اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ dan salam sejahtera.
Selamat datang ke laman web rasmi Unit Pengurusan Psikologi, Penjara Sungai Buloh.
Sebagai Pengarah Penjara Sungai Buloh, saya amat berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Unit Pengurusan Psikologi dalam memainkan peranan penting ke arah pemulihan dan kesejahteraan mental penghuni serta anggota jabatan. Unit ini merupakan salah satu tonggak utama dalam memastikan pelaksanaan program pemulihan yang menyeluruh, berteraskan pendekatan saintifik, beretika dan berperikemanusiaan.
Melalui laman ini, para pengunjung dapat memahami dengan lebih jelas fungsi, program dan perkhidmatan psikologi yang disediakan di institusi ini. Usaha ini sejajar dengan visi Jabatan Penjara Malaysia untuk “Memulih, Mendidik dan Membudayakan Insan”.
Saya yakin bahawa kesejahteraan mental merupakan aspek yang amat penting dalam proses pemulihan banduan. Oleh itu, sokongan dari pelbagai pihak amat diperlukan untuk menjayakan hasrat ini.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda melayari laman ini. Semoga maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat dan membina kefahaman yang lebih mendalam terhadap peranan kami di Jabatan Penjara Malaysia.
Sekian, terima kasih.
“BAKTI SETIA"
TIMBALAN KOMISIONER PENJARA
YM RAJA NAZRIL AZMAN BIN RAJA AZAM ISKANDAR
Pengarah Penjara Sungai Buloh