Pembinaan gajet adalah salah satu daripada aspek yang lebih sukar dalam arsenal kemahiran seorang pengakap.
Aktiviti perkhemahan adalah merupakan di antara aktiviti yang menarik dan diminati oleh sebahagian besar pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum khususnya ahli-ahli Unit Beruniform seperti Pengakap.
Apabila kita melakukan aktiviti perkhemahan, beberapa perkara harus diberi perihatian serius dan dilaksanakan secara terancang dan selamat, antaranya;
Kaedah menyimpan dan menyusun kelengkapan makan dan minum seperti pinggang, cawan, sudu dan garfu, kuali dan sebagainya.
Kekemasan susunan kasut dan peralatan perkhemahan seperti cangkul, pencakar dan seumpamanya
Tempat makan dan menyidai pakaian dan papan kenyataan.
Susunan dan penyimpanan peralatan dan bahan perkhemahan boleh dibuat dan disediakan dengan membina atau membuat rak dan penyangkut daripada bahan-bahan yang ada di sekitar kawasan perkhemahan seperti pokok buluh, pokok bertam, anak-anak kayu, rotan, daun nipah / rumbia dan sebagainya.
Dengan hal demikian, segala peralatan dan bahan perkhemahan terutamanya makanan perlulah disusun rapi dan kemas walaupun kita berada di kawasan perkhemahan. Untuk melakukan perkara tersebut, kita hendakalh menggunakan gajet.
1. Menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu, gajet bermaksud alat atau mesin yang kecil.
2. Dalam konteks pengakap, gajet ialah binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan dan dicantum/dikukuhkan menggunakan tali/pengikat bagi menggantikan perabot rumah di tapak perkhemahan.
Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan maklumat di tapak perkhemahan.
Melindungi makanan dari tercemar
Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam
Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat
Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan
Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan
Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera.
Gajet tempat kasut
Gajet ampaian pakaian
Gajet pintu gerbang dan jambatan
Gajet tiang bendera
Gajet papan kenyataan
Gajet makanan
Gajet penyangkut periuk dan cerek untuk masak
Gajet tempat menyimpan bahan-bahan masakan seperti kicap, cuka dan sebagainya.
Gajet tempat peralatan seperti cangkul, parang, pencakar, tukul dan sebagainya.
Gajet pagar dan sebagainya
Sebelum membina gajet, anda perlulah memahiri perkara-perkara berikut untuk memastikan pembinaan gajet berjalan lancar:
Mengetahui dan memahami jenis-jenis gajet dan teknik pembuatan
Mengenali jenis-jenis bahan-bahan – pokok buluh, bemban, rotan, bertam, enau, nibong, resam dan sebagainya.
Kemahiran menggunakan peralatan;
mengetahui dan mahir menggunakan parang, gergaji, pengali
cara memotong dan membelah bahan seperti buluh dan daun bertam
meraut buluh menggunakan parang atau pisau
Kemahiran ikatan dan simpulan;
mahir membuat ikatan dan simpulan sekurang-kurangnya ikatan asas seperti manuk, seraya, silang tungku, silang gunting, lilit pasdul, lilit balak, lilit tindih kejap, ikatan pengail, lilit kacang/ular, ikatan serong dan lain-lain.
mahir menyesuaikan ikatan dengan binaan gajet yang dibuat
kemahiran ikatan dan simpulan tidak sekadar menggunakan tali semata-mata, bahan lain juga boleh digunakan seperti rotan, bemban, kulit kayu dan sebagainya.
Contoh sebenar pembinaan gajet gateway. [OC]
1. 2 Doors Gateway
2. Covered Gateway
3. Easy Free Standing Gateway
4. Free Standing Gateway
5. Gateway with Doorbell
6. Inground Gateway
7. Lifting Gateway
8. Massive Gateway
9. Seriously Large Covered Gateway
10. Simple Gateway
11. Simple Inground Gateway
12. Swinging Gateway
13. Turnsile Gateway
1. Beacon Tower
2. Brynbach Tower
3. Hourglass Tower
4. Lookout Tower
5. Pfox Tower
6. Scout Tower
7. Stilt Tower
8. Ten Minutes Tower
9. Tree House
10. Triangular Signal Tower
1. Gajet Ampaian
2. Gajet Rak Kasut
3. Gajet Alatan Tajam
4. Gajet Papan Tanda
5. Bulletin Board Stand
6. Camp Podium
7. Camp Shower
8. Camp Table
9. Camp Table Bench
10. Camp Table Seats
11. Chippewa Cooking Fire Stand
12. Fire Pail Stands
13. High Force Shower
14. Kitchen Worktable
15. Lantern Tripod
16. Lantrine