2008
|
Mula ditubuhkan di Penjara Sungai Buloh seiring arahan Perkhidmatan Awam untuk mewujudkan perkhidmatan psikologi di semua institusi Jabatan Penjara Malaysia bagi membantu kesejahteraan banduan dan kakitangan.
Seorang Pegawai Psikologi ditugaskan untuk berkhidmat dan mula beroperasi sebagai Unit Psikologi.
2009
|
Jabatan Perkhidmatan Awam telah menugaskan pertambahan seorang Penolong Pegawai Psikologi untuk membantu Pegawai Psikologi sebagai sokongan kepada perkhidmatan yang diberikan.
2015
|
Jabatan Perkhidmatan Awam telah menambah perjawatan seorang lagi Pegawai Psikologi untuk membantu operasi perkhidmatan yang semakin mendesak di institusi penjara.
2017
|
Unit Pengurusan Psikologi telah distruktur semula dengan penubuhan sub-unit Know Yourself, Know Others (KYKO) sebagai sub-unit baharu dibawah seliaan perkhidmatan psikologi yang memfokuskan kepada penilaian keperluan pemulihan banduan.
Penubuhan sub-unit ini juga melihatkan kepada pertambahan kakitangan dibawah Unit Pengurusan Psikologi sebanyak seorang Inspektor dan 2 Sarjan serta 2 Koperal.
2022
|
Unit Pengurusan Psikologi telah dianugerahkan penarafan 3 Bintang oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi Penilaian Naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Kementerian Dalam Negeri (SKPPKDN) bagi pencapaian tahun 2022.
2023
|
Penubuhan Pusat Terapi Psikologi Koreksional (PARAGON) sebagai inisiatif penambahbaikan perkhidmatan psikologi kepada prospek dan kakitangan dari aspek fasiliti kondusif dan positif.
Penciptaan Sistem Perkhidmatan Psikologi Bersepadu (STRIKE) untuk melonjakkan capaian serta pengurusan pelaksanaan perkhidmatan psikologi kepada pemegang taruh.
Penciptaan Sistem Pengurusan Data Psikologi (STUDIO) untuk meningkatkan tahap produktiviti serta tadbir urus operasi dengan lebih sistematik.
Menghasilkan buletin "Kunci Minda" bagi meningkatkan tahap literasi serta percambahan ilmu psikologi kepada warga kerja.
Mewujudkan laman rasmi facebook Unit Pengurusan Psikologi, Penjara Sungai Buloh untuk membantu pencaknaan usaha pemulihan banduan serta medium sebar luas perkhidmatan psikologi kepada pemegang taruh.
Mewujudkan laman sesawang (website) rasmi Unit Pengurusan Psikologi, Penjara Sungai Buloh sebagai medium rasmi yang komprehensif tengang advokasi perkhidmatan psikologi kepada pemegang taruh.
2024
|
Penjara Sungai Buloh telah menambah perjawatan seorang Wadar Penjara untuk membantu operasi perkhidmatan yang semakin mendesak di Penjara Sungai Buloh.
Menjadi pemegang hak cipta kepada Sistem Perkhidmatan Psikologi Bersepadu (STRIKE) dibawah Akta Hak Cipta 1987.
Dinobatkan sebagai Johan (Kategori Inovasi) bagi Anugerah Kualiti & Inovasi Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2024.
Menghasilkan Buku Elektronik (e-book) bertajuk Residivism After-Care Checklist (SMART)
Menerbitkan dengan kerjasama Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) Ibu Pejabat Penjara Malaysia Buku Psikologi Koreksional: Membangun Peradaban Budaya Kemanusiaan.
Penciptaan Sistem Daftar Dokumen Psikologi (STAMP) untuk meningkatkan tahap pengurusan dokumen dan fail pejabat UPPs.
Penciptaan Sistem Repositori Templat Psikologi (SERIAL) untuk membantu menguruskan simpanan templat kerja kakitangan dengan lebih sistematik dan mudah capai.
2025
|
Penjara Sungai Buloh menghantar 1 perjawatan Pembantu Psikologi sebagai pinjaman ke Pusat Koreksional Chenderiang sebagai usaha mewujudkan Unit Pemulihan di PKC.
Menjadi pemegang hak cipta kepada Sistem Pengurusan Data Psikologi (STUDIO) dibawah Akta Hak Cipta 1987.
Mewujudkan inisiatif Program Counselor In Training (CITRA) untuk menguruskan proses pembelajaran lapangan Pelajar Latihan Industri yang disangkutkan bersama Unit Pengurusan Psikologi dengan lebih efektif dan sistematik.
Mewujudkan laman rasmi youtube Unit Pengurusan Psikologi, Penjara Sungai Buloh sebagai medium sebar luas pengetahuan perkhidmatan psikologi kepada pemegang taruh.
Mewujudkan inisiatif video perkongsian psikopendidikan seperti Slot Sebelum Mula Kerja Bersama Kaunselor (SEMUKA) dan perkongsian input psikologi lain dalam bentuk audio visual melalui media sosial.
Dianugerahkan Pingat Emas dalam Pertandingan Inovasi Kaunseling Antarabangsa INNOCARE 2025 bagi produk STRIKE.
Dianugerahkan Pingat Perak dalam Pertandingan Inovasi Kaunseling Antarabangsa INNOCARE 2025 bagi produk Modul Pemulihan Prospek.
Dianugerahkan Tempat Ketiga (Kategori Inovasi) bagi Anugerah Kualiti & Inovasi Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2025.
2026
|
Mewujudkan Slot Petikan Positif di laman sosial media rasmi Unit Pengurusan Psikologi sebagai insiatif menyemai persekitaran kerja yang lebih membina dan positif dalam kalangan warga Penjara Sungai Buloh.