Kompas adalah alat yang berfungsi untuk menunjukkan arah mata angin. Bagi para pengakap mereka seharusnya mengetahui cara-cara penggunaan kompas dan fungsinya.
Kompas ialah alat bantuan untuk mendapatkan arah sebenar di muka bumi. Kompas ialah alat paling tepat untuk menunjukkan arah di muka bumi. Sejarawan mendapati kompas mula dicipta oleh orang China pada abad ke-11 dan hanya digunakan oleh ahli pelayaran Eropah pada 1300 Masihi.
Kompas mengandungi anak panah yang dibuat daripada jarum besi bermagnet yang berdasarkan medan magnet di bumi. Empat arah utama kompas ialah Utara, Selatan, Timur dan Barat.
Arah mata angin.
Secara teknik, kompas dibuat daripada sebatang jarum untuk menunjukkan arah utara magnet berdasarkan sebuah planet magnetosfera. Jarum yang bebas akan dengan sendiri menunjukkan arah Utara dan peta mestilah dikoordinasikan dengan kompas tersebut.
Anatomi sesebuah kompas.
Sebuah kompas lazimnya mempunyai ciri-ciri berikut;
Arah perjalanan (Direction of Travel Arrow)
Jarum magnet – jarum merah (Arah utara)
Jarum putih (Arah selatan)
Mencari arah Utara
Menentukan kedudukan peta
Menyukat bering (sudut)
Terdapat dua jenis utama kompas, iaitu:
1. Kompas Analog
Kompas kayu.
Kompas orienteering.
2. Kompas Digital
Kompas digital pada sebuah altimeter.
Antara aplikasi kompas digital yang boleh dimuat turun dalam telefon pintar anda.
Bentangkan peta, garisan grid utara menghala kutub utara
Tandakan titik permukaan
Memahami arahan
Letakkan kompas pada titik A dgn anak panah pada sudut 150 darjah (ikut arahan)
Anak panah perlulah tepat. Sambungkan ke titik B
Letakkan kompas anda pada peta kawasan tersebut dengan hujung Base Plate menghubungkan lokasi anda berada dengan arah lokasi anda akan tuju.
Tetapkan garisan tengah dalam kompas dengan memusingkan Dial kompas mengikut garisan pada peta anda sejajar dengan Utara Magnetik (MN) pada peta.
Keluarkan kompas dari peta dan hala ke hadapan anda dengan Travel Arrow menunjuk ke depan/lokasi. Pusingkan badan anda sehingga hujung merah jarum kompas berubah dengan menunjuk kepada "N" pada di dalam dail kompas. Arah Perjalanan Arrow kini menunjukkan tepat ke destinasi anda. Lihat pada satu mercu tanda (bukit, puncak gunung, pokok) dan berjalan kepadanya. Ulang prosedur ini sehingga anda sampai ke destinasi anda.
Tonton video berikut untuk penjelasan tambahan: