UNIT KAWALAN PENYAKIT BAWAAN VEKTOR
Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor adalah nadi perkhidmatan dalam pelaksanaan aktiviti mencegah, mengawal dan membasmi Penyakit-Penyakit Bawaan Vektor di Daerah Tanah Merah. Antara penyakit bawaan vektor adalah seperti penyakit demam denggi, malaria, chikugunya dan zika.
Aktiviti-aktiviti di bawah unit ini termasuklah:
Menjalankan survelan epidemiologi penyakit bawaan vektor membuat siasatan dan tindakan susulan kes penyakit bawaan vektor
Menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan penyakit dan wabak bawaan vektor
Menjalankan aktiviti penguatkuasaan undang-undang Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan peraturan-peraturan di bawahnya
Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya penyakit bawaan vektor
Membuat pengesanan dan rawatan awal kes penyakit bawaan vektor.