Takaful CBP Protect
Takaful CBP Protect
Apakah produk Takaful CBP Protect?
Takaful CBP Protect adalah produk Takaful Kemalangan Diri Berkelompok yang direka secara eksklusif untuk pelanggan Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP) yang menyediakan perlindungan 24 jam sehari, 365 hari setahun dan di seluruh dunia untuk kecederaan badan yang disebabkan semata-mata oleh kemalangan.
Individu yang berumur 16 tahun sehingga 65 tahun (umur hari jadi akan datang pada tarikh perlindungan berkuat kuasa) dan boleh diperbaharui sehingga berumur 75 tahun.
Enam pelan tersedia untuk pilihan anda.
Sumbangan ditentukan berdasarkan jenis pelan yang anda pilih.
Anda boleh membatalkan sijil anda dengan memberikan notis bertulis kepada CBP. Selepas pembatalan, anda layak mendapat bayaran balik sumbangan yang telah dibayar secara pro-rata; dengan syarat tiada tuntutan dibuat di bawah sijil anda.
Produk ini tidak melindungi perkara berikut:
Penyakit sedia ada;
Gila
Bunuh diri (sama ada siuman atau tidak siuman), kecederaan yang disengajakan oleh diri sendiri atau sebarang percubaan untuk melakukannya;
Kesan atau pengaruh dadah atau alkohol;
Pembunuhan atau serangan provokasi;
Semasa melakukan atau cuba melakukan apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang atau jenayah; dan/atau
Semasa menyertai sukan profesional dan/atau aktiviti berbahaya seperti mendaki gunung, mendaki batu atau tebing, hoki ais, bermain polo kuda, penunggang kuda, sukan musim sejuk, sukan kapal layar, sukan berjalan dalam gua dan mendaki gua, aktiviti meluncur air, terjun udara, terjun tebing, lompat “bungee” dll.
Nota: Senarai di atas bukanlah menyeluruh. Sila rujuk sijil dan jadual untuk senarai pengecualian penuh.
Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan di bawah Takaful CBP Protect?
Borang tuntutan hendaklah dikemukakan kepada CBP atau Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) dalam masa 14 hari dari tarikh kejadian yang menyebabkan kecederaan atau kerugian. Anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan CBP atau melawat cawangan terdekat untuk mendapatkan bantuan.
Bagaimanakah cara untuk memohon Takaful CBP Protect?
Untuk memohon Takaful CBP Protect , anda boleh menghubungi CBP secara terus melalui laman web, perkhidmatan pelanggan atau mengunjungi cawangan CBP yang berdekatan.
Terdapat beberapa caj yang ditolak daripada sumbangan anda, termasuk:
Yuran Wakalah: Yuran ini adalah untuk pengurusan dan operasi pelan.
Cukai Perkhidmatan: 8% daripada sumbangan tahunan
Yuran Perkhidmatan: Yuran ini merujuk kepada caj penggunaan platform CBP.
Tidak, Takaful CBP Protect adalah pelan perlindungan yang tidak menawarkan nilai tunai atau manfaat matang kepada peserta.