Pelbagai perkhidmatan psikologi yang dilaksanakan dan direkodkan bagi tujuan kawalan kualiti dan pelaporan semasa oleh Unit Pengurusan Psikologi. Statistik yang direkodkan membantu kami merancang dan melaksanakan perkhidmatan bersasar kepada pemegang taruh di Penjara Sungai Buloh dengan lebih efisyen dan sistematik. Statistik ini juga sebagai pemangkin semangat dengan mensasarkan kepada kejayaan dan pencapaian kakitangan unit kami dalam pelaksanaan inisiatif psikologi di Penjara Sungai Buloh.