PENGURUSAN SURAT & DOKUMEN SISTEMATIK & TERATUR KAKITANGAN UPPs
STAMP telah dirumuskan untuk membantu kakitangan Unit Pengurusan Psikologi, Penjara Sungai Buloh untuk merujuk dan menjalankan arahan secara sistematik dan teratur menggunakan aplikasi teknologi seiring dengan arus pembaharuan perkhidmatan awam. Sistem ini dapat mengurangkan tekanan kerja serta mengaturgerak pelaksanaan arahan dengan lebih efisyen dengan menggunakan teknologi sebagai sandaran kepada perkhidmatan yang berkualiti. Sistem ini turut membantu kakitangan kami dengan mengurangkan bebanan penyimpanan dokumen dari masa ke semasa dan membenarkan lebih masa untuk melaksanakan perkhidmatan psikologi bersama banduan (koreksional) dan kakitangan (sumber manusia).
Akses kepada STAMP hanya dibenarkan kepada kakitangan Unit Pengurusan Psikologi, Penjara Sungai Buloh bagi memastikan integriti data terpelihara. Sistem ini memastikan setiap dokumen direkodkan dan dapat dikongsi bersama kakitangan UPPs untuk memastikan tahap pencaknaan dan arahan dapat dipatuhi pada setiap masa.