Bagi seorang pengakap, lencana adalah ibarat tanda kejayaan mereka dalam sesuatu aspek kemahiran.
Lencana ini dianugerahkan kepada seorang budak sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia yang luas itu.
Sebelum dilantik menjadi Pengakap seseorang perlu mempunyai ilmu asas serta pengalaman asas tentang berpengakap. Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu lulus ujian-ujian berikut:
Peraturan pakaian seragam Pengakap.
Prinsip Rukun Negara.
Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia.
Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap.
Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap.
Sejarah Pengakap Malaysia & Sejarah pengasas Pengakap, Lord Baden Powell.
Simpulan & ikatan:
Buku Sila (Reef Knot)
Bunga Geti (Sheet Bend)
Simpul Manuk (Clove Hitch)
Tindih Kasih (Bowline)
Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitches)
Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)
Bagi mereka yang telah menjadi Ahli Pengakap Kanak-kanak, mereka tidak perlu menjalani ujian di atas, tetapi hanya perlu melalui satu Istiadat Meningkat Naik Pengakap Kanak-kanak ke Pengakap Muda untuk dilantik sebagai Ahli Pengakap Muda.
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan kegemaran luar seperti berkhemah, memasak, mengembara, kecergasan jasmani, kemahiran pengakap dan perkhidmatan. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah mendapatkan Lencana Keahlian terdahulu atau melalui Istiadat Meningkat Naik.
Untuk lulus Lencana Usaha seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut:
A. Cita-cita Pengakap
Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing
Lagu Negaraku dan lagu negeri masing-masing
Menaikkan bendera
Nama orang-orang kenamaan - Namah Penuh DYMM Sultan/ Raja, TYT Yang Dipertua Negeri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap
B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
Asas perbarisan
Kawat tongkat
Isyarat-isyarat tangan Pengakap
Halangan komando
Melipat dan mengibarkan bendera
C. Kemahiran Berpengakap
Menjaga dan menyimpan pisau serta parang
Simpula & ikatan:
Simpul Himpit (Fisherman's Knot)
Simpul Pulih (Sheep Shank Knot)
Bunga Geti Ganda (Double Sheet Bend)
Lilit Balak (Timber Hitch)
Lilit Taut-line (Taut Line Hitch)
Ikat Seraya (Square Lashing)
Ikat Serong (Diagonal Lashing)
Undang-undang Lalulintas Jalanraya
Memilih tapak perkhemahan
Keperluan peribadi untuk berkhemah
Alatan pertolongan cemas peribadi
Menghidupkan api
Berkhemah sekuran-kurangnya 1 malam
Arah mata angin dan mengenali peta topografi
Isyarat sulit Pengakap
Mengembara 8km. Berjalan kaki dalam patrolnya. Membuat laporan bertulis dalam buku log.
D. Kecenderungan dan Minat
Kraftangan
Plaster cast
Rekod 12 orang sahabat pena
E. Perkhidmatan
Balutan anduh
Melipat kain anduh.
Anduh tangan dan kaki.
Tindakan kecemasan
Memandu orang
Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Pengakap Muda - Lencana Usaha, Pengakap Muda itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran seperti di bawah mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut:
Ahli Koleksi Hobi.
Ahli Muzik.
Ahli Pertahanan Diri.
Ahli Renang.
Ahli Sukan.
Jurumasak di Khemah.
Juruperpustakaan.
Peladang Muda.
Pelukis.
Pengail.
Penunggang Basikal.
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda, sebagai mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti ilmu kawad tongkat, istiadat bendera, pertolongan cemas dan sebagainya. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah terlebih dahulu mendapatkan Lencana Usaha dan DUA (2) Lencana Kepandaian - Kategori Kegemaran.
Untuk lulus Lencana Maju seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut:
A. Cita-cita Pengakap
Organisasi Kumpulan, PPM Daerah & PPM Negeri.
Melukis bendera semua negeri Malysia.
Nama penuh Ketua Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Daerah & Penolong Pesuruhjaya Daerah.
Undang-undang Pengakap.
B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
Latihan asas perbarisan.
Kawat tongkat.
Upacara mengibarkan dan menurunkan bendera.
Memanjat tali/pokok setinggi 5 meter.
C. Kemahiran Berpengakap
Menjaga, mengasah dan menyimpan kapak dan gergaji.
Teknik menggunakan kapak.
Simpulan & ikatan:
Tindih Kasih Ganda (Double Bowline)
Belit Lucut (Highwayman's Hitch)
Lilit Pasdul (Marline Spike Hitch)
Simpul Kerusi (Fireman's Chair Knot)
Lilit Pemati Selit (Lilit Pemati Selit)
Simpul Kepala Lalat (Crown Knot)
Sambat Balik (Back Splice)
Ikat Silang Gunting (Sheer Lashing)
Memasak masakan rimba:
Menghidupkan api
Roti Lilit
Ikan
Model projek perintis.
Mengkaji salah satu perkara berikut:
Burung, binatang dan pokok tempatan
Lawatan bangunan/kawasan penting
Kawasan tempatan
7. Berkhemah tidak kurang daripada 8 malam.
8. Langkah keselamatan berenang.
9. Langkah keselamatan kegiatan kerja luar.
10. Melakukan 2 daripada perkara berikut:
Dapur gas, lampu gas/dapur minyak tanah
Keperluan berkhemah
Memasak untuk 2 orang
D. Pengembaraan
Jenis kompas dan membaca bereng
Sistem kontur, rujukan grid, dan kunci peta
Mengembara 16km dengan berjalan kaki dalam patrol dan bermalam di luar dengan mendirikan khemah. Menyediakan laporan bertulis pengembaraan dalam buku log
Ikhtiar hidup.
E. Perkhidmatan
1. Balutan kepala, lutut dan lengan
2. Tindakan kecemasa
3. Memanggil Polis, Bomba dan Ambulan
4. Khidmat sukarela
Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Pengakap Muda - Lencana Maju, Pengakap Muda itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan TIGA (3) Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan. Lencana Ahli Berkhemah adalah wajib dan mesti diperoleh oleh setiap Pengakap Muda dan DUA (2) adalah pilihan mengikut kemahiran dan pengetahuannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut seperti dibawah:
Ahli Berkhemah (wajib)
Ahli Elektronik
Ahli Ilmu Perintis
Ahli Komputer
Ahli Mekanik
Ahli Penukang
Ahli Perahu Dayung
Ahli Perhubungan
Ahli Perhutanan
Pelihat
Pengembara
Tukang Masak
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalan menalankan tanggungjawab dan kepimpinan seperti kepimpinan ketua patrol, khidmat masyarakat, cabaran aktiviti luar, komunikasi radio amatur, ilmu pertolongan cemas, penyelamat nyawa dan sebagainya. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah mendapatkan Lencana Maju, (TIGA Lencana Kemahiran dan TIGA Lencana Perkhidmatan) terdahulu.
Untuk lulus Lencana Jaya seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut:
A. Cita-cita Pengakap
Organisasi Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Biro Pengakap Sedunia dan Biro Wilayah Asia Pasifik
Sejarah tertubuhnya Malaysia
Jata Kebangsaan dan Lambang Negeri
Tugas kerja Dewan Undangan Negeri
Mengenali Ketua Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
Latihan asas perbarisan.
Kawat tongkat semasa berjalan.
Halangan komando.
C. Kepimpinan
Menghadiri Kursus Ketua Patrol atau melatih 2 orang untuk Lencana Maju.
Kebolehan:
Merancang dan menjalankan pengembaraan
Merancang Malam Pengakap
Menjalankan Mesyuarat Ketua Patrol
Membawa bendera.
D. Kejayaan
Lakukan 1 kemahiran daripada Kumpulan I, II, III, IV dan V.
Kumpulan I - Cabaran
Lakukan 1:
Mendayung perahu
Melayarkan sampan layar
Mendaki bukit
Pengembaraan malam selama 8 jam
Kumpulan II - Amali
Pekerjaan tangan/tukang gambar.
Mekanik
Kod fonetik antarabangsa
Khidmat masyarakat
Kumpulan III - Kesungguhan
Pengembaraan 24 km atau berbasikal 50 km dalam patrol dan bermalam di luar dengan mendirikan khemah. Menyediakan laporan bertulis dalam buku log
Gimnastik / seni mempertahankan diri
Membuat bekalan dari makanan kering
Melakukan 1 daripada berikut:
Memanah
Memancing
Kajian barang purba
Kajian isi bumi
Pemeliharaan alam sekitar
Kumpulan IV - Masyarakat
1. Menyedia, memasak dan melayan.
2. Petunjukkan hiburan amatur.
3. Perkhidmatan dan menjalankan Malam Pengakap.
Kumpulan V - Kemahiran Berpengakap
1. Simpulan & ikatan:
Simpul Abah-abah (Manharness Knot)
Lilit Tindih Kejap (Rolling Hitch)
Simpul Ngah (Middleman's Knot)
Tindih Kasih Air (Water Bowline)
Ikatan Pengail (Fisherman's Knot)
Sambat Mata (Eye Splice)
Lilit Ular / Kacang (Floor/ Snake Lashing)
Ikat Silang Tungku (Tripod/ Figure 8 Lashing)
2. Mendirikan pondok sementara.
3. Projek perintis.
E. Perkhidmatan
Rawatan dan Pertolongan Cemas ;
Rawatan patah tulang.
Usungan pesakit.
Kegunaaan kayu tuap.
Sistem pemulihan nafas mulut ke mulut.
Perkhidmatan 6 jam.
Untuk melayakkan diri menerima Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Muda Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, seseorang Pengakap mestilah telah memegang LENCANA JAYA selama 3 BULAN dan menunjukkan sikap serta tingkah laku yang baik dan boleh dicontohi.
Pesuruhjaya Daerah ataupun penolongnya akan memberikan anugerah ini apabila seseorang Pengakap itu layak.
Anugerah ini merupakan anugerah tertinggi bagi Pengakap Muda sebelum Anugerah Pengakap Raja.
Wisel dipasang pada Rambu sekiranya penerima Anugerah merupakan Ketua Patrol atau Penolong Ketua Patrol.
Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dalam kenegaraan, fungsi-fungsi Parlimen Malaysia, badan berkanun, dan mempunyai buku log Pengakap yang kemas kini.
Untuk lulus Lencana Jaya Diri seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut:
Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen.
Melukis dan menerangkan rupa bentuk bendera semua negeri dalam Malaysia dan mengetahui Lambang Malaysia dan Lambang Negeri masing-masing.
Menerangkan fungsi satu daripada agensi kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA, FELDA, LPN, PETRONAS, dan lain-lain.
Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan kawasan Parlimen serta nama Ahli Parlimen berkenaan.
Mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini.
Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam kegiatan luar dengan memperlihatkan darjah tertinggi ilmu asas perbarisan, simpulan dan ikatan, projek perintis, ilmu berkhemah dan navigasi serta ikhtiar hidup.
Untuk lulus Lencana Kemahiran seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -
Telah mencapai darjah yang tertinggi dalam ilmu asas perbarisan sebagaimana yang dikehendaki dalam Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana Jaya, kawat tongkat serta cara membawa bendera dan telah melatih dengan jaya satu unit Pengakap dalam ilmu tersebut.
Mengetahui cara mengikat serta kegunaan simpulan dan ikatan yang berikut:
Simpul Tapak Kucing (Cat's Paw Know)
Simpul Raga (Carrick Bend)
Simpul Serban (Turk's Head)
Simpul Buaian (Scaffold Hitch)
Lilit Berkas Tingkat (Racking Bend)
Genggam Monyet (Monkey Fist Knot)
Sambat Pendek (Short Splice)
Ikat Seraya Jepun (Japanese Lashing)
Ikat Serong Filipina (Filipino Lashing)
Takal Tali (Rope Tackle/ Harvester's Hitch)
Mengetahui cara membuat dan menggunakan sistem takal dan pancang dogang (anchorage) iaitu:
'3-2-1'
'Log & Picket'
'Dead-man'
Membina satu projek perintis secara berpatrol seperti menara, jambatan atau 'aerial runway' tidak kurang daripada 5 meter tinggi atau panjang.
Melanjutkan pengetahuan dalam pemetaan dengan mengetahui mengenai asas 'Orienteering' dan cara membuat 'cross-bearing' bagi mencari kedudukan di atas peta dengan menggunakan kompas.
Memahirkan disi dalam ilmu tahan lasak hidup dengan membuat 'bivouac' dan bermalam di dalamnya, membuat perangkap yang mudah serta membuat masakan rimba (backwoods) seperti nasi, ikan/ daging dan telur
Mengenali 5 jenis tapak haiwan dan membuat 2 jenis plaster cast
Mengetahui cara penganggaran (estimation) tinggi dan lebar
Membuat SATU model projek perintis.
Lakukan 1 yang berikut:
Berenang 50 meter berpakaian lengkap
Melempar tali yang panjangnya 20 meter sejauh 12 meter supaya jatuh ke kawasan antara 2 pancang yang jaraknya 2 meter dengan mendapat 2 kejayaaan daripada 3 lemparan
Mengetahui cara Abseilling / Rappeling, alatan untuk 'abseilling', langkah keselamatan, sistem belay, cara 'abseilling' dan melakukannya sejauh 8 meter
Mengetahui cara membina halangan komando dan langkah keselamatan berkenaan serta melakukan 12 daripadanya.
Melalui titi goyang.
Melalui titi komando.
Melalui titi pacak.
Bergayut tali.
Bergayut monyet.
Merangkak 'Deadman's Crawl'.
Menyusupi halangan tayar.
Merangkak bawah jaring.
Melalui terowong.
Memanjat tali.
Memanjat pokok.
Memanjat tangga.
Memanjat tembok.
Memanjat batang pokok.
Menggunakan Tindih Kasih Gelung atau Simpul Kerusi untuk menurunkan seorang yang cedera dari tempat tinggi. - 5 meter (pokok, atau bangunan atau gaung curam)
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja , sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam pertukangan, tarian kebudayaan, seni kraf, pertanian, seni mizik, seni bela diri, teknologi maklumat, dan pengendalian urus setia.
Untuk lulus Lencana Kegiatan seseorang Pengakap perlu pilih dan lulus 1 kategori berikut:
Pementasan
Bertukang Kayu / Logam
Tarian kebudayaan
Kraftangan / Kerjatangan
Seni Mempertahankan Diri
Muzik
Urusetia
Pertanian
Komputer
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja, sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan ekspedisi seperti berbasikal, berperahu, berakit, mendaki gunung, berjalan kaki dan melengkapkan log ekspedisi seperti disyaratkan.
1. Latihan Ekspedisi
Mengetahui keperluan peribadi dan patrol untuk ekspedisi dan menunjukkan kaedah membugkus dan membawa bekalan yang lengkap bagi pengembaraan yang beratnya tidak lebih daripada 15 kg terasuk 10 kg barang makanan. Pengakap hendaklah bersedia menyediakan dan menyusun keperluan peribadi di dalam beg sandang (haversack).
2. Ekspedisi
2.1. Mengambil bahagian yang penting dalam satu ekspedisi berpatrol (4 hingga 7 orang) dengan berjalan kaki selama 4 hari 3 malam sejauh 80 km ATAU 150 km dengan melaksanakan tugasan.
2.2. Perjalanan hendaklah meliputi jalan raya, jalan desa, hutan berbukit bukau.
2.3 Bermalam di satu lokasi, mendirikan khemah dan menyediakan makan malam dan sarapan secara 'backwoods' dan seumpamanya.
2.4 Perjalanan meliputi pengembaraan malam tidak kurang dari 3 jam
ATAU
2.5 Berjalan kaki bersama patrol (4-7 orang) tidak kurang daripada 40 km dalam masa 24 jam terus menerus dengan melaksanakan tugasan.
2.6 Perjalanan hendaklah meliputi pinggaran bandar, desa atau luar bandar.
2.7 Masa rehat diberikan selama 2 jam bagi menyediakan makanan yang disediakan secara 'backwoods' atau seumpamanya.
2.8 Ekspedisi ini diakhiri dengan pengembaraan malam selama 10 jam.
ATAU
2.9 Berakit, berkayak atau berdayung sejauh 50 km selama 4 hari 3 malamdi sungai atau di persisiran pantai.
ATAU
2.10 Mendaki gunung selama 3 hari 2 malam (mengukut keadaan tempatan)tidak kurang 4500 kaki aras laut.
3. Tugasan
3.1 Menyediakan laporan bertulis Log Ekspedisi mengikut format yang disediakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri.
3.2 Tugasan-tugasan tertentu yang berkaitan dengan perjalanan ekspedisi.
3.3 Laporan perjalanan dan tugasan hendaklah disokong dengan gambar, rakaman atau video dan sebagainya.
3.4 Log Ekspedisi hendaklah dihantar untuk disemak oleh Pemimpin Kumpulan tidak lewat 10 hari selepas ekspedisi untuk kelayakan lencana.
INGATAN:
Pengakap Remaja berkenaan mengetahui dan boleh menyediakan langkah-langkah keselamatan bagi jenis pengembaraan yang dipilih.
Penguji mestilah berpuas hati bahawa Pengakap Remaja berkenaan sihat tubuh badan dan fikiran untuk melakukan ekspedsi itu dan semua syarat keselamatan telah diambil.
Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran, kecekapan dalam pertolongan cemas, kebombaan, penyelaat nyawa dengan memperlihatkan darjah tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan-perkidmatan yang berkaitan tentangnya.
1. Menyelamatan Nyawa
Lulus dan mempunyai SATU sijil mana-mana satu kemahiran perkhidmatan yang berikut.
a. Pertolongan Cemas
Sijil Peringkat Asas yang dikendalikan oleh Pegaai perubatan bertauliah atau St John Ambulan atau Bulan Sabit Merah atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia atau yang setaraf dengannya.
b. Pemadam Api
Sijil Asas Kebombaan yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
c. Penyelamat Nyawa
Penyelamat Nyawa atau 'Bronze Medallion' daripada Persekutuan Penyelamat Nyawa atau badan-badan lain yang diiktiraf seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. (JPAM)
2. Perkhidmatan Masyarakat
Membuat kerja amal yang diakui kepada masyarakat berjumlah selama 24 jam dalam temph 9 hingga 12 bulan; umpamanya menolong dalam Perkhemahan Daerah, Negeri atau Kebangsaan, banjir , bencana alam, di rumah ibadat, rumah kebajikan, khidmat tergempa bila-bila berlaku kebakaran, menuai padi, dan mengambil bahagian dalam projek yang dianjurkan oleh pihak berkenaan (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung : JKKK) atau seumpamanya.
Seorang Pengakap Remaja setelah mendapat kesemua 5 Lencana Tertinggi (maksimum 1 lencana dalam masa 1 bulan) boleh dianugerahkan Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Remaja Anugerah Ketua Pengakap Negara (AKPN), dengan syarat-syarat berikut:
Lulus semua ujian Lencana Tertinggi sekurang-kurangnya 2 bulan selepas.
Menunjukkan Sikap dan keupayaan kepimpinan yang cemerlang dan boleh dicontohi.
Mengamalkan prinsip Pengakap.
Berkelakuan baik dan disegani.
7.1 Ujian Sikap Pengakap Raja
Demi layak untuk mengambil Ujian Sikap Pengakap Raja, seseorang Pengakap mestilah mendapatkan Anugerah Rambu Pengakap Remaja.
Ujian Sikap Pengakap Raja terdiri daripada 4 bahagian utama iaitu:
A. Tanggungjawab
B. Khidmat Masyarakat
C. Berdikari & Perkhemahan Pengembaraan
D. Kegiatan
Ujian Sikap Pengakap Raja merupakan suatu perkhemahan pengembaraan yang dijalankan di peringkat daerah yang berlangsung selama 5 hari dan 4 malam. Dalam masa itu, seseorang calon akan:
Menjalankan khidmat masyarakat sekurang-kurangnya 24 jam
Melawati tempat-tempat bersejarah
Diuji sikapnya sepanjang perkhemahan pengembaraan
Melakukan pelbagai aktiviti berpengakap
7.2 Pentarafan Pengakap Raja
Seseorang Pengakap perlulah terlebih dahulu menghadiri Ujian Sikap Pengakap Raja sebelum layak menghadiri Pentarafan Pengakap Raja. Pentarafan Pengakap Raja merupakan suatu perkhemahan yang dijalankan di peringkat negeri yang berlangsung selama 3 hari dan 2 malam. Dalam tempoh itu, seseorang calon akan diuji dalam:
Kawat
Simpulan & Ikatan
Pertolongan Cemas
Pemetaan
Masakan Rimba
Projek Perintis
Seseorang calon diwajibkan membina sebuah tapak perkhemahan kembara dan akan ditemuduga oleh Ketua Pentaraf.
Seseorang calon juga dikehendaki:
Menyediakan jadual semua simpulan & ikatan yang telah dipelajari
Membuat peti pertolongan cemas
Model projek perintis
sebelum perkhemahan dijalankan.
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu.
Sebelum dilantik menjadi Ahli Kelana dan dianugerahkan Lencana Keahlian, seorang Bakal Kelana akan diuji dalam perkara-perkara berikut, untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam berpengakap.
1. Memahami dan menerima Persetiaan & Undang-undang Pengakap.
2. Dapat menerangkan tujuan Pergerakan Pengakap dan menyedari peranan Pengakap Kelana.
3. Mengetahui sejarah Pergerakan Pengakap di Malaysia dan Pergerakan Pengakap Antarabangsa.
4. Menjalankan kerja-kerja amal kepada masyarakat setempat bersama pasukan seminima enam jam.
5. Mengetahui cara mengikat dan menggunakan simpulan dan ikatan berikut:
Buku Sila (Reef Knot)
Bunga Geti (Sheet Bend)
Simpul Manuk (Clove Hitch)
Tindih Kasih (Bowline)
Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitch)
Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)
Ikatan Seraya (Square Lashing)
Ikatan Serong (Diagonal Lashing)
6. Mengamalkan ajaran agama masing-masing.
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana , sebagai mengakui berbagai kemahiran , kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan seperti berkhemah, projek perintis, ikhtiar hidup dan pandu arah.
A. Berkhemah
Pengetahuan dan kebolehan berkhemah secara teori dan praktikal berdasarkan tajuk-tajuk berikut:
Pengurusan dan pentadbiran perkhemahan
Persediaan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan
Pemilihan tempat dan tapak, penyediaan peralatan dan makanan
Jenis khemah dan cara mendirikannya
Dapur, alatan dan Gejet serta kegunaannya
Aktiviti dan program perkhemahan
Kesihatan dan kebersihan
Aturan Penutupan Perkhemahan
Nota: Perkara yang perlu dibuat oleh setiap calon:
Berkhemah seminima 10 malam di dalam siri-siri perkhemahan dan menyediakan laporan perkhemahan
Mendirikan khemah kecil / pondok untuk perlindungan
B. Projek Perintis
Mengambil bahagian berkumpulan membuat SATU Projek Perintis bagi setiap kategori yang dinyatakan di bawah:
Jambatan
Menara
Lain-lain (merangkumi projek perintis pengangkutan, permainan dan selain daripada yang dinyatakan di atas)
Menyediakan model bagi semua Projek Perintis yang telah dibina dalam bahagian (1)
Pengurusan Kuartermaster : Menyatakan, memahami dan menjalankan peranan sebagai Kuartermaster yang menguruskan segala peralatan dan bahan projek perintis supaya berada dalam keadaan baik, teratur dan selamat.
C. Kawad
Mengetahui tatacara dan hukuman kawad;
Kawad Kaki Pengakap
Kawad Tongkat Pengakap
Mengetahui dan memenuhi segala syarat untuk menjadi seorang Ketua Kawad.
D. Orienteering
Mengetahui asas orienteering dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.
E. Ikhtiar Hidup
Mengetahui asas ikhtiar hidup dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.
F. Penganggaran
Mengetahui system penganggaran dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, ilmu pengetahuan dan kecekapan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan.
A. Bantu Mula – wajib
Calon dikehendaki mengikuti latihan atau kursus yang diakui oleh mana-mana persatuan atau mana-mana Pegawai Perubatan bertauliah yang mengendalikan latihan rawatan dan pertolongan cemas dalam jangka masa tertentu.
Calon hendaklah mempunyai pengetahuan berkenaan seperti butiran di bawah dan juga mempunyai kemahiran bertindak member rawatan kecemasan:
Mengetahui tujuan dan peraturan rawatan kecemasan dan keadaan yang memerlukannya.
Mengetahui dan memahami struktur tubuh badan dan peranannya.
Mengetahui peredaran darah manusia serta jenis pembuluh.
Mengetahui jenis-jenis luka serta jenis pembalutan serta cara menghentikan pendarahan dari mulut, hidung dan telinga.
Mengetahui cara merawat gigitan serangga, binatang kecil dan binatang berbisa.
Mengetahui punca dan cara merawat keracunan daripada makanan, bahan kimia dan lain-lain.
Mengetahui sistem pernafasan manusia dan merawat permasalahan bantu mula bagi permasalahan berkaitan dengan sistem pernafasan.
Mengetahui dan mengaplikasikan teknik pemulihan pernafasan.
Mengetahui dan merawat jenis patah tulang dan anduhan serta cara memindahkan mangsa yang cedera.
Mengetahui Peti Pertolongan Cemas serta alatan di dalamnya.
B. Kebajikan Am – Wajib
Menganjurkan suatu projek Perkhidmatan Masyarakat yang melibatkan masyarakat setempat.
DAN (Minima SATU daripada Bahagian C dan D)
C. Pemelihara Alam Sekitar
Calon dikehendaki berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah atau Jawatankuasa Program Daerah untuk menentukan projek-projek kempen pemeliharaan alam sekitar yang dapat dijalankan di tempat masing-masing dalam tempoh 3 bulan.
Antara projek-projek yang disyorkan adalah seperti:
Kempen Kebersihan Alam Sekitar
Kempen Kitar Semula
Kempen Kawasan Angkat Krew
D. Kebajikan
Menjalankan projek bantuan yang boleh disampaikan kepada mangsa bencana alam
Menjalankan Projek Anak Angkat Krew Pengakap Kelana samada kepada Kumpulan-kumpulan Pengakap atau kawasan-kawasan yang bersesuaian untuk perkhidmatan berterusan.
Menderma darah seminimum 3 kali kepada hospital kerajaan atau Pusat Darah Negara serta mempunyai rekod yang sah.
Menjalankan perkhidmatan di Rumah-rumah Kebajikan.
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kegiatan dan aktiviti pengembaraan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan pengembaraan tersebut.
A. Pengembaraan
1. Menjalankan salah SATU daripada pilihan pengembaraan berikut:
Berjalan kaki sejauh 60km (masa bermalam: minima 2 malam)
Berdayung sampan/rakit/kayak sejauh 30km (masa bermalam: minima 2 malam)
Berbasikal sejauh 100km (masa bermalam: minima 2 malam)
Bermotosikal sejauh 500km (masa bermalam: minima 2 malam)
Berkereta sejauh 800km (masa bermalam: minima 2 malam)
Berkenderaan awam (bas/kereta api) sejauh 1000km (masa bermalam: minima 2 malam)
* Semua perjalanan di atas hendaklah merangkumi tidak kurang dari 3 perjalanan kecil yang berasingan dan berbeza keadaan geografinya.
B. Laporan Pengembaraan
1. Menyediakan buku log pengembaraan yang lengkap dan dikemaskini yang disertakan bahan sokongan seperti gambar, lakaran, peta, rakaman video dan menyerahkan kepada penilai di dalam tempoh 15 hari selepas tamat pengembaraan.
2. Bahan sokongan seperti gambar, gambarajah, peta dan rakaman video dan seumpamanya hendaklah diserahkan kepada Penilai bersama Buku Log Pengembaraan.
C. Persediaan Perjalanan
Setiap pengembaraan perlu ada persediaan dan destinasi hendaklah dirancang terlebih dahulu.
Tempat-tempat sejarah dan rekreasi, perusahaan kampong, penghidupan kelompok kecil, penempatan orang asli dan tempat yang boleh memberi cabaran eloklah dimasukkan ke dalam program pengembaraan.
Rancangan pengembaraan hendaklah dipersetujui oleh Ketua Kelana, Ketua Kelana hendaklah memberi nasihat, panduan serta peraturan bagi memastikan pengurusan pengembaraan itu mengikut cara berpengakap.
Mesti mengetahui cara menyediakan Buku Log Pengembaraan. Perkara penting yang wajib ada:
Tarikh, masa, dan tempat, waktu tiba dan waktu berlepas.
Pada pengembaraan dan gambaran keadaan alam semula jadi.
Rekod temu ramah, kajian, dan pendapat.
Projek ( jika dikehendaki membuat projek, lokasi, penyertaan masyarakat, masalah, kejayaan.)
Cetusan rasa digambarkan melalui lukisan, foto, rakaman video, puisi, dan sebagainya.
Langkah keselamatan hendaklah diutamakan. (penilaian dan risiko)
D. Peringatan
1. Calon boleh melaksanakan pengembaraan di dalam satu krew di antara 2 hingga 4 orang sahaja. Pemakluman Pengembaraan dan kebenaran Pesuruhjaya Daerah serta pihak berkuasa (Polis, Jabatan Hutan.) hendaklah diperolehi sebelum pengembaraan dimulakan.
2. Calon hendaklah sentiasa menjaga imej Pengakap Kelana dan juga menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat.
E. Kaji Cuaca
Calon hendaklah mencatatkan pemerhatian keadaan cuaca di sepanjang pengembaraan dengan format yang lengkap seperti catatan keadaan cuaca semasa. Kedudukan arah angin, bacaan suhu, ketinggian (altitude), jenis awan dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kepimpinan dan pengurusan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program seperti Kursus, Seminar, Bengkel, Campfire Night.
Menjalankan salah satu daripada perkara-perkara berikut:
A. Kursus Kepinpinan Manikayu
Menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu sehingga Peringkat II.
ATAU
B. Pengurusan Acara
Mengetuai sebuah Jawatankuasa atau mengambil bahagian dalam sebuah jawatankuasa penganjuran sesuatu acara contohnya : Perkhemahan Daerah, Jambori, Perkhimpunan Kelana, Forum, Seminar, Bengkel, Kursus dan lain-lain.
ATAU
C. Kursus Pemantapan
Menghadiri kursus pemantapan dan kecermelangan diri contohnya : Kursus Motivasi, Kursus Pengurusan Masa, Kursus Pendidikan Kesihatan dan Lain-lain.
ATAU
D. Komunikasi dan Pengucapan Awam
Menghadiri kursus Pencucapan Awam dan Komunikasi yang dianjurkan oleh pihak yang bertauliah.
ATAU
E. Pentadbiran
Menjawat jawatan pentadbiran dan di dalam mana-mana persatuan yang diiktirafkan dan sah dariundang-undang.
ATAU
F. Anugerah Kepimpinan
Menerima Anugerah Kepimpinan daripada mana-mana organisasi dan agensi contohnya : Anugerah Kepimpinan Perdana, Anugerah Remaja Perdana, Anugerah Kepimpinan Belia dan lain-lain.
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperihatkan tahap tertinggi dalam teknologi komunikasi maklumat dan hubungan antarabangsa.
A. Teknologi Maklumat
Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
Mengetahui perkara-perkara asas berkenaan pengendalian computer.
Boleh melayari internet menggunakan enjin pencarian untuk proses pencarian maklumat.
Menyediakan sebuah persembahan/laporan/log yang sesuai dengan menggunakan perisian-perisian berikut bagi:
Windows, Linux, Macintosh
Microsoft Office Word, Excel dan Power Point
Menghasilkan sebuah persembahan multimedia.
Menghasilkan dan mentadbir sebuah laman web seminima 3 bulan.
ATAU
B. Komunikasi dan Perhubungan
Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut :
Mengirim berita menggunakan Kod Morse (Lampu atau buzzer) dengan kelajuan 15 perkataan seminit.
Mengirim berita menggunakan isyarat bendera Semaphore dengan kiraan seminima 25 perkataan seminit.
·Lulus peperiksaan Lesen B Radio Amatur yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
ATAU
C. Perhubungan Antarabangsa
Melibatkan diri secara aktif di dalam mana-mana aktiviti Kelana peringkat antarabangsa atau menjalankan aktiviti yang menghubungkan persaudaraan di antara Kelana Malaysia dan Kelana-kelana Antarabangsa.
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti lasak luar seperti mendaki, menyelam, eksplorasi, berakit dan aktiviti ekstrem dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan tersebut.
Telah melibatkan diri seminima TIGA kali di dalam mana-mana SATU daripada kegiatan ekstrem di bawah:
Mendaki Gunung.
Menyelam Skuba (Scuba Diving).
Berakit di Air Deras (White Water Rafting).
Berkayak di Laut/Sungai (Kayaking).
Eksplorasi Gua (Caving).
Wall/Rock Climbing.
Paintball dan Sukan-sukan Ekstrem yang lain.
Lain-lain aktiviti yang dinilai berkaitan dengan aktiviti ekstrem.
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan perkhidmatan penyelamat nyawa, khidmat bantu mula, pengurusan risiko dan ikhtiar hidup.
Memiliki salah satu daripada empat kelayakan menyelamat nyawa seperti dibawah dan sentiasa bersiap sedia dalam memberikan perkhidmatan:
Outdoor Survival
Pertolongan Cemas peringkat tertinggi (Advanced)
Bronze Cross
Pengurusan Risiko (Risk Management Course)
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran tahap tertinggi, kegiatan dan rancangan seperti penternakan, perikanan, pertanian, perladangan dan perniagaan dengan memperlihatkan dalam melaksanakan program dan perkhidmatan.
Menjalankan salah satu daripada aktiviti-aktiviti keusahawanan seperti berikut selama meninima enam bulan dan menyediakan penyeta kewangan yang lengkap dan disahkan:
Penternakan
Perikanan
Pertanian/Perladangan
Perniagaan
Setelah seorang Pengakap itu telah memenuhi dan mencapai syarat-syarat Lencana-lencana Pengakap iaitu Lencana (Wajib) dan Lencana (Pilihan), Pengakap Kelana itu akan dianugerahkan Anugerah B-P.
Untuk mendapatkan Anugerah B-P ini, Pengakap Kelana tersebut hendaklah berumur di antara 18 hingga 25 tahun sahaja.
Borang Pencalonan Anugerah B-P akan disediakan oleh pihak Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.
Sijil dan Anugerah B-P ini akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.