REPOSITORI BORANG & TEMPLAT DOKUMEN BAGI KAKITANGAN UPPs
SERIAL membantu kakitangan UPPs untuk mengakses borang dan templat kerja dimana-mana sahaja pada bila-bila masa. SERIAL memberikan kelebihan kepada kakitangan UPPs yang perlu melaksanakan tugasan psikologi koreksional sama ada di dalam Penjara Sungai Buloh, Penjara Satelit atau di mana-mana sahaja.
Akses kepada SERIAL hanya dibenarkan kepada kakitangan Unit Pengurusan Psikologi, Penjara Sungai Buloh bagi memastikan integriti dokumen terjaga. Sistem ini dapat memastikan setiap akses kepada borang dan templat dokumen dapat dimuat turun dan digunakan oleh kakitangan UPPs dalam memberikan perkhidmatan pada bila-bila masa dimana jua.