Memasuki bulan Julai, berbekalkan beberapa hari sebelum program besar Perkampungan Penulis Wilayah Timur, saya telah menyediakan beberapa poster bagi tujuan penghebahan dan sebagai tirai latar belakang sepanjang program-program itu berlangsung nanti.
Antaranya ialah: Seminar Pemikiran Sasterawan Negeri Kelantan Dr. Fatimah Busu, Wacana Penulis Muda: Menulis Untuk Masa Depan: Kuasa Naratif Penulis Muda, Diskusi Dinamika Penulis Wanita Timur: Teluk Rasa Lembah Kata Penulis Wanita Pantai Timur, dan Seminar Pemikiran Sasterawan Negeri Kelantan Hilmi Rindu.
Saya juga telah menyediakan sijil digital untuk para peserta program Perkampungan Penulis Wilayah Timur.
Dalam masa yang sama, saya turut sempat bertugas sebagai urus setia di Dewan Seminar DBPWT untuk Forum Remaja Madani Peringkat Negeri Kelantan dan Terengganu 2025, untuk bahagian teknikal dan penyusunan markah. Kesempatan ini memberi peluang kepada saya untuk melihat bagaimana seseorang juri membuat pemarkahan. Juga bedasarkan keputusan markah tersebut, saya telah membuat poster hebahan mengenai sekolah-sekolah yang layak ke peringkat akhir.
Kemudian pada 3 Jun sebelum bertolak ke Sudara Beach Resort, saya telah membuat buku program atur cara bagi kegunaan di sana nanti.
Program Perkampungan Penulis Wilayah Timur berlangsung selama tiga hari. Peserta daripada pelbagai latar belakang hadir untuk memeriahkannya. Kebanyakannya adalah daripada persatuan-persatuan penulis di Wilayah Timur.
Saya bertugas sebagai urus setia bahagian teknikal untuk kesemua program tersebut.
Namun bagi program Tewah Pantun, saya mengambil kesempatan untuk menjadi penjaga masa di atas pentas. Melihat cara para pemantun menulis idea dalam jarak dekat sememangnya tidak sama dengan melihat dari bawah sebagai peserta.
Selain daripada perkongsian ilmu dan tempat yang menarik, program ini juga menyertakan aktiviti kacau Bubur Asyura.
Secara kesuluruhannya, program-program yang dianjurkan telah berjalan dengan lancar.
Selepas program yang panjang, tugas-tugas kembali dilakukan di pejabat.
Antara tugas yang saya lakukan adalah menyemak penyertaan Pertandingan TikTok Bijak Jawi 2025 Peringkat Negeri Kelantan dan Terengganu di TikTok. Video-video peserta ini perlu dimuat turun dan dikumpulkan bagi tujuan penilaian selepas tarikh pertandingan ditutup.
Juga, Puan Zahani meminta saya merumuskan kesemua jumlah penyerahan karya bagi anugerah Hadiah Sastera Kelantan 2025 yang telah dikumpulkan. Selepas perbincangan bersama Pengarah DBPWT, Puan Ariza, meskipun jumlah karya adalah banyak, namun mereka telah memutuskan untuk melanjutkan tarikh tutup penyertaan iaitu kini sehingga 31 Julai.
Maka, saya telah memperbaiki dan mengemas kini poster hebahan Hadiah Sastera Kelantan 2025 untuk menukar tarikh tutup penyertaannya agar ia dapat dihebahkan sekali lagi.
Selain itu, sempena Pertandingan Akhir Forum Remaja Madani Peringkat Negeri Kelantan 2025, saya telah menyediakan mock cheque pemenang untuk diberikan kepada sekolah-sekolah yang berjaya mendapat tempat.
Ekoran program Perkampungan Penulis Wilayah Timur minggu lepas juga, saya diminta untuk menyerahkan rekod jumlah kehadiran peserta yang berdaftar pada ketika itu kepada Puan Hidayah.
Memasuki minggu terakhir sebagai pelatih industri di DBPWT, masih terdapat beberapa tugas-tugas akhir yang perlu diselesaikan.
Pada hari ahad, saya dan pelatih industri lain telah menghadiri Pertandingan Akhir Forum Remaja Madani Peringkat Negeri Kelantan 2025 di SMK Ismail Petra sebagai urus setia bahgaian teknikal dan pembantu jurufoto. Melihat mereka membincangkan forum di hadapan sememangnya tidak sama seperti melihat dalam video ketika di peringkat awal dua minggu lepas.
Seterusnya, saya juga bersama Encik Ikhram telah ke IPGM Kampus Kota Bharu bagi mengadakan sesi taklimat mengenai Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Kelantan. Pemberi taklimat pada ketika itu ialah Encik Abdul Hadi Yusoff daripada pertubuhan seni Rupa Jiwa. Beliau telah mengajarkan teknik-teknik mendeklamasikan sajak memandangkan beliau sendiri pernah memenangi banyak anugerah dalam bidang ini.
Di pejabat pula, saya menyediakan sijil penyertaan digital bagi Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Ke-39 2025 Peringkat Negeri Kelantan, Bengkel Pemantapan Deklamasi Sajak, dan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Ke-39 2025 Peringkat Negeri Terengganu. Ketiga-tiga bengkel dan sayembara ini akan dilaksanakan pada minggu-minggu hadapan.
Juga seperti tiap-tiap hari sebelumnya, saya telah mendokumentasikan segmen radio 1 Hari 1 Peribahasa yang disiarkan oleh Terengganu FM pada pukul 2.15 petang, dan menyatukannya dengan poster segmen bersesuaian untuk tujuan penghebahan.
Sebelum melangkah kaki keluar DBPWT, saya telah mengucapkan selamat tinggal terakhir kepada pegawai-pegawai dan pelatih industri ada bersama saya sepanjang tempoh berkhidmat di sini.
Penyelia Industri Semester 5
Encik Muhamad Ikhram Fadhly bin Hussin
Penyelia Industri Semester 6
Puan Zahani binti Che Ismail
Sebuah program yang panjang dan berterusan sering mengingatkan tentang kepentingan masa.
Pada bulan terakhir sebagai pelatih industri di DBPWT, saya telah melakukan tugas dengan cekap dan tidak keterlaluan. Kini, saya lebih tahu dan yakin di mana perlu diletakkan garis pemisah antara keperluan dan kepentingan.
Prestasi kerja yang baik datang daripada pelaksanaan tugas bersama roh dan bukan kerana dikerah semata-mata.