AKSES EKSKLUSIF HANYA KEPADA KAKITANGAN UPPs
STUDIO telah dirumuskan untuk membantu kakitangan Unit Pengurusan Psikologi, Penjara Sungai Buloh untuk menjana dan menyimpan laporan secara sistematik dan teratur menggunakan aplikasi teknologi seiring dengan arus pembaharuan perkhidmatan awam. Sistem ini dapat mengurangkan tekanan kerja serta mengaturgerak pelaporan dengan lebih efisyen dengan menggunakan teknologi sebagai sandaran kepada perkhidmatan yang berkualiti. Sistem ini turut membantu kakitangan kami dengan mengurangkan bebanan pelaporan dari masa ke semasa dan membenarkan lebih masa untuk melaksanakan perkhidmatan psikologi bersama banduan (koreksional) dan kakitangan (sumber manusia).
Akses kepada STUDIO hanya dibenarkan kepada kakitangan Unit Pengurusan Psikologi, Penjara Sungai Buloh bagi memastikan integriti data terpelihara. Terdapat pelbagai jenis sub-modul yang boleh digunapakai kakitangan kami bagi penjanaan laporan dibawah sistem ini seperti:
Sistem Laporan Intervensi (STATUS)
Sistem Laporan Psikopendidikan (STORE)
Sistem Pengesyoran Psikologi Prospek (STAGE)
Sistem Laporan Psikometrik (SENSOR)
Sistem Pelaporan Ibu Pejabat (SPLIT)
Sistem Laporan Empat Belas Hari (SPEAR)
Sistem Laporan Penyata Empat Tahun (STREET)
Sistem Laporan Ringkas Psikologi (SLIP)
HAK CIPTA TERPELIHARA
Sistem Pengurusan Data Psikologi (STUDIO) Penjara Sungai Buloh telah didaftarkan sebagai Harta Intelek dibawah Akta Hak Cipta 1987 oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 29 April 2025.
Pendaftaran ini mengiktiraf dan menjamin hak cipta sistem STUDIO dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan sistematik kepada prospek dan warga kerja Penjara Sungai Buloh.
Pengiktirafan ini juga memberikan semangat kepada warga Unit Pengurusan Psikologi dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menjamin tahap kesihatan minda prospek dan warga kerja Penjara Sungai Buloh berada dalam keadaan yang optimum.
EFEKTIF & MUDAH
Sistem Pengurusan Data Psikologi (STUDIO) telah berjaya dinobatkan mendapat TEMPAT KETIGA Kategori Inovasi Jabatan Penjara Malaysia bagi Tahun 2025 di dalam Anugerah Kualiti & Inovasi Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2025. Anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Komisioner Jeneral Penjara Dato' Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak kepada Pengarah Penjara Sungai Buloh bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Institusi Penjara Malaysia Bil. 2/2025 pada 27 November 2025. Penjara Sungai Buloh berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM1,000.00 dan trofi Tempat Ketiga.