6
Sekolah menengah: Murid tingkatan 1 hingga 3
Peserta terbaik di peringkat negeri iaitu seramai 250 murid sekolah rendah dan 250 murid sekolah menengah akan menyertai STEM Online Quiz di peringkat kebangsaan.
Pertandingan peringkat negeri akan dikelolakan mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan oleh setiap Jabatan Pendidikan Negeri.
Peserta perlu mempunyai rangkaian internet dan peranti bekerja dalam keadaan yang baik. Rayuan atas masalah teknikal dan internet yang dihadapi oleh peserta menyebabkan peserta gagal menjawab atau memasuki semula pautan untuk menjawab tidak akan dilayan.
Peserta perlu menjawab 40 soalan beraneka pilihan dalam tempoh 60 minit secara dalam talian.
Soalan-soalan yang diuji adalah dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Soalan-soalan kuiz adalah berdasarkan tajuk seperti yang berikut :
Sekolah rendah: Matematik, Sains, Rekabentuk dan Teknologi, Kemahiran digital, soalan sejarah penemuan dan penciptaan yang digunakan dalam kehidupan harian serta soalan penyelesaian masalah.
Sekolah menengah: Matematik, Sains, Asas Sains Komputer, Kemahiran digital, soalan sejarah penemuan yang digunakan dalam kehidupan harian serta soalan penyelesaian masalah.
Pautan dan plaftform pertandingan akan diberikan mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan oleh pengelola pertandingan.
Proses penilaian peringkat negeri
Saringan dan penilaian projek akan dilaksanakan oleh pengelola peringkat negeri.
Proses penilaian peringkat kebangsaan
Penilaian kuiz akan dijana secara automatik oleh platform pertandingan secara dalam talian; dan
Jika terdapat lebih daripada satu pemenang yang mempunyai markah yang sama, maka peserta yang menghantar jawapan paling awal akan dinobatkan pemenang.
Pengerusi Teknik Pertandingan Negeri Sabah
Pn. Lily Chin Mui Ken
En. Kuit Vui Ket