AKSES USER-FRIENDLY BAGI WARGA KERJA PENJARA SUNGAI BULOH
STRIKE telah dirumuskan untuk membantu warga kerja Penjara Sungai Buloh mendapatkan perkhidmatan psikologi yang menyeluruh merangkumi pelbagai jenis perkhidmatan psikologi yang ditawarkan oleh Unit Pengurusan Psikologi, Penjara Sungai Buloh. Sistem STRIKE ini dirumuskan untuk menjadi lebih "User Friendly" dan meluaskan rangkaian perkhidmatan secara optimum kepada mereka yang memerlukan peneguhan psikologi dari masa ke semasa.
a
Anda boleh menimbas Kod QR di sebelah atau butang di atas untuk mendapatkan akses kepada STRIKE bagi pelbagai jenis perkhidmatan dibawah Unit Pengurusan Psikologi, Penjara Sungai Buloh seperti:
Sistem Tempahan Kaunselor (STAR)
Sistem Pentadbiran Psikometrik (SENSE)
Sistem Pengurusan Program Psikologi (SPARK)
Sistem Pengurusan AKRAB (SPEAK)
Sistem Tempahan Fasiliti PARAGON (STATION)
HAK CIPTA TERPELIHARA
Sistem Perkhidmatan Psikologi Bersepadu (STRIKE) Penjara Sungai Buloh telah didaftarkan sebagai Harta Intelek dibawah Akta Hak Cipta 1987 oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 4 April 2024.
Pendaftaran ini mengiktiraf dan menjamin hak cipta sistem STRIKE dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan sistematik kepada prospek dan warga kerja Penjara Sungai Buloh.
Pengiktirafan ini juga memberikan semangat kepada warga Unit Pengurusan Psikologi dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menjamin tahap kesihatan minda prospek dan warga kerja Penjara Sungai Buloh berada dalam keadaan yang optimum.
Sistem Perkhidmatan Psikologi Bersepadu (STRIKE) telah berjaya merangkul PINGAT EMAS di dalam Pertandingan International Counseling & Wellness Innovation (INNOCARE) 2025 yang dianjurkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 5 dan 6 November 2025 lalu. Pertandingan peringkat antarabangsa ini mempertandingkan lebih 40 produk inovasi dari pelbagai negara yang memfokuskan kepada pembaharuan perkhidmatan kaunseling kepada masyarakat secara global. Unit Pengurusan Psikologi telah berjaya membawa pulang pingat emas dan sijil.
a
DIUJI & DISAHKAN
MUDAH & TERBUKTI
Sistem Perkhidmatan Psikologi Bersepadu (STRIKE) telah berjaya dinobatkan sebagai JOHAN Kategori Inovasi Jabatan Penjara Malaysia bagi Tahun 2024 di dalam Anugerah Kualiti & Inovasi Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2024. Anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Komisioner Jeneral Penjara Dato' Seri Haji Nordin Bin Haji Muhamad kepada Pengarah Penjara Sungai Buloh bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Institusi Penjara Malaysia Bil. 2/2024 pada 15 November 2024. Penjara Sungai Buloh berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM3,000.00 dan trofi Juara. Trofi & Sijil Anugerah telah disampaikan kepada ahli pasukan The STRIKE TEAM PSB pada 20 November 2024 bersempena Dialog Bulanan Kakitangan Penjara Sungai Buloh oleh YBhg TKP Nik Robidin Bin Ab Rahman, Pengarah Penjara Sungai Buloh dan diiringi YBhg PKK Nazarman Bin Haidzir, Timbalan Pengarah Penjara Sungai Buloh.