Dalam usaha memperkayakan penggunaan teknologi maklumat untuk memudahkan cara kerja dan tatakelola perkhidmatan, Unit Pengurusan Psikologi, Penjara Sungai Buloh telah membina dan mewujudkan secara in-house empat (4) sistem perkhidmatan secara atas talian iaitu Sistem Perkhidmatan Psikologi Bersepadu (STRIKE), Sistem Pengurusan Data Psikologi (STUDIO), Sistem Daftar Dokumen Psikologi (STAMP) dan Sistem Repositori Templat Psikologi (SERIAL). STRIKE dirumuskan untuk penggunaan warga kerja Penjara Sungai Buloh dan orang awam untuk mendapatkan perkhidmatan psikologi manakala STUDIO, STAMP dan SERIAL pula dirumuskan untuk kegunaan harian kakitangan UPPs.
KELESTARIAN SISTEM KAMI UNTUK SEMUA
Sistem kami dirumuskan untuk diperluaskan bagi kegunaan bersama di institusi penjara yang lain. Modul sistem ini merupakan salah satu inisiatif kami dalam memudahcara kaedah kerja dalam mengoptimumkan produktiviti Pegawai Psikologi di Jabatan Penjara Malaysia. Sistem kami telah dipilih oleh pelbagai Agensi dan Jabatan Kerajaan lain sebagai alternatif yang lebih cekap, sistematik serta nilai untuk wang bagi pengurusan berskala kecil dan sederhana di pejabat. Berikut adalah antara sistem yang telah dibangunkan menggunakan model STRIKE PSB: