Kawad kaki merupakan salah satu aktiviti yang paling ikonik dalam apa jua unit beruniform.
Arahan diberi oleh jurukawat/ketua barisan
Semua ahli pengakap masuk baris
Berdiri tegak
Mata pandang 200 meter kehadapan
Tangan lurus rapat ke badan
Jari genggam. Ibujari hala ke bawah selari dengan garisan seluar
Kaki rapat, Tapak kaki bentuk huruf 'V'
Berdiri tegak
Kedua tangan lurus ke belakang.
Jari tangan kiri genggam jari kanan yang membentuk 'isyarat Pengakap'
Kedua kaki lurus dan dijarakkan
Berdiri tegak
Kedua tangan bengkok ke belakang dan diletakkan di paras pinggang
Jari tangan kiri genggam jari kanan yang membentuk 'isyarat Pengakap'
Kedua kaki lurus dan dijarakkan
Using kaki kanan 90° ke kanan. Kaki kiri ikut semampu boleh
Angkat kaki kiri 90° ke atas dan hentak di sebelah kaki kanan
Kembali ke keadaan sedia
Pusing kaki kiri 90° ke kiri. Kaki kanan ikut semampu boleh
Angkat kaki kanan 90° ke atas dan hentak di sebelah kaki kiri
Kembali ke keadaan sedia
Pusing kaki kanan 180° ke belakang ikut arah kanan. Kaki kiri ikut semampu boleh
Angkat kaki kiri 90° ke atas dan hentak di sebelah kaki kanan
Kembali ke keadaan sedia
Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan (Penanda) tidak perlu bergerak
(Pergerakan serentak tangan dan kepala) Ahli barisan hadapan gerakkan tangan kanan lurus 90° ke kanan di belakang badan kawan. Kepala pusing 90° ke kanan
(Ahli barisan paling kanan gerakkan tangan kanan lurus 90° ke hadapan di tepi bahu kanan kawan. Kepala tidak perlu pusing 90° ke kanan)
Angkat kaki kiri 90° ke atas dan hentak kembali di tempat asal
Angkat kaki kanan 90° ke atas dan hentak di sebelah kaki kiri
Ahli barisan hadapan bergerak ke kiri sehingga ibu jari tangan kanan menyentuh bahu kiri kawan
Pastikan hanya kelihatan kepala kawan di sebelah kanan sahaja yang kelihatan (Ahli barisan paling kanan bergerak ke belakang sehingga ibujari tangan kanan menyentuh bahu kanan kawan. Pastikan hanya kelihatan kepala kawan di hadapan sahaja yang kelihatan)
Ahli-ahli di dalam barisan (selain ahli barisan hadapan dan kanan)
Pergerakan sama seperti ahli lain cuma tidak perlu mengangkat tangan
Betulkan kedudukan mengikut kawan hadapan dan kawan disebelah kanan
Semua ahli bersiap sedia untuk kembali ke kedudukan sedia apabila arahan 'pandang depan' diberi
<<
>>
Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke hadapan
Barisan belakang melangkah 2 langkah ke belakang
>>
<<
Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke belakang
Barisan belakang melangkah 2 langkah ke hadapan
Hukuman ini diberi dalam 2 pergerakan, iaitu ke kanan atau ke kiri.
Pengakap uang diberi hukuman mestilah melangkah kira-kira 20 inci ke kanan / kiri.
a) Paras ahli tinggi di tengah
b) Paras ahli rendah di tengah
c) Paras ahli tinggi di kiri
d) Paras ahli tinggi di kanan
Contoh memberi arahan/hukuman Barisan Paras:
Ahli Rendah di Tengah
Arahan/hukuman:
"Tinggi kanan, rendah kiri... jadikan satu barisan paras... gerak!"
Perbuatan/pergerakan:
i. Ahli paling tinggi berbaris di kanan sekali dan ahli paling rendah berbaris di kiri sekali. Ahli lain berbaris mengikut paras ketinggian masing-masing berpandukan ahli paling tinggi dan paling rendah.
Arahan/hukuman:
"Dari kanan... Nombor!"
Perbuatan/pergerakan:
ii. Ahli paling kanan (paling tinggi) menyebut nombor 1 diikuti oleh ahli sebelahnya menyebut nombor 2 dan seterusnya hingga habis
Arahan/hukuman:
"Penanda diam! Ganjil selangkah ke depan... genap selangkah ke belakang... ganjil dan genap... gerak!"
Perbuatan/pergerakan:
iii. Penanda tidak bergerak. Ahli bernombor gajil selangkah ke depan dan ahli bernombor genap selangkah ke belakang
Arahan/hukuman:
"Depan kanan pusing... belakang kiri pusing... depan dan belakang... pusing!"
Perbuatan/pergerakan:
iv. Penanda diam. Ahli barisan hadapan (ahli nombor ganjil) pusing ke kanan. Ahli barisan belakang (ahli nombor genap) pusing ke kiri.
Arahan/hukuman:
"Akan jadikan tiga barisan... dari kiri cepat... jalan!"
Perbuatan/pergerakan:
v. Ahli barisan hadapan berjalan kearah penanda dan membentuk 3 orang sebaris di belakang penanda. Ahli seterusnya berhenti di sebelah kiri penanda untuk membentuk 3 orang sebaris di barisan kedua dan seterusnya.
Ahli barisan belakang mengekori ahli terakhir ahli barisan depan. Setelah selesai, semua ahli mengadap kea rah kanan kecuali penanda mengadap ke hadapan.
Arahan/hukuman:
"Mengadap ke hadapan... kiri... pusing!"
Perbuatan/pergerakan:
vi. Penanda diam. Semua ahli pusing ke kiri.
Arahan/hukuman:
"Ke kanan... lurus!"
Perbuatan/pergerakan:
vii. Pergerakan di akhri dengan meluruskan barisan.
i. Dimulakan dengan kaki kiri melangkah ke depan, tangan kanan dihayun separas bahu ke depan dan tangan kiri dihayun ke belakang serentak.
ii. Diikuti dengan kaki kanan melangkah ke depan, tangan kiri dihayun separas bahu ke depan dan tangan kanan dihayun ke belakang serentak.
iii. Kedudukan badan tegak. Jari tangan digenggam dan ibujari tangan hala ke hadapan setiap kali tangan diangakt separas bahu.
iv. Muka memandang jauh di hadapan. Mata sesekali menjeling kedudukan ahli barisan depan, kiri dan kanan sambil untuk memastikan barisan lurus.
Semasa Keadaan Sedia
i. Dimulakan dengan kaki kiri diangkat dengan kedudukan peha pada paras 90° dan dihentak ke tanah diikuti dengan kaki kanan secara bergilir-gilir di tempat yang sama (setempat).
ii. Kedudukan anggota badan lain seperti dalam keadaan sedia
Semasa Cepat Jalan
i. Arahan hentak kaki diberikan semasa kaki kiri menjejak tanah.
ii. Langkah kaki kanan selangkah ke depan sebagai lokasi setempat..
iii. Teruskan hentak kaki.
Semasa Cepat Jalan
i. Arahan berhenti diberikan semasa kaki kiri menjejak tanah.
ii. Langkah kaki kanan selangkah ke depan sebagai lokasi setempat.
iii. Di lokasi setempat, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri.
Semasa Hentak Kaki
i. Arahan berhenti diberikan semasa kaki kiri menjejak tanah.
ii. Hentak kaki kanan sebagai lokasi setempat.
iii. Di lokasi setempat, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri.
i. Ahli A perlu melangkah lebih panjang dari B & C sambil membelok ke kanan
ii. Ahli C perlu melangkah lebih pendek dari A & B sambil membelok ke kanan
iii. Ahli B perlu memastikan beliah selari dengan A & C semasa membelok ke kanan
iv. Semasa membelok ke kanan, hanya tangan kiri sahaja yang dihayun.
Berdiri tegak
Kedua tangan lurus ke belakang.
Jari tangan kiri genggam jari kanan yang membentuk 'isyarat Pengakap'
Kedua kaki lurus dan dijarakkan
i. Ahli C perlu melangkah lebih panjang dari A & B sambil membelok ke kiri
ii. Ahli A perlu melangkah lebih pendek dari B & C sambil membelok ke kiri
iii. Ahli B perlu memastikan beliah selari dengan A & C semasa membelok ke kiri
iv. Semasa membelok ke kiri, hanya tangan kanan sahaja yang dihayun..
Diberi untuk memberi rehat dan malakukan aktiviti seterusnya.
Pengakap berpusing ke kanan, bergerak tiga langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu akhirnya pecah.
Sama seperti keluar baris.
Perbezaan ialah diberi apabila tidak ada aktiviti seterusnya pada hari itu.
Seperti dengan sedia
Perbezaan ialah tangan kanan lurus ke hadapan dgn mengambil tongkat
Kedudukan tangan rendah daripada bahu
Seperti dengan rehatkan diri
Perbezaan ialah kedudukan tangan tidak rendah daripada bahu
Kedudukan sedia tongkat sama dgn sedia tanpa tongkat
Tongkat dipegang mengunakan tangan kanan dgn keadaan ibu jari supaya mencekam tongkat
Tapak tongkat berada di atas tanah
Pengakap turunkan tubuh secara menegak
Kaki kiri dihentak ke hadapan
Lutut kanan digerakkan sehingga mencecah tanah
Luruskan tangan kiri sehingga mencecah tanah
Ambil tongkat dengan tangan kanan dan kemudian berdiri dlm keadaan sedia
Turunkan tubuh secara menegak
Kaki kiri dihentak ke hadapan
Lutut kanan digerkkan sehingga mencecah tanah
Luruskan tangan kiri sehingga mencecah tanah
Ambil tongkat dgn tangan kanan dan kemudian berdiri dalam keadaan sedia
Dalam keadaan sedia
Ambil tongkat dengan tangan kiri tanpa mengerakkan bahagian atas lengan kiri
Alihkan tongkat ke sebelah kiri dengan pergerakan lengan tanpa mengangkat pangkal tongkat
Tangan kanan diangkat apabila doa dibacakan
Angkat tangan kiri dengan mengunakan 3 jari dan mencecah tongkat utk memberi hormat