Tepukan merupakan salah satu aktiviti yang paling diingati oleh semua ahli pengakap walaupun jika mereka tidak aktif.
Tujuan tepukan diamalkan dalam pengakap adalah untuk:
Memberi semangat kepada pasukan dalam membuat aktiviti.
Sebagai ucapan terima kasih dan penghargaan kepada ahli atau pasukan lain.
Mewujudkan sorakan sebagai menunjukkan sokongan padu dan kerjasama erat di antara sesama ahli.
Sebagai identiti pengenalan bagi unit atau pasukan yang ada.
Contoh tepukan termasuklah:
Tepuk Pengakap
Tepuk Komando
Tepuk Malaysia
Tepuk Terima Kasih
Tepuk Macho Clap
Tepuk Appolo
Tepuk Awek
Tepuk Chika Poka
Tepuk Cocacola
Tepuk Ambil Gambar