PROFESIONALISME SEBAGAI TRADISI
UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI, PENJARA SUNGAI BULOH MENDUKUNG TRADISI PENINGKATAN KUALITI KEHIDUPAN WARGA KERJA (ORGANISASI) DAN PROSPEK (KOREKSIONAL) MENGGUNAKAN APLIKASI PSIKOLOGI YANG BERKUALITI.
PROFESIONALISME YANG TINGGI JUGA MERUPAKAN TIANG UTAMA PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN SEJAJAR DENGAN TUNTUTAN KOREKSIONAL DAN ORGANISASI.
PENUBUHAN PUSAT TERAPI PSIKOLOGI KOREKSIONAL (PARAGON) PADA TAHUN 2024 MERUPAKAN SALAH SATU INISIATIF UPPs PSB DALAM MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG MENYELURUH KEPADA WARGA KERJA SERTA BANDUAN DALAM MENDEPANI CABARAN PSIKOLOGI MASA KINI.
Unit Pengurusan Psikologi menekankan pembangunan modal insan di mana ianya berpandukan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 yang berteraskan kepada Aplikasi Psikologi dalam Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada aspek berikut:
PEMBANGUNAN
Merancang, melaksana dan memantau program psikologi yang dapat mempertingkatkan potensi serta prestasi klien & pegawai selaras dengan objektif individu dan organisasi.
PEMULIHAN
Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu membuat perubahan dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran.
PENCEGAHAN
Menggunakan kaedah psikologi yang bersesuaian bagi memastikan perkhidmatan awam dianggotai oleh pegawai yang berkualiti melalui proses penempatan, pengurusan prestasi dan pembangunan kompetensi.