Visi dan Misi
Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah
Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah
VISI ORGANISASI
Daerah Tanah Merah akan menjadi sebuah daerah yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperolehi, berteknologi sesuai, serasi pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran. Sistem ini akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan seta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan
MISI ORGANISASI
Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah akan memastikan penglibatan dan penyertaan masyarakat bagi merangsang dan memudahkan mereka untuk mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka, menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai, mengambil langkah positif dalam meningkatkan dan mengekalkan status kesihatan mereka bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu