PORTAL PERPUSTAKAAN
KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
FEEL FREE TO VISIT OUR FACEBOOK PAGE plz like & follow
PORTAL PERPUSTAKAAN
KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS
e-BOOK SAU
e-BOOK STS
e-BOOK SMN
e-BOOK SDD
Pada 19 Oktober 2026 ( Isnin ) Perpustakaan Kolej Komuniti Kepala Batas ( KKKB ) telah menerima pemakluman tentang keputusan Penarafan Bintang Perpustakaan yang julung-julung kalinya dilaksanakan oleh oleh Pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
Alhamdullillah, Perpustakaan Kolej Komuniti Kepala Batas telah menerima keputusan Lima (5) BINTANG dan turut juga menerima penilaian Kategori CEMERLANG dari Pihak Bahagian Khidmat Nasihat & Perundingan (BKNP), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang turut hadir secara serentak bersama pasukan Audit Penarafan Bintang.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyokong kami selama ini khususnya kepada pihak Pengurusan Tertinggi KKKB, para pensyarah dan kakitangan serta teristimewa untuk para pelajar yang kekal dan terus memberikan minat dan sokongan dalam bentuk kehadiran kunjungan yang tinggi serta penggunaan fasiliti yang disediakan, penglibatan dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta sikap proaktif para AJK LIBFRENZ iaitu Kelab Perpustakaan yang telah ditubuhkan sejak 2022 lagi dalam menjalankan pelbagai program yang dirancang saban tahun.
Terima kasih juga kepada pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang telah hadir dan melaksanakan Audit Penarafan Bintang serta pihak Bahagian Khidmat dan Perundingan (BKNP) ini dimana ia menunjukkan PNM begitu komited dan serius dalam menilai dan mengukur prestasi secara formal kepada para pegawai kader mereka yang berada di luar ibu pejabat induknya.
Penganugerahan ini adalah satu bentuk penghargaan dan sekaligus pengiktirafan rasmi Perpustakaan Negara Malaysia kepada pihak kami di Kolej Komuniti Kepala Batas khususnya Unit Perpustakaan.
PENJURIAN PENARAFAN BINTANG PERPUSTAKAAN
Pada 15 Mei 2026 ( Jumaat ) Perpustakaan Kolej Komuniti Kepala Batas ( KKKB ) telah menerima lawatan Penjurian Penarafan Bintang yang julung kali dilaksanakan oleh Pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
Penjurian ini telah dilakukan oleh Puan Fatimah Binti Abdul Hai, Timbalan Pengarah Kanan, Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Puan Effah Imtiaz Binti Zainol, Timbalan Pengarah, Bahagian Kandungan Digital dan Puan Nur Dalila Binti Zainal, Penolong Pustakawan, Bahagian Khidmat Nasihat & Perundingan.
Antara Objektif penarafan ini adalah bagi menilai dan mengukur prestasi secara formal kepada perpustakaan yang menunjukkan tadbir urus terbaik dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan unggul.
KKKB telah terpilih sebagai salah satu daripada 11 buah Kolej Komuniti di seluruh Malaysia yang disenarai pendek bagi penarafan ini dan menjadi wakil tunggal sekaligus menjadi satu-satunya Kolej Komuniti di peringkat negeri Pulau Pinang yang terpilih sebagai shortlister.
Kehadiran para juri daripada Perpustakaan Negara Malaysia ini telah disambut dan disantuni oleh Timbalan Pengarah Pengurusan, Tuan Hj. Khairulnizan Bin Abdul Kadir.
LAWATAN PENJURIAN PENARAFAN BINTANG PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM)
KOD QR PAUTAN PANTAS
KOLEKSI MAJALAH TEMPATAN/LUAR NEGARA/AKHBAR LUAR NEGARA & TEMPATAN
WAKTU PERKHIDMATAN
ISNIN - KHAMIS, 08.00 - 05.30 PM
JUMAAT - 08.00 - 12.15 PM ( PAGI )
2.45 - 05.30 PM ( PETANG )
SABTU - AHAD, CUTI
LOKASI
87, LRG BERTAM INDAH 1, TAMAN BERTAM INDAH, 13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG
+60 4-579 2300
kkkepalabatas.mypolycc.edu.my/v1