Menerusi pelbagai inisiatif inovatif serta pendekatan komuniti yang holistik, kami komited memastikan perkhidmatan psikologi yang disampaikan sentiasa berada pada tahap optimum sama ada di dalam mahupun di luar tembok penjara. Usaha berterusan ini telah membuahkan hasil apabila pelbagai inisiatif kami menerima pengiktirafan dan penghargaan daripada pelbagai institusi serta organisasi. Kami turut berbangga dan berterima kasih atas kepercayaan serta sokongan yang diberikan dalam usaha memperkasakan perkhidmatan psikologi koreksional ke arah pemulihan yang lebih bermakna.