UNIT KESIHATAN PEKERJAAN DAN ALAM SEKITAR (KPAS)


Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar menjalankan dua program utama iaitu Program Kesihatan Pekerjaan dan Program Kesihatan Alam Sekitar. 



Di bawah Program Kesihatan Pekerjaan, fungsi utama unit ini adalah untuk membantu hal-hal berkaitan keselamatan, kesihatan dan kebajikan kakitangan-kakitangan kesihatan melalui aktiviti-aktiviti seperti pengesanan serta notifikasi penyakit pekerjaan, kecederaan dan keracunan, latihan-latihan dan promosi berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta menjalankan pengawasan perubatan ke atas pekerja yang berisiko tinggi di klinik kesihatan pekerjaan. 



Di bawah Program Kesihatan Alam Sekitar pula, fungsi utama unit ini adalah untuk membantu dalam hal-hal berkaitan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan persekitaran. Unit ini bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memastikan kesejahteraan alam sekitar.