UNIT INSPEKTORAT DAN PERUNDANGAN
Unit Inspektorat dan Perundangan adalah unit yang bertanggungjawab untuk menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan yang melibatkan Undang-Undang Kesihatan Awam di Daerah Tanah Merah
Aktiviti-aktiviti di bawah unit ini termasuklah:
Menyelaras dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, Akta Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 di Daerah Tanah Merah.
Menyemak dan memastikan semua dokumen di dalam kertas siasatan lengkap dan teratur sebelum dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk mendapatkan izin mendakwa
Memberi khidmat nasihat teknikal berhubung Undang-Undang Kesihatan Awam kepada unit-unit yang berkaitan.
Membuat promosi berkaitan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang berkaitan.