PARAGON
PUSAT TERAPI PSIKOLOGI KOREKSIONAL
PARAGON
PUSAT TERAPI PSIKOLOGI KOREKSIONAL
Pengurusan pembangunan insaniah bermula dengan keseimbangan serta kepelbagaian manusia. Dalam kerangka pembentukan potensi menyeluruh (holistik), wujud pelbagai cabang keupayaan yang perlu diurus dengan baik bagi mencapai puncak kemanusiaan. Terinspirasi daripada perkataan “paragon” yang membawa maksud contoh sempurna bagi sesuatu kualiti, pendekatan psikologi yang seimbang dan menyeluruh dapat diibaratkan sebagai usaha mengangkat martabat serta kualiti kehidupan manusia, bermula daripada satu pusat utama.
PARAGON telah diluluskan penubuhannya oleh Pengarah Penjara Sungai Buloh pada Disember 2023 dan mula beroperasi pada Januari 2024 dengan sokongan fasiliti yang disediakan oleh Unit Pengurusan Psikologi (UPPs), Penjara Sungai Buloh. Penubuhan PARAGON adalah aspirasi kami dalam merealisasikan perkhidmatan yang kondusif, profesional, serta berkualiti kepada banduan dan warga kerja Penjara Sungai Buloh.
Ruang pejabat ini diberikan kepada Unit Pengurusan Psikologi oleh Pengarah Penjara Sungai Buloh pada Hujung April 2024 untuk menggantikan Klinik Kaunseling di Blok Galeri yang ditukar fungsi menjadi Lounge AKRAB PARAGON. Mula berfungsi secara sepenuhnya pada awal Mei 2024, Fasiliti ini bertindak sebagai Pejabat dan Bilik Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi di Penjara Sungai Buloh, fasiliti ini menawarkan ruang santai dan kondusif bagi pelaksanaan sesi intervensi serta konsultasi bersama prospek. Pejabat ini juga merupakan nadi kepada kepimpinan Unit Pengurusan Psikologi yang menempatkan ruang mesyuarat, simpanan alatan pentadbiran serta ruang dokumentasi.
Ruang pejabat ini bertindak sebagai pejabat urusan bagi kakitangan sub-unit intervensi dan telah dioperasikan oleh Unit Pengurusan Psikologi sejak 2012 dan menjadi ruang kerja utama bagi pelaksanaan perkhidmatan psikologi sebelum ini. Pejabat ini menempatkan urusan pentadbiran bagi perkhidmatan kaunseling, intervensi, konsultasi, ujian psikometrik bagi menjawab peranan pembangunan, pencegahan dan pemulihan sektor koreksional.
Ruang pejabat ini bertindak sebagai pejabat urusan bagi kakitangan sub-unit KYKO dan telah dioperasikan oleh Unit Pengurusan Psikologi sejak 2015 dan menjadi ruang kerja utama bagi pelaksanaan perkhidmatan psikologi sebelum ini. Pejabat ini menempatkan urusan pentadbiran bagi perkhidmatan penilaian, penaksiran, pelaporan serta pendokumentasian keperluan psikologikal prospek / banduan untuk penstrukturan program pemulihan bersasar.
Ruangan bilik ini telah diwartakan sebagai Bilik Terapi dibawah kawal selia Unit Pengurusan Psikologi pada Disember 2023 setelah penubuhan Pusat Terapi Psikologi Koreksional (PARAGON) sebagai fasiliti pertama yang diwartakan dibawah inisiatif ini. Setelah mendapat kelulusan, kami mengambil inisiatif penambahbaikan dari aspek naik taraf serta pengindahan menggunakan sumber tersendiri dan fasiliti ini mula digunakan pada Januari 2024. Fungsi bilik terapi ini merangkumi pelaksanaan intervensi kaunseling, kelas pemulihan psikologi berskala sederhana, terapi kelompok, konsultasi bersasar serta pelaksanaan psikopendidikan bersama prospek. Persekitaran yang kondusif dihasilkan oleh kami yang membolehkan fasiliti ini ideal bagi inisiatif pemulihan psikologikal.
Ruangan dewan ini telah diwartakan sebagai Dewan Psikopendidikan dibawah kawal selia Unit Pengurusan Psikologi pada Disember 2023 setelah penubuhan Pusat Terapi Psikologi Koreksional (PARAGON) sebagai fasiliti kedua yang diwartakan dibawah inisiatif ini. Dewan ini juga termasuk gelanggang lapangan yang boleh digunakan prospek untuk tujuan aktiviti luar serta perpustakaan mini sebagai sumber prospek terlibat. Diluluskan untuk dinaiktaraf oleh pihak Ibu Pejabat Penjara Malaysia sebagai Dewan Psikopendidikan pada Januari 2025, Fasiliti ini diubahsuai mengikut keperluan pemulihan dan diberi nafas baharu dan siap pada September 2025. Fungsi dewan ini merangkumi pelaksanaan intervensi kaunseling, kelas pemulihan psikologi berskala besar, terapi kelompok, konsultasi bersasar serta pelaksanaan psikopendidikan bersama prospek. Persekitaran yang kondusif dihasilkan oleh kami yang membolehkan fasiliti ini ideal bagi inisiatif pemulihan psikologikal secara skala besar pada satu masa.
Ruangan dewan ini telah diwartakan sebagai Lounge AKRAB dibawah kawal selia Unit Pengurusan Psikologi pada April 2024 setelah penubuhan Pusat Terapi Psikologi Koreksional (PARAGON) sebagai fasiliti ketiga yang diwartakan dibawah inisiatif ini. Fasiliti ini diubahsuai mengikut keperluan pemulihan dan diberi nafas baharu pada Oktober 2025 dan siap pada November 2025. Fungsi lounge ini merangkumi pelaksanaan sesi bimbingan, perbincangan, terapi kelompok, konsultasi serta ruang rehat AKRAB. Persekitaran yang kondusif dihasilkan oleh kami yang membolehkan fasiliti ini ideal bagi inisiatif pemulihan psikologikal.