PRODUK
PRODUK
Insuarans/takaful motor menyediakan perlindungan terhadap kehilangan atau kerosakan pada kenderaan anda akibat kemalangan, kebakaran, atau kecurian. Ia juga melindungi liabiliti anda atau pemandu yang dibenarkan terhadap kecederaan badan atau kematian pihak ketiga, serta kehilangan atau kerosakan harta benda pihak ketiga.
GiCheckLindung-i ialah platform dalam talian yang membolehkan pelanggan memperbaharui takaful pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
PUSPAKOM Teknik Sdn. Bhd. merupakan agensi berdaftar bagi syarikat berikut:
Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad: KL39686
Zurich General Takaful Malaysia Berhad: T70432P-000
Sila hubungi Khidmat Pelanggan PUSPAKOM dari Isnin hingga Jumaat antara jam 9.00 pagi hingga 5.45 petang.
Nombor telefon: +603 5101 7000
Setelah dihantar, pasukan kami akan mendaftarkan aduan anda dan menjalankan siasatan. Anda akan menerima maklum balas dalam tempoh 14 hari dan akan dimaklumkan sekiranya memerlukan masa tambahan.
PERLINDUNGAN
Insurans/takaful kenderaan memberikan perlindungan kewangan. Sebagai contoh, perlindungan liabiliti boleh membantu menanggung perbelanjaan sekiranya anda terlibat dalam kemalangan jalan raya, termasuk yuran guaman, kos perubatan bagi individu yang cedera, atau pampasan kehilangan pendapatan sekiranya kecederaan menghalang anda daripada bekerja.
Kebanyakan pelan komprehensif dan sebahagian pelan pihak ketiga, kebakaran dan kecurian menyediakan manfaat tambahan seperti bantuan tepi jalan, perlindungan liabiliti undang-undang dan kemalangan. Perlindungan merangkumi kehilangan atau kerosakan akibat kemalangan, kebakaran atau kecurian serta kecederaan badan, kematian dan kerosakan harta benda pihak ketiga.
CARA PEMBELIAN
Layari laman web kami untuk mendapatkan sebut harga dan teruskan pembayaran sumbangan melalui kaedah pembayaran yang disediakan. Anda akan menerima emel setelah permohonan diluluskan.
Ya. Anda boleh memperbaharui sijil motosikal persendirian di bawah perlindungan komprehensif dan pihak ketiga.
Pembaharuan boleh dilakukan kepada kereta dan motorsikal (persendirian) di bawah perlindungan komprehensif dan pihak ketiga.
Anda boleh membuat pembayaran sumbangan melalui FPX.
SELEPAS PEMBELIAN
Polisi/sijil akan dihantar kepada anda dalam masa beberapa minit selepas pembayaran berjaya dibuat.
Anda akan menerima e-resit melalui e-mel anda atau WhatsApp sebaik sahaja pembayaran dibuat. Hubungi nombor talian hotline pelanggan kami +6011-61603071 atau e-mel kepada kami di customercare@senang.io.
Emel daripada penyedia gerbang pembayaran platform akan dihantar kepada anda setelah pembayaran pembaharuan berjaya diselesaikan.
Polisi yang diperbaharui akan dihantar dalam masa beberapa minit selepas pembayaran berjaya. Anda boleh memohon pembatalan dengan menghantar cover note berserta sebab pembatalan. Setelah dibatalkan, anda layak menerima bayaran balik sumbangan secara prorata bagi tempoh perlindungan yang belum tamat, tertakluk kepada terma sijil. Tiada bayaran balik dibenarkan sekiranya terdapat tuntutan di bawah sijil tersebut.
Proses:
Hubungi kami melalui WhatsApp atau emel untuk memohon pembatalan dan bayaran balik.
Permohonan anda akan disahkan dan diproses dalam tempoh 24 jam.
Anda akan menerima notifikasi melalui emel dan bayaran balik akan diproses oleh pihak bank.
Bayaran balik akan diterima dalam tempoh tiga minggu melalui kredit terus ke akaun bank anda.
Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi syarikat insurans/pengendali takaful secara terus untuk urusan pembatalan dan bayaran balik premium/sumbangan.
Ya, PUSPAKOM Teknik Sdn. Bhd. sebagai ejen berdaftar menyediakan
Khidmat nasihat produk,
Bantuan pertukaran/kemas kini maklumat polisi
Bantuan tuntutan
Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi syarikat insurans/pengendali takaful pilihan anda untuk perkhidmatan selepas jualan.
NCD ialah diskaun yang diberikan kepada pemandu yang tidak membuat tuntutan sepanjang tahun takaful sebelumnya. Jumlah diskaun bergantung kepada jenis kenderaan, perlindungan, dan bilangan tahun tanpa tuntutan. Kereta persendirian boleh mengumpul sehingga 55% NCD. Jika tuntutan dibuat, NCD akan kembali kepada 0% dan hanya akan meningkat semula selepas pembayaran premium bagi tahun berikutnya.
Anda boleh membuat semakan melalui https://www.mycarinfo.com.my/ncdcheck/online
TUNTUTAN
Anda boleh menghubungi syarikat insurans/takaful anda seperti berikut:
Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad: 1-300-22-5542
Zurich General Takaful Malaysia Berhad: 1-300-888-622
Empat langkah sekiranya anda terlibat dalam kemalangan dan ingin membuat tuntutan:
Langkah 1 – Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam.
Langkah 2 – Maklumkan kepada syarikat takaful anda dan dapatkan borang tuntutan. Jika kenderaan masih boleh dipandu, hantar ke bengkel panel berhampiran; jika tidak, hubungi hotline untuk perkhidmatan tunda.
Langkah 3 – Serahkan dokumen sokongan kepada syarikat takaful atau bengkel.
Langkah 4 – Syarikat takaful akan mengeluarkan kebenaran pembaikan kepada bengkel.
RALAT SISTEM
Sila pastikan nombor IC dan nombor pendaftaran kenderaan dimasukkan dalam format yang betul tanpa ruang atau tanda sempang (-).
Sila semak kelayakan kenderaan, umur pemandu, dan jenis perlindungan yang dipilih. Anda juga boleh mencuba jenis perlindungan yang lain.
Sila tunggu selama 10 minit dan cuba semula. Jika masalah masih berterusan, sila emel ke irtu@puspakom.com.my untuk bantuan lanjut.
Sila tunggu selama 5 minit dan cuba semula transaksi anda. Jika masih gagal, anda boleh mencuba penyedia insurans/takaful yang lain.
Permohonan pembaharuan anda tidak lagi boleh diproses secara online kerana polisi telah tamat tempoh. Sila emel permohonan anda ke untuk bantuan lanjut.
Anda boleh menghubungi talian hotline di atau emel untuk bantuan.
Tempoh sah sebut harga telah tamat dan jumlah caruman mungkin telah berubah. Sila jana semula sebut harga baharu untuk meneruskan proses.