AKRAB
RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM
AKRAB
RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM
Klik butang dibawah ini untuk akses kepada portal e-AKRAB Ibu Pejabat Penjara Malaysia
LATARBELAKANG
Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) merupakan pegawai yang dilantik bagi menjalankan peranan yang digariskan dalam program pengupayaan kendiri, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 iaitu Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia di bawah program pembimbing rakan sekerja.
Rakan sekerja merupakan individu yang boleh mempengaruhi produktiviti dan daya saing seseorang pekerja. Rakan yang baik akan memberi impak positif kepada perkembangan kognitif, emosi dan tingkah laku seseorang.
Pada tahun 2005, rakan pembimbing ini telah dijenamakan sebagai AKRAM yang merupakan akronim kepada Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Mulia. Pada tahun 2008, AKRAM telah dijenamakan semula sebagai AKRAB yang mana elemen Mulia telah digantikan dengan Bestari.
AKRAB berkonsepkan rakan membantu rakan dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban dan membangunkan potensi yang ada pada diri masing-masing. Ianya juga merupakan kelompok sokongan yang menekankan perhubungan bersifat humanistik. Kemantapan sesuatu kelompok seperti AKRAB banyak bergantung kepada komitmen dan sumbangan kepakaran daripada ahli-ahlinya. Justeru itu, pembentukan AKRAB di dalam organisasi diharap mampu membentuk kelompok pekerja yang mempunyai komitmen dan rasa sayang yang tinggi terhadap organisasi.
FALSAFAH & PRINSIP
Falsafah AKRAB ialah “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, tingkah laku, perhubungan, kreativiti dan nilai kepada diri.
AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak, Bestari yang merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing.
PERANAN AKRAB
Menjadi rakan yang peka kepada perasan orang lain dan keadaan sekeliling.
Memberi sokongan kepada perubahan yang lebih baik.
Sumber kepada rakan untuk berkongsi permasalahan.
Memperkuatkan semangat rakan yang ingin berubah.
ETIKA AKRAB
Amanah dan menyimpan rahsia.
Menerima dan menghormati orang lain.
Memahami batasan dan keupayaan diri.
Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran daripada pelbagai aspek.
Melaporkan kepada pegawai psikologi tentang kes yang boleh merosakkan diri dan orang lain.
Merujuk kes/permasalahan yang rumit kepada pegawai psikologi.
Memahami peratuan dan etika perkhidmatan awam.
CARTA ORGANISASI AKRAB PSB
SENARAI NAMA AKRAB PSB